Monday, May 13, 2013

TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON, MALAYSIA (7-8 MEI 2011)

Salam semua.....

kali ni aku nk bercerita pasal family day yg aku pergi kat TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON. Kali ni punye family day adalah by Agrobank dimana mama aku keje kat situ. So cawangan dia ada wat fmily day, so aku pe lg, dgr je nk berjalan, mesti xlepas peluang nk join kan. Lgpun aku agak rapat dgn staf2 tmpt mama aku keje tu. Ramai jgk lah yg aku kenal. So, xdelah jumpa nnti kekok sgt kan. 

So, fmily day ni kan 2h 1 m je, so xdelah byk yg menarik memandangkan sebelum ni pun aku penah dok sini dgn fmily aku gak. Time ni aku baru 8 bulan kawin so masih agak romantik2 lg lah. yang penting Masih Sedondon.


Perjalanan dari KL aku dgn husband dan adik bertiga menggunakan kereta lah. Tapi mama dgn abah aku berdua lg dahsyat, diorg naik VERSYS.... rmantik gitu. Lg cepat smpi dr kitorg. 
Tapi sampai2 je aku pose dulu dgn abah aku kat motor kesayangan abah aku tu.



Program yang dijalankan semasa fmily day ni hanyalah Sukaneka. Dan selain nya masa yg ada lebih kepasa FREE & EASY. So, bebaslah nk pergi mana, dan nak buat ape. Masa sukaneka ni, ada 4 rumah suka, MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Satu keluarga aku sume berbeza rumah suka. Aku rumah MERAH (tp warna bj ala2 rumah shocking pink) suka sgt sbb pink mmg kaler fav aku. Husband aku rumah BIRU, sama dgn mama dan adik aku. Dan abah aku rumah HIJAU.

Sebelum aku tamatkan entry kali ni yang xberapa menarik sbb xbyk program, kita layan dulu beberapa pic view kat tmpt aku menginap ni.

 Garden Terrace tmpt kitorg makan sepanjang berada kat sini



 Taman Tema Air yang sangat sesuai untuk keluarga bersama anak2 bersuka-ria meluangkan masa berharga bersama keluarga tersayang.




 Pemandangan dari bilik tingkat 5 blok D tempat aku menginap



Antara servise lain yang disediakan disini 



Ok uols, smpi sini dulu celoteh aku. 
Assalamuailaikum...













PULAU PANGKOR, MALAYSIA (15- 17 April 2011)

Salam semua............

Entry kali ni aku cite pasal tmpt yg aku pegi dalam negeri pulak lah ye. Asyik cite gi oversea je,
 mcm lah aku ni byk duit sgt kan. Tp malaysia aku xlupakan.....
sbb aku dah abis pergi semua negeri yg ada kat malaysia ni. 

Nilah sume ahli keluarga syarikat tmpt aku bekerja


Tempat yg aku pergi kali ni adalah sebuah pulau perlancongan antara yang paling terkenal lah kat malaysia iaitu Pulau Pangkor. Aku pergi ke sini atas program hari keluarga syarikat tempat aku bekerja. So, kiranya semua adalah makan tanggung berak cangkuk lah sbb xkuar satu sen pun. Time pergi ni aku berdua dgn husband lah (husband pun free jgk tau). Apatah lg time ni br je nk masuk 6 bulan kahwin, so leh jgk sambung honeymoon kitorg. Heeeheeeheeee...

Aku menginap di Pasir Bogak di Pangkor Bayview kerana salah satu sbb pilih chalet ni sbb diorg ada Swimming pool... so staff2 yg ada bwk anak, mmg swimming pool lah tmpt diorg suka... 

Masih sedondon tau.....romantik kan...hahahah


Macam biasa, nk ke pulau pangkor haruslah ke Jeti di Lumut dahulu kemudian ambil feri utk eke pulau pangkor. Tapi, kitorg dah amik pakej dgn Pangkor Bayview, jadi segalanya dah diuruskan oleh pihak chalet. Mereka dah menungggu group kitorg kat jeti lumut.


Group yg pergi ni dalam 30 org jgk lah termasuk anak2 kecik, suami dan isteri staf. So dlm entry kali ni byk jgk lah muka2 baru yg korg akan tgk kan. xmacam entry2 sebelum ni, korg just tgk muka aku berdua dgn husband je dlm gmbr2 yg aku post. untuk makluman, aku pergi satu fmily besar jgak memandang kan aku satu ofis dgn abah aku. so automatik mak ayah suami isteri dan adik aku pun join jugak trip ni. hehehe...

Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 8 orang) boleh diatur semuanya oleh pihak chalet tmpt kami menginap tu. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Kalau korg nak mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju pun boleh, just bgtau je hotel tu, nnti diorg leh uruskan. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Antara tempat yang aku pergi adalah :-

  • Kilang Satay Fish SPK
    mcm biasa ni gmbr aku dan suami lah kat kilang satay yg famous kat pangkor ni

     Ni pulak gmbar cik munirah dan en syafriel ye

    ha...kat sini lah nk shopping produk2 hasil laut tau. Macam2 ada....

  • Taman Fu Lin Kung

  • Pekan Pangkor

  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung



    Tgk tu masih sedondon...tema oren..

    Sebahagian staf dan keluarga PRONICE SDN. BHD.

  • Pantai Pasir Bogak
 Selain itu, kitorg jugak ada buat Majlis Penyampaian hadiah dan penganugerahan utk pencapaian sepanjang tahun bekerja. Time ni lah pengumumam BONUS dan KENAIKAN GAJI akan bos bgtau. Malam kedua kitorg buat lah PERTANDINGAN KARAOKE dan MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ni. Selain tu pad sebelah petang juga diadakan acara SUKANEKA. mmg meriah lah bersukan, gelak nye lebih dr sukan. HEHEHEH....... Sukaneka ni dibahagikan kepada 2 kumpulan GROUP A dan GROUP B.  





Antara sukaneka yang dijalan kan :

  • Boleh sepak pantai lelaki dan perempuan

  • Bola tampar pantai

  • Isi air dalam botol

  • Lari dalam guni

  • Tarik tali
 
Aku dapat tmpt ke2 acara KARAOKE kategori Duet dgn laki aku. Tau tak aku nyanyi lagu ape, ACI-ACI BUKAK PINTU. hampeh giler lagu, padahal byk lg lagu sedap2. Sbb laki aku xreti byk lagu. Hanya lagu P.rAMLEE JE YG DIA TAU...STRESS JE TIME NI...


Semua staf diwajibkan amik bahagian dm karaoke ni. klu staf xnyanyi, kene hantar wakil keluarga, suami atau isteri lah bg nyanyi sikit. Jom layan sikit gambar2 semasa pertandingan karaoke ni dan juga semasa malam anugerah cemerlang.

 DEDEK

 HALIM

 SYAFRIEL

 MUNIRAH

 SYAFIQ & ISTERI (LIN)

 AZMI & ISTERI 

 USTAZ TAMRIN (BOS) & ANAK LELAKI DIA (HAIKAL)

MAZRI & ISTERI (IKA)

 KAK SHIELA & SUAMI (MIZAN)

RAZI


Oklah, setakat ni dulu aku cite pasal company aku punye family day. Insyallah ada masa aku update trip2 aku yg lain ye. 




SINGAPORE 18-20 FEB (PART II)

Salam semua pembaca blog aku ni.

 Tu pun klu ada pembaca lah ye. hehehe.... Arini ada mood skit nak sambung cite pasal trip ke singapore yg aku pegi dah lama tu. tp masih segar di ingatan lg. So nk sambung cite skit ye tmpt2 yg aku sempat pergi selama 3 ari je kat sana, tp dh ckup rasanya sbb spore tu kan kecik je,
rsa mcm aku dh abis pusing 1 spore tu wlaupun br 3 ari.


Pg2 sabtu, selepas pekena maggie cup kat hotel tmpt aku menginap di Jalan Geylang iaitu Hotel Frangrance Pearl. Time aku booking ni online je dr website booking.com klu xsilap harga semalam aku dpt RM 110.00 lah tp xda bfast tau. boleh lah, dan hotel cntik serta agak dekat dgn MRT station geylang. Kene jalan kaki dalam 5-8 minit lah nk e station MRT.

Aku punye hotel menginap, No. Blik 302 tau...

Semalam sesampai je aku kat airport spore, trus naik train nk ke Geylang, tmpt aku booking hotel utk menginap. Tapi sebelum tu, kat station MRT tu, aku dah siap2 beli Singapore Tourist Guide untuk aku nk guna seharian besok.Bagi para pelancong yang ingin berkunjung ke Singapura, disediakan tiket untuk transportasi MRT dan Bus. Dengan tiket ini aku boleh kemana saja tanpa harus bayar apa-apa lagi. Harganya SGD$8/hari, tiketnya ada yang untuk 1 , 2 atau 3 hari, tp kne letak deposit sikit lah  SGD 10 saja so nnti klu korg pulangkan balik pass ni, dia akan return balik lah deposit korg tu.

 Ni pass yg aku beli. Kene beli 2 lah kan sbb aku berdua dgn husband. 
Pass ni xleh lah nk share2 ye

PENTING! Singapore Tourist Pass ini cuma dijual di setesen MRT TransitLink di Changi Airport, stasen MRT di Orchard, Chinatown, City Hall, Raffles Place, Ang Mo Kio, HarbourFront dan Bugis, serta beberapa Singapore Visitors Centre. Maknanya pass ni tidak dijual di semua stasen MRT ye.

Tempat2 yang aku lawati :-

8. Singapore Snow City

Aku ke Spore Snow City hari sabtu, iaitu hari kedua aku smpi di spore. Dr hotel trus ke MRT station yg dekat dgn hotel aku tu. Aku gi sini dulu br masuk ke Science center sbb aku beli tiket 2+1.

2-in-1 Package S$18.00/pax (Science Centre Admission + 1 Hour Snow Play Time)

Tapi time aku pegi dulu, harga tiket nye mcm ni, tgk kat gmbr kat bawah ni.
Ntah masih sama lg ke skrg ni aku xpastilah.
 

Harga tiket terkini leh tgk kat website ni :



9. Orchard Road

Tempat ini dikenal sebagai syurga bg mereka2 yg gila@kuat shopping (shopaholic). Boleh dikatakan hampir semua jalan Orchard Road, akan tersergam Mall2 yg besar2 je tau, yang pasti brg2 nye pun yg branded2 dan MAHALLLLL lah jgk bg aku ni. Kat sini lah brg2 oversea yg up to date latest version atau ner arrival leh dijumpai kat sini sbb kat spore ni brg smpi yg latest2 lg awal smpi sebelum smpi kat Msia.Antara Mall yang terkenal di tempat spt Tangs Plaza, Takashimaya, Wisma Atriya, Lucky Plaza, dan lainnya.

Time ni aku dh teruja nk shopping, so xbyk gmbr yg aku amik. 
Lgpun dh malas skit nk bergambar sbb dah penat sakan berjalan.

10. Raffles Landing Site

 Kat sinilah tmptnye Gabenor Singapore Sir Stamford Raffles sampai kali pertama. Di area ini yang menghadap Sungai Singapore, terdapat patung replika Raffles yang berwarna putih. Patung asli yang terbuat dari ape aku xpasti sgt tp ianya berwarna hitam terletak di Victoria Concert Hall, sekitar 500 meter dari tempat ini.Gambar mcm xde je. Tp aku pegilah tmpt ni. Mungkin tmpt ni mcm boring je that y lah aku xde nk pose. Tp mcm rasa ada amik gmbr, tp bila tgk cam, eh, mane gmbr nye.

11. Clark Quay

Clark Quay ni mcm aku bayangkan pesisir sungai kat Melaka tu lah, siap ada river cruise. Tp aku xnaik pun cruise tu sbb erm biasa je kot bg aku. xde yg menarik. Cuma tmpt ni happening time waktu mlm sbb byk Bar, Restauran dan kedai2 lain sepanjang sungai ni ditambah lg dgn rekabentuk pesisir sungai ni yg dihias cantik dan bersih, selain pemnadangan yg emukau kerana ianya berdekatan dgn esplanade dan merlion park.









EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...