Tuesday, December 12, 2017

CAUCASUS TRIP MOMMYPACKER 2017


Caucasus Trip Mommypacker 
IRAN - AZERBAIJAN - GOERGIA - ARMENIA


KUL - TEHRAN - BAKU - TBILISI - YEREVAN - ISTANBUL - TEHRAN - KUL
(Jadual asal trip yg sepatotnya selama 18hari)


KUL - TEHRAN - BAKU - TBILISI - DUBAI - KUL
(Jadual trip yg sempat dibuat setelah terpaksa mempercepatkan kepulangan ke Msia atas sebab emergency ayah telah dimasukkan ke hospital kene serangan jantung. Jadi trip xsempat dihabiskan dan beli tiket baru pulang ke Msia. Perlu segera pulang ke Msia sbb doc nk jalankan pembedahan jantung ke2. Time ni mama dan akk mmg down dh xder mood nk teruskan journey. Rasa nak cepat balik smpi Msia jer)

Details Flight sorg:

Kul - Tehran RM500 (AirasiaX) include luggage and meal
Tehran - Baku RM350 (Buta Airways)
Baku - Tbilisi RM300 (Buta Airways)
Tbilisi - Dubai (Flydubai)                                                                                                                    Dubai - Kul (Emirates) RM2700 tiket beli sehari sblm blik msia. 4 org hmpir 11k
Yerevan - Istanbul (Tiket burn) RM650
Istanbul - Tehran (Tiket burn) RM450
Tehran - Kul (Tiket Burn) RM500 include
luggage dan meal
Tiket balik yg sepatotnya tp terpaksa burn dr Istanbul ke Tehran by Pegasus Airways dan Tehran ke Kul by Airasiax.
Penginapan harga semua adalah utk Family Room 3-4 pax:
Tehran 2mlm - Guesthouse sorg 20usd kids FOC
Esfahan 2mlm - Guesthouse sorg 20usd kids FOC
Baku 3mlm - Azeri Hostel RM290 bersamaan 120Manat
Tbilisi 2mlm - Tbilisi Grand Hostel RM90 bersamaan 60Gel
Batumi 1 mlm - Burn duit hotel RM150
Yerevan - Friendship hostel & tours 3mlm 30,000AMD bersamaan RM250 (Burn)
Istanbul - 2 mlm guesthouse RM230
Penginapan semuanya booking secara online di bookingcom, hostelworld dan agoda. Kecuali di Iran minta driver carikan guesthouse sbb online xbyk pilihan dan semua yg ada mahal2 belaka. Di online hanya ada hotel shj susah nak masak2. Sy prefer utk tinggal di hostel atau guesthouse yg menyediakan kemudahan kitchen dan laundry.

Kronologi Trip:
~ Trip yg tiada dlm wishlist pun sehingga tahun 2019. Tp disebabkan promo Final Call AAX so main beli je tiket ke Tehran utk kali ke2 pada bulan Sept iaitu 3bln sblm date fly.


~ Beberapa ari slps beli tiket ni, br google ape route menarik yg bleh dibuat memandangkan akk beli tix one way saje. Kemudian br lah dpt idea nak buat trip Caucasus ni walaupun xkesampaian nk abiskan trip.

~ Sedikit research dibuat, tak byk pun yg dibaca. Selebihnya akk lebih berserah dan terjah sahaja. 

~ Persediaan awal tu lebih kpd mempersiapkan hal2 visa, tempahan hotel tiket dan transport. Tmpt yg nak pegi pun just google tgk2 gmbr pastu tulis nk gi mane. 

~ Cuma debaran tu lebih kpd persediaan membawa 2 org anak kecik mengharung misi trip caucasus ni. Yg tak tahan ragam kerenah diorg tu. Terutama bila disuruh jalan jauh.


Details jadual:
30/11 - 4/12/2017 IRAN (Tehran & Esfahan)
Oleh krn ini kali ke2 akk ke Tehran, jadi akk menggunakan khidmat FB Mohamad Noormohamadi sebagai driver selama berada disanadan ini merupakan kali ke2 menggunakan service dia. Disebabkan bawak anak, dan juga beg luggage yg dh rosak teruk masa smpi shj di Tehran, jd mmg payahlah pergerakan klu nak naik Metro atau Bas. Jadi upah driver saje yg senang. Kos setelah deal panjang berjela dgn Mohamad dia cas 100usd utk sepanjang 2 hari Tehran dan 100usd utk pegi balik dan jalan2 di Esfahan. Tempahan guesthouse juga semua minta tlg Mohamad yg carikan.

Utk story psl tehran ni akk dh penah story mory sblm ni. So pd yg xpenah baca bleh baca pengalaman 1st time akk ke tehran bersama kwn2 pada bln Feb2017. Bln Dec2017 dtg lg tp bersama mak dan anak2 plak.
Antara tmpt yg dilawati di Tehran:
~ Azadi Tower 
~ Golestan Palace 
~ Imamzadeh Mosque 
~ Tajrish Bazaar 
~ Imam Khomeini Mosque ~
Antara tmpt dilawati di Esfahan:
~ Khajou Bridge 
~ Naqshe Jahan Square 
~ Sheikh Lotfollah Mosque 
~ Shah Mosque 
~ Jame Mosque 
~ Siosepol Bridge 
~ Sofeh Mountain
Kos selama 5hari 4malam di Iran utk Tehran dan Esfahan:
Pengngkutan selama berada di Iran ~ 200usd
Penginapan di Tehran 2mlm 2pax ~ 80usd
Penginapan di Esfahan 2mlm 2pax ~ 80usd
Tukar duit blanja ~ 100usd (duit blanja ni lah buat beli mkn2, souviner dan tiket masuk ke palace. Mostly tmpt lawatan pergi sume free je kecuali palace.)

Total keseluruhan di Iran : 460usd utk 2 dewasa 2 kids bersamaan RM1900.00
(So pening kepala sbb dr kos penginapan smpilah ke pengangkutan makan dan minum rasa mcm semua mahal di Iran)

5 - 8/12/2017 AZERBAIJAN (Baku)
Nothing in mine mind🤔

What Azerbaijan... ? Ape yg menarik? Ape yg ada kat sana? Not in the list country to visit lah so far tp bila dh start buat research pasal negara ni.... Perhhhh Superb... Seriously mmg jatuh cinta.

Perjalanan dari Tehran ke Baku akk menggunakan Buta Airways sebuah company lowcost di Azerbaijan. Utk ke Azerbaijan, rakyat Malaysia perlu memohon VISA. Permohonan boleh dibuat secara online ataupun VOA. Harga visa pula ada 24usd termsuk tax. Sgt mudah memohon visa secara online dan borang nye pun simple jer. Submit mlm, besok pg dh dpt email visa. Pantas dan mudah. Klu bawa anak mcm akk ni, eloklah siap2 buat visa online. Nanti dh smpi airport senang trus beratur di imigresen shj, xperlulah ke kaunter VOA. Penerbangan dr Tehran ke Baku hanya 1 jam 10 minit shj. Alahai dekatnya kannnn xsempat panas bontot dh smpi. 

Sedikit info mengenai BUTA AIRWAYS:
- Sebuah syarikat penerbangan tambang rendah berpangkalan di Azerbaijan

- Bila disebut penerbangan tambang rendah, pastinya tiket agak murah dengan kemudahan yang minima.

- Pembelian berat luggage min 23kg utk 1 pcs. Hanya dibenarkan 1 biji luggage shj sorg utk check in dengan harga 30usd/50manat. Sekiranya berat beg anda 15kg shj dan ada baki lagi 8kg, walaupun ade lebihan lagi, tetapi tidak dibenarkan juga krn syaratnya adalah 1 pcs luggage shj.

- Buta Airways mengenakan rules dimana tidak dibenarkan membawa hand carry on board. Semasa beli tiket flight ni ada baca syaratnya dan ragu musykil, xkan xboleh hand carry lansung.

- Tapi mmg benar, bila di kaunter, mmg staf airlines ni akn check handcarry sama ada kte bwk atau tidak. Pastikan beg yg dibawa bersize kecik shj insyallah mereka bg dan akan di tagging beg utk hand carry.

- Compartment dlm flight kecil shj, jadi patotlah mereka mahu tgk dulu hand carry ape yg kte bawa tkot nnti tak muat nk simpan atas compartment tu.

- Dalam flight diberi air kosong dan juga sandwich cheese secara percuma. Minuman soda klu nak boleh beli. 

- Dari Tehran ke Baku Buta Airways mendarat di terminal utama tetapi jika menaiki flight dr Baku keluar berlepas di Terminal ke2 khas utk Buta Airways shj terminal ni yg berdekatan dgn Heydar Aliyev Airport terminal utama.

ok lah nk tido jap dh kul 1 pagi. insyallah besok klu rajin smbung story lg yer



















EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...