Sunday, July 30, 2017

Cerita Dari Seorang Wanita Yang Gemar Melancong Bersama 2 Orang Anak Kecil

Cerita Dari Seorang Wanita Yang Gemar Melancong Bersama 2 Orang Anak Kecil
#Mommypacker
#KisahDikongsikanBerdasarkanPengalamanSendiri
#MungkinBerbezaPendapatDenganSesetengahIbuBapa

Gmbr ketika bercuti ke Hatyai menaiki bas dari Kl Sentral pada bulan Mei lalu

Kwn2 Fb, Ig dan Blog mungkin sudah tahu yg mana sis seorg yg sgt suka travel dan mesti bwk anak bersama. Sis ada 2 org anak Mia berumur 5 thn dan Fayyadh 2 thn 7bln. Anak2 sis sudah diajar bawa travel bermula seawal 5bln. Maksudnya trip pertama diorg ketika berusia 5bln. Trip pertama Mia semasa usia 5bln adalah ke Bangkok dan Fayyadh pula ke Tokyo.

Juga mungkin ramai yang perasan, sis kemana saja mmg tidak ditemani suami krn suami xminat travel. Minat dan kecenderungan kami mmg berbeza. Tp alhamdulillah suami tidak menghalang minat sis utk teruskan hobi melancong ni selepas kawin dan juga selepas ada anak. Tetapi syaratnya walau kemana saja, anak harus dibawa. Jgn nnti bersuka ria melancong, anak ditinggalkan bersama org tua pula yang terpaksa jaga. Namun sesekali mungkin 2-3 kali dlm setahun ada kalanya sis tinggalkan juga anak-anak tinggal bersama keluarga utk dijaga kerana trip tersebut mungkin terlalu extreme utk mereka.

Kadangkala byk persoalan dikalangan rakan2 media sosial kerap timbul di komen2 dan juga private message. Bermacam persoalan yg ditimbulkan. Jadi disini sis kongsikan beberapa persoalan yg mungkin boleh membantu meyakinkan org lain utk tidak takut melancong bersama anak kecil. Sis kongsikan disini supaya ramai2 dpt baca, so tidaklah perlu sis nk kene reply sorg2 segala persoalan kan.?

1.         Sejak bilakah sis mula minat melancong?

Mula minat melancong dari zaman remaja lagi bermula umur 20 tahun ketika di universiti. Ketika di U dulu, sis kerap juga sewa kete berjalan sakan dlm Malaysia dengan kwan2 buat konvoi raya ataupun jalan-jalan dengan keluarga. Kebetulan keluarga sis mmg suka melancong dan itu mungkin salah satu penyebab sis juga begitu. Dari kecil abah dan mama sis selalu bawa jalan-jalan habis pusing satu Malaysia. Apabila dah besar dah pegang duit sendiri ketika itu mula melancong jauh sedikit ke luar negara. Kali pertama sis menaiki kapal terbang ketika itu menaiki MAS ke Kuching Sarawak. Seronok betul rasanya ketika itu. Umur waktu itu baru sahaja 15 tahun. Kiranya anak-anak sis sekarang untunglah 5 bln pun dh merasa naik kapal terbang kan.

Cumanya sejak sis berhenti kerja pada Mac 2015 selepas melahirkan anak kedua dan mengambil keputusan untuk menjaga sendiri menjadi surirumah sepenuh masa, aktiviti travel sis makin menjadi-jadi plak kerana anytime boleh travel tanpa perlu nk fkir baki cuti lagi dah. Tapi factor kewangan pulak terhad. Tidak mengapalah, sis percaya rezeki ada dimana2 sahaja janji kita usaha kan.

2.         Macam mana sis mampu uruskan anak-anak apabila melancong secara backpackers?

Melancong secara backpackers adalah lebih fleksibal berbanding menggunakan travel agent kerana ianya merupakan trip kita sendiri sahaja tidak melibatkan orang lain. Jadinya menguruskan anak-anak lebih senang. Jika anak lapar, pada bila-bila masa kita boleh berhenti bagi makan pada anak-anak. Jika anak meragam, meraung menangis, tak perlu lah nak risaukan orang lain berasa tidak selesa dengan perangai anak kita. Jadi ianya memudahkan urusan kita menguruskan anak. Selain itu, pembantu juga perlu ada ketika melancong bagi menguruskan anak. Biasanya, sis akan bawa mama sis untuk jadi peneman ketika melancong kemana-mana. Cumanya, kaadangkala sis gigih juga pergi melancong hanya kami 3 beranak sahaja tanpa peneman.

Ketika di Chiang Mai menaiki tuk-tuk. Sorg mengantuk tido,
sorg lagi tu pun dah mamai2 nk tido juga kepenatan
Bila kita sudah tekad untuk keluar pengembara bersama anak-anak, bermaksud persediaan mental dan fizikal sudah siap semua kerana kita memerlukan tenaga yang sangat banyak apabila membawa anak bersama. Kadangkala ada yang mahu berdukung, kerana sudah penat berjalan. Penah terjadi ketika di Hanoi, anak sis Mia sudah sgt penat berjalan, dan ketika itu di tak berapa sihat, jadi sis dukung dia hamper 2km dengan menampung berat 25kg. Tapi byk kali berhenti lah rasa nak patanh pinggang jap. hehehe Jadinya, apabila persediaan sudah dibuat, maka berdoa dan tawakal sajalah semoga perjalanan kembara kita dipermudahkan dlm segala urusan selamat pergi dan selamat pulang semula.

Berdukung mcm ni mmg slalu terjadi terutama bila kids tido terpaksalah dukung sbb mereka dh penat sgt. Kadang tu kejutkan jugak suruh bangun. Gmbr ni ketika br smpi di Kuang Si Waterfall Luang Prabang Laos. Terpaksa dukung fayyadh yg berat tu mendaki bukit nk ek waterfall. 

 Pesanan, jgn terlalu fussy dlm sesuatu perkara jika anda melancong bersama anak kerana jika anda tidak boleh fleksibel dgn mereka, asyik mahu mereka ikut ckp kita shj, nnti lama2 kita juga yg stress dan menjadikan trip tersebut tidak best. Just make it simple in everything. Contohnya, jgn lah terlalu mahukan kesempurnaan dalam semua perkara. Anak nk main kotor tak boleh, semua benda nak komplen saje, cashier buat keje lambat pun kita dh bising, semua benda kecil2 mcm ni klu itupun tidak boleh ditangani dengan mudah, dan semunya nk dipandang berat, maka trip tersebut jadi hambar tiada fun.

3.         Pengalaman manis dan pahit melancong bersama anak-anak?

Klu mood mereka tengah ok, barulah dpt snap pic comei2 macam ni.
Lagi2 klu dpt kids yg xsuka bergambar mmg susahlah nk ajak posing sama2

Pengalaman Manis sangat byk. Pastinya melancong bersama anak seronok apabila gelak ketawa mereka sentiasa menjadi penyeri sepanjang ketika melancong. Kita akan lebih enjoy  trip tersebut klu anak-anak sgt excited dengan tempat baru yg mereka pergi. Contoh spt anak sis Mia, now dia dh faham dan kenal negara2 yg dia pergi. So skrg yg melekat dihatinya Australia. Fayyadh pula seorang yang sukakan segala benda disekelilingnya. Dia klu nmpk air terjun, binatang-binatang ditepi jalan, bangunan yang besar-besar, mesti akan jadi super excited.

4.         Kos tambahan yg perlu disediakan apabila melancong bersama anak-anak?

Apabil kita sudah mempunyai anak-anak, pastinya kos melancong lebih tinggi berbanding melancong bersendirian ataupun bersama kawan-kawan. Selain kos wajib spt penginapan, pengangkutan, makan minum dan lawatan, jika melancong bersama anak harus ditambah dengan kos tambahan lain antaranya seperti kos entertainment. Apakah kos hiburan ni? Maksudny kos tambahan reserve utk mereka.

Contohnya, anak menangis kerana ternampak permainan di sebuah kedai. Jadinya sis terpaksa beli daripada mood anak spoil buat perangai sepanjang perjalanan, baiklah dibelikan permainan tersebut. Klu ada 2 anak maksudny 2-2 org kene dpt permainan sebab nnti bergaduh berebut pulak.

Ketika di Rumah Mode Bandung. Masing-masing nak mainan.
Bila dah dpt, cari port tepi kolam terus main xsabar nk bukak mainan baru.
Contoh lain, anak-anak nk makan ice cream, nak main playground berbayar di mall, semua itu memerlukan kos yang wajib dimasukkan dlm kira-kira ketika membuat persediaan. Anak sis sgt suka toys, jadinya setiap kali melancong mmg akan reserve RM200 utk permainan sahaja. Nak buat mcm mane, ikutkan hati mmg membazir kadangkla beli benda yg sama, tp kenalah faham juga naluri kanak-kanak mmg sukakan permainan. Seperti mana mereka cuba memahami minat mama nya yg suka melancong begitu juga kita kene memahami minat mereka. Xgitu kan!!!!

Ketika di Hokkaido, setiap hari bdak 2 org ni makan ice cream.
Dah lah mahal klu convert satu ice cream tu rm15-20 tau. fengsan lah mak aiiii...

5.         Bagaimana persediaan utk melancong bersama anak kecil?

Persediaannya sama saja seperti mana kita membuat persediaan untuk diri sendiri cumanya ada extra sedikit sahaja. Antara persediaan yang perlu dipastikan adalah kewangan, jadual perjalanan yang lebih fleksibel supaya tidak terlalu padat sehingga anak menjadi terlalu penat atau kebosanan. Selain itu persediaan dari segi packing luggage juga penting. Seperti sis, kemana saja pergi jika travel secara backpackers, hanya satu luggage troli size kecil sahaja dibawa utk pakaian pampers dan segala macam keperluan. Juga beg sandang belakang utk meletak pampers, baju spare dan juga bekalan makan minum. Kita tidak boleh terlalu bawa terlalu byk brg kerana kudrat nak jaga beg dan anak-anak sgt terhad. Lagi2 klu anak super aktif, pantas berlari macam fayyadh tu, sekelip mata klu alpa boleh hilang dr pandangan.

Image may contain: indoor
2 beg ni sajalah sis bawa ketika trip jelajah vietnam selama 10 hari pada nov tahun lepas.
Penting utk kte tahu cara packing seminimum yg boleh supaya tak perlu bawa brg byk sgt

6.         Negara mana yang sesuai untuk melancong bersama anak kecil?

Tidak ada negara yang spesifik diklasifikasikan sebagai negara yang sesuai atau tidak kerana bagi sis kemana saja kita boleh melancong asalkan persediaan nya sudah ada. Tetapi tidaklah termasuk negara2 di zon perang, negara yg mempunyi wabak virus dan juga negara yang mempunyi kadar jenayah yang tinggi. Selain dari negara tersebut, Insyallah boleh saje bawa anak melancong bersama. Jika baru nk memulakan melancong bersama anak kecil buat kali pertama, apa kata cuba dulu dalam Malaysia sahaja. Kemudian apabila confident level sudah makin tinggi, berganjak jauh skit ke negara2 jiran kita seperti Indonesia dan Thailand.

7.         Apa kebaikan bawa anak-anak melancong bersama?

-     - Anak seawal usia 2 tahun sudah mengenali Negara yang mereka pergi. Walaupun Fayyadh baru berusi 2 tahun 7 bln ketika ini, tetapi dia sudah tahu klu nak naik elephant kene pegi Thailand. Klu nak tempat sejuk pergi Jepun.

-    - Ketahanan mental dan fizikal anak juga bertambah. Mereka sama-sama membuat aktiviti seperti mama mereka buat. Mendaki gunung, meredah hutan, mandi sungai, panjat pokok dan macam-macam lagi aktiviti yang boleh menguji ketahanan mereka.

Gmbr ketika di Stone Garden Geo Park Citatah Padalarang Bandung.
Setelah 30 minit mendaki bukit, akhirnya berjaya juga mereka berdua ni smpi ke puncak

-   
Hubungan mama dan anak juga semakin hari semakin erat. Punyalah erat, sampai nk gi toilet kids nk ikot. Mengekor saja kemana pergi. Naik rimas pun ada jugak kadang tu sbb nk berkepit saja dengan mak nya.

-      - Ketika melanconglah anak-anak sis tidak terdedah kepada laptop, tv, ipad dan ipong segala mcm gadget yang adalah. Mmg automatic diork lupa psl gadget. Sbb di tempat baru, byk benda mereka excited nk explore. Klu dirumah ya ampun, masing2 main gadget saje smpi leka segala benda.

8.         Siapakah yang selalu menemani sis ketika melancong tanpa suami?

Klu korg perasan, Mesti sudah mengetahui Mama kesayangan sis lah yg selalu menemani ketika sis melancong kemana saja. Kadangkala adik-beradik juga kerap juga mengikut sis melancong. Cuma tidaklah sekerap dengan mama kerana mereka bekerja terbatas dengan kekangan cuti. Tidak seperti mama, dah pencen jadi anytime bleh follow sis. Mama seorg yg aktif alhamdulillah masih kuat pada usia 60thn sgt suka melancong secara backpackers.


 
Mama sis sentiasa menjadi travel buddy terbaik. Love u so much mama.
Gambar di Kuang Si waterfall Luang Prabang Laos.

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...