Wednesday, January 9, 2019

18 hari ROADTRIP di 6 negara BALKAN


BOSNIA - MONTENEGRO -CROTIA - ALBANIA - MACEDONIA - KOSOVO



Perjalanan roadtrip di Balkan bermula dan berakhir di Sarajevo Bosnia. Route akk seperti berikut :

Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Kotor - Bar - Podgorica - Tirana - Ohrid - Bitola - Skopje - Prizren - Pristina - Peja - Rozaje - Podgorica - Sarajevo


Kemudian dr Sarajevo akk sambong lg journey menaiki Wizzair tebang ke Budapest utk ke europe plak selama 10 hari. Tapi xnak story2 cite trip ke europe sbb ianya bkn kali pertama. Route di europe bermula:

Budapest - Zagreb - Ljubljana - London - Paris

Sedikit info perjalanan roadtrip akk di balkan :-

- Memandu di Balkan tidak memerlukan anda memiliki lesen memandu antarabangsa. Tp klu ada lg bagus lah.

- Tidak digalakkan memandu waktu malam disebabkan bentuk muka bumibalkan yang bergunung ganang. Anda xkan dpt jangka apa yg akan terjadi sepanjang perjalanan. Agak bahaya jika memandu diwaktu malam. Kebanyakkan jalan berada di tebing2 gaung, dilimpahi dgn keindahan alam ciptaan tuhan dan laut yang terbentang luas.

- Perjalanan dari Mostar ke Kotor mmg betol2 di tebing bukit. Separuh jalan nya masih belum siap berturap dan berbatu. Jika memandu di waktu mlm mmg sgt bahaya dan kerana itulah jarang nmpk kereta local memandu lebih dr jam 8mlm.

- Di balkan tidak banyak laluan yg ber tol. Dari Sarajevo ke Mostar ade masuk hyway sekejap dikenakan tol. Tetapi di Macedonia kebanyakkan jalan nya hyway selesa memandu tetapi mempunyai lebih dari 3 tol. Bayaran tol boleh dlm matawang euro tetapi bakinya akan diberi mengikut matawang negara masing2.

- Jika menyewa kereta, dan bercadang utk cross border negara2 balkan, haruslah memberitahu pihak company rental car. Mereka akan beri GREEN CARD dgn bayaran 30euro per car. Jadinya, ketika cross border, tunjukkan document kereta, green card dan pasport korg semua.

- Sewa kereta di Balkan perlu ade card credit. Wajid kne ade, Cash tidak diterima. CC juga penting utk mengisi minyak. Contohnya anda memandu cross border dan ketika itu anda tiada matawang negara tersebut, jadi anda bayarlah guna CC. matawang euro tidak diterima di stesen minyak yerrrrr

- Pastikan kereta sewa anda dh dipasang winter chain klu anda bercadang dtg ke balkan musim winter. Tp winter bukanlah musim yg bagus utk anda travel ke balkan.

21 comments:

  1. Salam.kalau nak tanya pasal balkan secara details boleh?sy akn ke balkan mac ni.boleh sy email atau whatsap?no sy 0134861006.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam sis. ya ampun...maaf sgt2 tak perasan sungguh komen sis kat sini. Terlepas pandang sy utk reply komen anda. Mesti sis dah balik dr bercuti ke balkan kan. Pasti seronok...

      Delete
  2. Assalamualaikum sis.. Really need ur help.. 0199846609.. Tq

    ReplyDelete
  3. Salam sis. InsyaAllah 1-5 Sept nanti saya road trip Zagreb-Jajce-Sarajevo-Mostar-Dubrovnik. Boleh sis share:
    1. Sewa kereta dengan company apa?
    2. Kekok tak left hand drive?
    3. Mudah ke urusan masa cross border Croatia-Bosnia?

    Thanks sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Terima kasih kerana sudi mampir sebentar membaca tulisan saya. Berikut jawapan sy bg persoalan sis:-

      1. Saya sewa kereta menggunakan apps EasyRentCars. Saya pickup dan drop di checkpoint yg sama iaitu Sarajevo Airport. Sy sewa selama 10 hari merentasi 6 negara.

      2. Kekok tu biasalah hanya diawal memandu sahaja. Sy drive hampir keseluruhan journey jarang tukar dgn kawan sbb mereka xbiasa drive diluar negara cepat nervouse. Rasanya xsmpi 30 minit sis akn biasa dgn cara memandu disana. Jalan xsesak tak jem jd lebih memudahkan. Cuma dinasihatkan, jangan memandu diluar bandar selepas jam 8mlm terutama di musim winter. Sgn bahaya dan nak jumpa kereta lalu sebijik pun susah. Permukaan bentuk muka bumi balkan yang bergunung ganang tu menyebabkan laluan jalan raya kebanyakkan nya di tepi2 gaung.

      3. Mudah sahaja utk cross border. Hanya bagi green card yg telah diberi dr syarikat sewa kereta dan juga pasport setiap penungpang pd pihak imigresen ketika berada di border. Sekejap sahaja proses nya. Kdangkala mereka akan check bonet kereta tp tu semua sekadar procedure shj. Pastikan jgn lupa declaire dgn syarikat sewa kereta sekiranya anda ingin cross border krn tanpa green card anda xbleh masuk negara lain.

      4. Tambahan info, sekiranya anda ingin masuk ke SERBIA (Belgrade), pastikan anda masuk ke sana dahulu kemudian baru masuk ke kosovo. Jika pasport anda sudah ade cop kosovo, agak leceh utk masuk ke serbia atas faktor perbalahan politik mereka.

      Diharap info sy ni serba sedikit dapat membantu perjalanan saudari ke Balkan.

      Delete
    2. TQVM sis! good info & sangat membantu :)

      Delete
  4. sis,
    blh sy tau brape kos sewa kereta perday?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Terima kasih kerana sudi baca blog penulisan sy. Berkenaan soalan mengenai kos sewa kereta ianya adalah bergantung kepada jenis kereta, berapa hari menyewa dan terma syarat yg tertakluk.

      Seperti kes sy, kami pergi seramai 6 orang jadi kami menyewa MPV Van 9 seat. Kerana utk keselesaan yang lebih dan juga utk muatan luggage dan bagpack kami selama berkelana di negara org hampir sebulan. Kos juga bergantung syarat2 yg dikenakan oleh pihak syarikat car rental, seperti syarat miyak, unlimited milleage dan juga negara2 yg dibenarkan masuk menggunakan kereta sewa tersebut. Kos kami selama 8 hari menyewa full van KIA KARNIVAL 9 seat berharga RM1,630.00

      Delete
  5. terbaek info sis bagi.
    Nak tau skit..isi minyak kena pakai cash or CC? anggaran berapa rm/liter?
    then, kalau sewa kereta sedan ada msalah tak compare to 4WD?
    sis guna apps EasyRentCars, tp rent company tu ape ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. most sy refuel petrol guna cc sebab bila masuk border setiap negara yg matawang nyer berbeza, sy takde tukaran duit. Jadi utk sy beli groceries atau isi minyak semunya transaksi pkai cc saje mudah dan rate nyer sy lihat lg murah.

      alamak lupa plak ape nama company rental nye. nnti sy check semua dan akn update semua yer. sbb skrg kat china ade trip avatar.

      Delete
    2. thanks sis for the advance info =)
      have a good day

      Delete
  6. Assalamualaikum sis,
    Nama saya Mariam. Saya juga akan me mulakan trip ke balkan pada hujung bulan Sep hingga pertengahan bulan Oct 2019.

    Saya ada be berapa soalan yg saya harap sis boleh bantu saya.

    1) beli simcard or bwk portable WiFi. Mana yg lebih berbaloi.

    2) berapa amount of Euro currency yg sis convert untuk setiap negara balkan yg sis pergi.

    3) travel insurance ape yg sis Dan kawan2 apply before travel.

    4) public transport disana seperti Perkhidmatan train, adakah ia mudah untuk difahami?

    Maaf ye sis sebab Tanya banyak sgt soalan. Actually this is my first solo trip.. 😊
    This is my number supaya mudah untuk kita berkongsi maklumat.
    01137077213

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum sis. Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sy dan membaca penulisan saya yg tak seberapa ni. Diharap perjalanan sis ke Balakan nnti berjalanan lancar dan dipermudahkan.

      Bagi menjawab beberapa soalan yg diajuakan, berikut jawapan sy mengikut pengalaman dan pengetahuan saya.

      1. Simcard tidak boleh cover semua area negara balkan begitu juga dengan portable wifi. Jadi sy menggunakan roaming bila perlu sahaja kerana sy sudah menggunaka GPS dr syarikat sewa kereta.

      2. Bagi negara yang tidak menggunakan euro, sy tidak menukar matawang di negra tersebut tetapi sepenuhnya menggunakan kad kredit. Contohnya ketika melepasi sempadan skopje ke tirana, sy mengisi minyak semuanya menggunakan kad kredit kerana tidak mempunyai matawang negara tersebut. Untuk pembayarn tol bagi laluan yg tidak menggunakan euro, mereka masih menerima euro, tetapi wang baki akn diberi dlm matawang negara tersebut. Membeli brg2 groceries juga sy gunakan sepenuhnya kad kredit. Sangat jarang sy pkai cash ketika travel kerana senang sy memantau penggunakan wang sekembalinya dr trip.

      3. Sy membeli travel insuran yearly platinum etiqa360 worldwide. Sekiranya anda travel lebih dr 5 kali setahun, sy cadangakan insuran travel dibeli setahun terus bukan mengikut trip kerana itu lebih jimat.

      4. Untuk pertanyaan berkenaan public transport, sy tak berapa pasti sebab sy sepenuhnya selfdriving.

      Diharap jawapan sy serba sedikit dpt membantu menambah ifo utk trip anda ke balkan. TQ

      Delete
  7. nak baca blog ni tapi version mobile punya xnmpak tulisan sbb background n font color sama gelap. TT boleh adjust setting x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan.Terima kasih kerana sudi menjengah ke blog sy dan membaca penulisan saya yg tak seberapa ni. OK sy sudah tukar setting yang lebih mobile friendly utk memudahkan semua. TQ

      Delete
  8. Salam sis...

    Nak tanya sikit pasal balkan tour ni.

    1. Pembayaran kpd rental car by credit card tu online or byt disana?

    2. Tol guna mcm touch n go atau cash?

    3. Bagaimana sis plan booking hotel utk ke tmpt2 yg sis singgah?...walk in atau pre-book thru agoda, booking.com etc dari Malaysia lagi

    4. Total budget sis utk ke 6 negara balkan selama 10 hari tu?

    Many thanks sis for willing to share your precious experince.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan/puan.... Terima kasih sudi membaca blog penulisan sy. Bagi menjawab beberapa persoalan yg diberi, berikut info yg sy tahu yg mungkin serba sedikit boleh membantu merancang perjalanan ke Balkan nnti.

      1. Pembayaran kpd rental car by credit card tu online or byt disana?

      Sy membuat tempahan kereta sewa menggunakan apps easycarrental 2 bulan sebelum tarikh trip. Sebelum membuat tempahan kereta sewa, pastikan baca t&c setiap company. Bayaran akan di cas p[d kad kredit full amount semasa anda membuat tempahan.Wajid mempunyai kad kredit diatas nama pemandu. Tidak boleh menggunakan kad kredit orang lain kerana ianya melibatkan insuran.

      Kemudian semasa mengambil kereta, company car rental akan block atau cas kad kredit anda utk security deposit. Jumlah deposit tu tidak tetap setiap company jadi kene baca t&c.

      2. Tol guna mcm touch n go atau cash?
      Bagi pembayaran tol, kebanyakkan jalan di balkan tidak mempunyai tol. Tetapi di Macedonia sy menggunakan tol dan membayar secara tunai menggunakan matawang EURO. dan abaki duit nya akan diberi mengikut matawang negara masing2. Jadi lebih mudah bayar secara tunai sahaja tidak perlu sewa ETC (ETC ni mcm t&go lah)

      3. Bagaimana sis plan booking hotel utk ke tmpt2 yg sis singgah?...walk in atau pre-book thru agoda, booking.com etc dari Malaysia lagi

      Untuk tempahan penginapan pula, sy plan dr awal lg. Kene tentukan route perjalanan dulu dan akan pit stop bermalam dimana. Cari yg free cancellation supaya mudah utk cancel sekiranya ingin bertukar ke tmpt lain. Kadang tu sy tetiba nak tukar arah perjalanan sebab ternampak ade tempat yang menarik, jadi sy booking dulu online walaupun ketika itu sudah berada dihadapan hotel tersebut kerana sy sudah check, harga walk in lebih mahal berbanding online.

      4. Total budget sis utk ke 6 negara balkan selama 10 hari tu?

      Total budget selama 18 hari di balkan dan europe sy belanja RM6500 termasuk, beberapa kali menaiki flight, penginapan, pengangkutan, insuran, minyak, tol, roaming cas, dan beberapa tempat lawatan berbayar. Kos utk belanja sendiri tak berapa nak kira pulak. Sbb di balkan sy tidak shopping apepun. Ketika di europe baru sy sakan berbelanja...hehehe

      Delete
    2. Thanks sis for swift reply and share some tips especially balkan tour. RM 6500 tu memang murah la..😰😰

      Delete
  9. Salam sis...

    Sorry nak tanya sikit lagi...sis Balkan Tour tu bulan berapa?...kalau nak prgi bulan november road safety ok ke...takut snow payah nak drive...thanks

    ReplyDelete
  10. Boleh saya hubungi tuan/puan melalui email saya naniayums7501@gmail.com utk maklumat lanjut ttg trip ke balkan

    ReplyDelete

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...