Tuesday, May 7, 2013

BALI, INDONESIA (5-8 JAN 2011)

SALAM SEMUA.

ok, ni last aku nk bercerita tentang trip honeymoon. Kali ni trip aku agak menarik kerana kali ni baru betol2 honeymoon just two of us. Kami pergi pada 5-8 Jan 2011 dua hari selepas Majlis Resepsi Perkahwinan aku sebelah pihak lelaki yang berlangsung pada 01.1.11 di Rumah Puspanita, Dewan Tun Siti Hasmah.

Ok kita teruskan lah cite pasal trip BALI ni ye. Sebenarnya agak rugi jgak time aku pegi ni sbb aku biasanya dah beli tiket awal memandangkan mmg klu boleh nk honeymoon romantik2 gitu kat BALI. skali tu mertua aku ajak lepas resepsi kitorg ke Hong Kong pulak. Melepas dh kitorg nk join sbb dah beli tiket awal ke BALI. so next time jelah ye, lgpun kali ni kitorg plan nk pegi berdua je. 

Ni tiket yang aku beli secara online dari Airasia.


 Untuk tri bulan madu aku ke BALI ni, semuanya aku beli secara online termasuklah aktiviti2 yang aku nk buat, dan juga tempat2 yg aku nak lawati.Aku beli di website Airasia Go Holiday. Kat sini aku ceritakan perjalanan aku dan suami selama 4 hari 3 malam di Bali dalam suasana yang romantik.

Hari pertama (LCCT-NGURAH RAI AIRPORT)

Flight aku jam 3.50 petang dan smpi di Ngurah Rai Airport so sampai di bali dah lewat petang, dah nak masuk ke malam pun time tu. Time sampai tu cuak gak sbb beli online je kan pakej, takot sampai2 xde org nak amik. Nasib baik sampai2 je airport dah ade pak guide yg angkat2 papan tanda nama aku. Nama guide yg bawa aku dan suami PAK GEDEK.  Sampai2 je apa lg dah lapar, so minta pak gedek bawa kami ke tempat makan yg halal.Restoran tempat aku dibawa makan tu namanya MALIOBORO AYAM TULANG LUNAK. Perrhh..mmg xleh cite kelunakkan ayam nye, best2 kot ayam kat situ. Ayam2 nye dimasak dah lembut, sebab tulangnye dah di lenyek mcm ayam penyet tu. Aku dah siap2 booking hotel kat website airasia. Hotel yg aku pilih NATHAN HOTEL. cantik gak hotel ni dan murah yg penting dekat town KUTA. Oleh kerana aku smpi hotel untuk check in dah malam, so utk 1st day ni  xdelah program, just check in pastu rehat, nk tido awal kerana bsok byk tempat nk lawati.



Hari Kedua

 1st kenelah breakfast kat hotel dulu kan, sebelum pak gedek tu sampai jam 9pg nk amik aku dan husband kat hotel.  Hari ni banyak tempat yang kitorg akan pergi, so that nk kene pastikan dalam beg kene ada Air mineral dan juga snack lah kan supaya xdelah kebulur nnti.


Antara tempat yang aku dan suami lawati utk ari kedua ni macam2 lah kan.
Mula2 kitorg bergegas untuk melihat persembahan TARIAN BARONG yang mana persembahan pertama bermula jam 10.00pg. Jadi xnak lah terlepas masuk lewat, so pak gedek dah uruskan masa terbaek utk kitorg. Persembahan tarian Barong juga terkenal di Bali. Tarian ni juga lebih mirip kepada cerita lama dan ada unsur-unsur Hindu yang masih tebal. Ada unsur sedikit pemujaan dan aku rasa tidak sesuai untuk kanak-kanak.

 

Selepas selesai melihat persebahan Tarian Barong selama lebih kurang sejam, kitorg dibawa pula PUSAT JUALAN KRAFT yang berdekatan dengan persembahan tarian barong. Kat sini banyak souvinier yang ada tp rasanya mahal sikit lah harganya sbb aku dah biasa beli barang murah2 klu gi Indonesia ni, so klu masuk kedai cantik je sikit, persepsi tu dh kata mahal walaupun xmasuk kedai pun lg. Tp mmh mahal skit lah dr tmpt kedai2 tepi2 jalan tu sbb kedai ni tumpuan pelancong kan. So aku beli sikit jelah,jgn smpi xbeli kan. Aku bab2 shopping ni mmg cepat teruja.



Lepas pergi ke pusat kraft ni, aku dibawa ke tempat Factory Outlet Silver. Boring sikit tempat ni sbb aku xpakai silver pun. Kat sini leh tgk secara live diorg wat semua aksesori berasaskan silver. Aku xbeli apepun kat sini, just melawat je sbb harganya rasa agak mahal.




Lepas dah puas tgk je silver2 tu, xlama pun kat situ sbb xnak buang masa sbb byk tmpt lain lg, so kitorg trus gi KINTAMANI. Tempat ni pak gedek kata time aku pegi tu sejuk sikit lah tp xpe dah biasa, aku lg suka klu sejuk2 ni. leh jgk pelok2 laki aku yg comel tu. Gunung Berapi background tempat aku bergambar tu dikatakan masih lagi aktif, dari cerita Pak Gedek lah. Pemandangan indah gunung dan tasik sekitar memang menawan hati. Tetapi, di kaki gunung Kintamani ini masih terdapat perkampungan asli yang mana masih mengekalkan adat kepercayaan yang "meletakkan mayat" di atas tanah sehingga mayat itu reput.




 Time kitorg smpi sini dah tengahari, so mmg dah laparlah kan. Restoran yg ada halal food dan yg paling cantik dan ok adalah RESTORAN SULING BALI. aku ni bab2 makan biasanya xpe, mahal skit pun ok. pakej yg aku amik tu xtermasuk makan minum. So semuanya kitorg bayar sendiri lah. Tapi lupa plak nk amik gmbr bil makan kitorg tu. Tp rasanya xdelah mahal sgt. Sambil makan sambil online sbb wifi dia laju gak. Tempat makan ni stail buffet tau. Puas hati klu nk makan byk2.


Restoran ni besar, siap ad taman2 lg. Leh gak sambil makan, sempat lg pose

Tengoklah, macam2 makanan ada....

Lepas dah kenyang makan, kitorg teruskan lg trip untuk melihat PADI BUKIT TERES. tapi masih aku pegi ni padi baru tanam, so xbrapa nk cntik sgt pemandangan. Klu time padi ngah menghijau, perhhh...masyallah lah pemandangan time tu. 


 Kat sini xde aktiviti sgt, just pemandangan yg cantik je. kitorg turun jap dr van utk bergambar je. Kawasan ni majoriti HINDU, so anjing dan oink2...merata2 ada. Restoran dan warung2 tepi jalan byk jual menu oink2...tau tak ape tu oink2x....hehehe

Malam ni kami plan nk menikmati Candle Lite Dinner di tepi laut. So Pak Gedek dah uruskan timing nye, kami dijangka tiba kat sana jam 8.00mlm. So masih ada masa nk melawat tmpt2 yg on the way kami akan lalu nnti. So next tmpt yg kami sempat drop by adalah Pusat Perusahaan Kopi Luwak. Dalam perjalanan dari Kintamani ke Legian, memang banyak gerai kecilan yang membuat dan memproses Kopi Luwak yang terkenal di Bali. Bagi yang berminat, boleh singgah cuba dan membeli Kopi Luwak di sini dan ia jauh lebih murah. Punye lah mahal kopi luwak ni padahal dr taik musang je kot. secawan kecik tu Rp 50,000 tau (RM17.00)...perhhhh mahal giler, dah lah cawan nye kecik. Tp kopi luwak mmg kopi paling mahal ada yg cecah smpi ribu2 ringgit tau. Tp sbb nk rasa skit, kitorg order jgak lah. xdelah sdap mane pun.


Lepas dah kelat2 tekak minum 7 jenis minuman, kitorg terus gerak untuk melihat persebahan KECHAK DANCE.  Tarian Kechak di Bali ini aku nampak macam satu jenis pemujaan dan adat masyarakat Hindu di Bali. Banyak mentera dan jampi di dalam permainan Kechak Dance ini. Kalau di Malaysia, ia umpama tarian Kuda Kepang di Johor dan Puteri di Kelantan. Cuma Kechak Dance ni nampak lebih rancak berbanding Kuda Kepang dan Puteri. Sebenarnya time ni aku dan suami dah lemau sikit. penat tu dr pg smpi malam travel mcm2 tmpt. Tapi tmpt baru kan, so still ada rasa excited jgk la.



Hampi sejam lebih jugak persembahan ni baru habis. Lenguh jgak lah aku nk tnggu nye sbb perot dah lapar tu. Al-maklumlah kan dah malam, lapar lah jadinya. ape lg saat yg dinanti2kan, makan malam romantik aku dan suami di tepi pantai JIMBARAN. Aku makan di RESTORAN AROMA. macam biasalah, mkn tepi pantai, tema mesti seafood kan. so pilih jelah nk ape dalam akuarium tu, pastu pilih lah nak masak ape. Aku pilih ikot2 budget jelah dalam Rp300,000 jgn lebih sbb kang shopping xcukup duit plak. hahaha....shopping penting kan. Budget aku tu pun mungkin dh kira besar utk makan berdua tp jimbaran ni mmg mahal skit makan nye, maklumlah tmpt famous.


Lepas menikmati makan malam yg agak romantik, aku dan suami trus balik ke hotel. Penat giler kot arini, byk sgt tmpt pergi. So mmg plan smpi2 hotel je nk rehat puas2. Tp nk tau tak, smpi2 hotel je apa kami buat....jeng....jeng...jeng....

Haa...ha..ha...sempat gak mandi pool.

Hari Ketiga

Hari ni seperti biasa kami kenelah bfast dulu sblm pak gedek smpi amik kat hotel. 

sementara tunggu pak gedek smpi, pose lah dulu. arini kami siap awal plak

Hari ni punyer program nk ke TANAH LOT. Antara Kuil Hindu yang terkenal dan aku rasa paling famous di Bali. Kat sini memang besar kawasannya dan kawasan kuil terletak di tepi Pantai. Di sini juga ada sarang Ular yang menjadi habitat dan juga katanya penjaga Kuil Tanah Lot.




Cantik kan view2 tmpt aku pose ni. Serius mmg cantik tmpt ni. Orang baru kwin, pose sume gaya2 manja lah ye....

Lepas gi Tanah Lot ni, aku ada singgah satu tmpt ni nama xpasti ape, pak gedek ada bgtau tp aku xingat ape namanya. Monumen ni kat tengah2 jalan, so aku minta pak gedek berhenti tepi jalan jap, aku nak amik gambar kat situ.


 Lepas dah melawat tanah lot, aku balik semula ke hotel kerana ptg ni aku akan ada aktiviti paling ditunggu2 iatu DINNER IN CRUISE sambil layan sunset. perhhhh bunyi mcm gempak kan, tp mmg gempak pun. Cruise depart tepat jam 6.30 ptg, so pak gedek dtg amik aku semula di hotel jam 5.30 ptg. Pakej ni pun aku beli online jgk lebih kurang RM150.00 kot sorg. Tp mmg pengalaman lah bg aku sgt sesuai utk bulan madu.





 Siap ada persembahan Cabaret Show dlm cruise. Leh tgk persembahan sambil menikmati makanan yg enak dan lazat
Hampir 2 jam berlayar dengan cruise sambil dinner, kitorg pun nk blik lah ke hotel. tp tadi dah makan byk, so kene bakar kalori sikit. So lepas mkn kitorg trus balik ke KUTA. aku cakap pada pak gedek, "xpelah pak, hntr kami kat sini je, mahu jalan2 nikmati suasana malam di pekan kuta plak". Kan hotel aku dgn pekan dekat je, so mlm ni ingat nk usha2 lah ape yg menarik. so, nilah yg kami dpt lihat suasana mlm di Kuta. Mmmgg...happening lah. kat KUTA byk Bar, kelab, dan lain2 hiburan.Selain tu, hotel kami tu dekat jgak dgn shopping mall SOGO dan byk lg tmpt2 kedai berderet yg boleh pegi. Tapi malam kedai xbukak dah, mall bukak lah. Jam 12 malam aku br balik ke hotel semua. jalan kaki sikit dlm 10-15 minit lah.


Hari terkhir (Ke4)

 Hari ni aku dah beli pakej spa full body massage, so lepas bfast, packing2 brg jap, sbb arini nk balik kl dah. laki aku time ni geli geleman jgk 1st time nk kne mssage kan, seluruh badan plak tu. tp aku pujuk2 nasib baik dia nak.


Lepas dah massage, aku dan suami gi makan lunch lah ape lg kat RESTORAN NATRABU NASI PADANG. huhuhu...duit mcm ada lg je, so leh lah mkn beria sikit.

Masa byk lg sebelum nk airport, so sempat lah posing2 dulu kat restoran ni

Dalam kul 5.30 aku trus ke airport sbb flight aku kul 7.30 mlm. tp nasib xbrapa baik, flight delay lebih kurang 2 jam. last2 aku dpt naik flight kul 9.00 lebih. mmg lemau lah menunggu kat airport tu. apepun honeymoon aku di BALI ni mmg sunggguuuhhhhhh KENANGAN YANG TAK DAPAT DILUPAKAN. sgtttt manisssss...... ehemmmm....ehem....














EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...