Thursday, October 17, 2013

PHNOM PENH-SIEM REAP, CAMBODIA 3-6 JULAI 2013 (PART I)

Salam Sayang Semua.... 
ok kali ni agak cepat aku update trip ke phnom penh dan siem reap ni sbb xsmpi 3 bulan pun aku dah update. Biasanya dah basi trip aku 7-8 bulan pun masih xupdate kat blog lg. Kali ni trip aku ke Cambodia seramai 10 orang termasuk Mia Iris yang comel tu lah. Trip kali ni yg follow family aku, mak mertua, mkcik dan cousin. 

Mesti ramai tertanya2, ape yg ada di kemboja yang membuatkan aku pergi kesana. Huhuhu...matlamat utamanya adalah bg memenuhi mission aku utk pergi sebanyak mana tempat2 yang mempunyai kejaiban dunia xkisahlah inya secara semulajadi ataupun ciptaan manusia. So, misi aku kali ini adalah untuk ke Angkor Wat.

Tiker seperti biasa aku beli dulu lah di Airasia. Harganya klu xsilap RM138 return. xingat dah harga bpe tp tulah harganya. Pakej aku amik dgn ustaz yahya dr kemboja. ustaz ni mmg famous kat msia, ramai yg kenal lah. Leh tgk FB dia di https://www.facebook.com/UstazYahyaCambodia ataupun
 website http://www.ustazcambodia.com/

Beberapa info yang perlu tahu sebelum ke cambodia :

1. Matawang negara kemboja adalah Riels (KHR) tetapi anda perlu tahu yang dimana2 sahaja tempat perlancongan di kemboja adalah menggunakan matawang USD sebagai urusniaga. Anda xkan dengar peniaga2 disana berusus niaga dgn matawang mereka. Jadi lebih senang tukar matawang USD

2. Kemboja boleh doketegorikan sebagai negara miskin susah, jadi kiranya berpeluang ke kembuja, singgahlah ke Kampong Cham iaitu sebuah perkampungan islam di Phnom Penh utk menghulurkan sumbangan ataupun sekiranya singgah dimana2 masjid, bolehlah masukkan sumbangan anda di Tabung masjid.

3. Jangan lupa try durian di kemboja. wooo sedap gler besar2 tu...makan 2 ulas pun xtentu lg boleh abis sbb mmg besar kot...

4. Rasanya xpayah nak tukar duit byk sgt kot sbb xde ape sgt nak di shoppingkan di kemboja. Dipendekkan cite, kemboja bkn tmpt shopping even duit diorg lg rendah tp kualiti brg pun agak rendah so beli kat msia je sudah.

5. Rancang perjalanan anda sebetol2nya. Jika hendak pergi ke Siem Reap, adalah bagus sekiranya mendarat di Phnom Penh, dan kemudian balik KL dr Siem Reap. So jimat masa dan tenaga xder lah nak kene patah balik selpas tgk Angkor Wat tu ke Phnom Penh. Jauh jugak tu jarak perjalanan diantara Phnom Penh ke Siem Reap lebih kurang 6-7 jam jugak termasuk berhenti rehat.

6. Hati2 nak beli pakej direct dr agen di kemboja krn byk kes penipuan yang menyamar sbg ustaz kemboja siap minta hulur bantuan utk masyarakat Champa yang susah di kemboja tp bantuan tak disampaikan. Ustaz yang aku rekomen ni ok terbaekkk...insyallah belom ada lg kes2 dr agensi ustaz yahya.
  
Berikut merupakan details perjalanan yang aku sediakan sendiri kemudian aku beri kepada ustaz yahya. Aku wat research sikit2 kemudian aku susun jadual dan aku pastikan aku leh cover byk tempat selama 4 hari aku ke kemboja.

Tapi malangnya ada spoil sikit jadual aku sbb seminggu sebelum berlepas, AirAsia memaklumkan bahawa flight berlepas aku terpaksa dilewatkan disebabkan masalah operasi. Sepatutnya aku berlepas 6.45pg tp ditukar ke 3.00ptg. Dah rugi satu hari jadual aku. Tp aku dah inform pada ustaz yahya utk kita try cover jugak semua tmpt yg aku nak gi. Mungkin agenda shopping terpaksa dikurangkan lah nmpknya.

4D3N PHNOM PENH - SIEM REAP, CAMBODIA
TARIKH BERLEPAS : RABU, 3 - 7 - 2013
PENERBANGAN        : AIRASIA (AK 1476)
MASA                            : 1500 HRS (3.00AM)
TARIKH PULANG    : SABTU, 6 - 7 - 2013
PENERBANGAN      : AIRASIA (AK 1475)
MASA                          : 1640 hrs ( 4:40PM)

ATUCARA

Hari 1 : KUALA LUMPUR – PHNOM PENH (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa untuk melawat melawat bandar Wat Phnom, Yeay Penh’s statue, Victory Monument dan Tuol Sleng Genocide Museum. Tengahari akan dibawa menikmati hidangan makan di restoran halal. Selepas itu, sambung semula lawatan ke National Museum, Royal Palace, Silver Pagoda, Riverfront  dan Killing field. Makan malam di restoran dan check in berehat di hotel.




Hari 2 : PHNOM PENH – SIEM REAP (B/L/D)
Sarapan pagi kita di kedai dalam perjalanan, makanan istimewa orang kampung, menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Siem Reap dengan mengambil masa 6 jam, dan bila sampai di siem riep kita melawat sepenuh hari di Angkor – The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant dan Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia dan melihat matahari terbenam di Gunung Bkheng. Makan malam buffet di local restaurant dengan menyaksikan persembahan Tradisional Kemboja dan berehat di hotel.

Hari 3 : SIEM REAP / TONLE SAP / PHNOM PENH (B/L/D)
Selepas sarapan di hotel dan memulakan lawatan dengan melawat Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap, merupakan tasik terbesar di Asia untuk merasai kehidupan nelayan. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas itu, singgah di masjid untuk solat dan seterusnya menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam. Sampai sahaja di Phnom Penh, sambung atucara dengan activity membeli belah di membeli belah di Russian Market. Makan malam di local restaurant dan terus sambung membeli belah di Night Market sehingga jam 10.00malam kemudian balik berehat di hotel.

Hari 4 : PHNOM PENH – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel check out. Jam 10.00 pagi. Kemudian anda akan dibawa untuk menyambung aktiviti membeli-belah di Central Market sehingga jam 12.30 tengah hari, dan selepas itu kita akan menikmati makan tengahari terakhir di Phnom Penh. Jam 2.30 petang, berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
                                                          
Harga Termasuk Semua item kat bawah ni ustaz yahya cas aku USD 220:                                                                                                                   
1.                  3 Malam penginapan di hotel
2.                  Makanan Halal bfast, lunch dan dinner kat restoran halal
3.                  Pemandu pelancong bahasa melayu
4.                  Pengangkutan bas berhawa dingin
5.                  Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan  
6.                  1 botol air per orang per hari
7.                  Tips

 Penginapan :

         Tempat/Tarikh
Hotel
Phnom Penh, 3 Julai 2013
New York Hotel Phnom Penh
Address
:
No. 256, Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia.

Siem Reap, 4 Julai 2013
Address
:
Ta Neuy Street, Wat Bo Village, Sala Komreuk Commune, Siem Reap City, Cambodia

Phnom Penh, 5 Julai 2013
   
    Paragon Hotel
Address : No. 219B, Sisowath Quay (River Side)

GUANGZHOU-SHENZEN, CHINA 26-31 MAC 2013 (PART I)

Salam semua.....
Baru je 3 hari lepas kita menyambut Hari Raya Aidiladha. Yang uniknya nya raya korban kali ni aku buat trend baru beraya di Langkawi plak. Tapi aku bukan nk cite pasal langkawi tp tentang Trip aku ke Guangzhou Shenzen pada 26-31 Mac 2013. Tengok tarikh tu mmg dah agak lapuk cite ni, tp akan daya masa dan keadaan org bz sibok travel mcm aku ni mmg byk lah trip2 yg dh lapuk 5-10 bulan dan kdang2 tu setahun pun ada lg yg xupdate.
Berikut details jadual yang aku terima daripada agen yg aku pilih seperti biasa Mr. Azalan yang dulunya di Honhub Travel tp sekarang dah bukak bsnes sendiri iaitu Sutera Harbour Vacation Club di Menara Safuan, KL. Paling penting pakej aku ni Muslim Tour lah ye senang sikit nak makan. Klu pakej Pork Free ni agak was2 sikitlah. Yang best nye guna agen ni xpayah aku nak urus wat visa sendiri sbb China negara yang memerlukan Visa untuk masuk ke negaranya.
Trip kali ni aku pergi xramai hanya 11 orang termasuk anak aku Mia Iris Ariana tulah. Budak kecik ni mane leh tinggal walaupun baby lg, pasport dia pun dah naik penuh dok ikot mama dia jalan sakan je. Bukanlah nk kata mama dia banyak sgt duit dok holiday je, tp mmg hobi mama dia suka travelling, so if nak gi mane2 tmpat yg dh target, time tu lah nk kene start kerja keras wat keje disamping bantuan kewangan mr hubby yg comel tu. Bkn anak je comel, suami pun comel jgk.

             Hotel SZX:Days Inn Hotel (hotel yang aku menginap di Shenzen)
             Hotel CAN : Euro Asia Hotel (hotel di Guangzhou)

             Departure date : 26 - 31 MARCH 2013

             Flight detail : 26 MAR 13 MH 376 KUL - CAN ETD/0930 ETA/1335
                                    31 MAR 13 MH 381 CAN - KUL ETD/0100 ETA/0505
                                   (Check in at Guangzhou Airport at 2300pm on the 30/3/2013)
Berikut merupakan harga yang agen aku offer utk trip aku kali ni dan semestinya trip jauh mestilah nk kene naik MAS kan lebih2 lg bawa Mia Iris tu. Dengan harga yang aku byar pd agen tu, kita xperlu bayar apa2 lg dr awal smpi hari akhir melainkan kita ada nak tambah apa2 lg selain dari yg ada dlm ittinerary.

             ADULT FARE   ( ALL IN ) -  RM1999 per adult include Tipping + Visa
             CHILD FARE    ( ALL IN ) -  RM1999 per child with bed
             INFANT FARE ( ALL IN )  -  RM399.00 per infant

      
Paling xbest kalau gi China ni ikot agen, seperti biasa aku gi Beijing dan Shanghai dulu, dia mesti ada compulsory tempat2 lawatan. Ni memang arahan daripada kerajaan mereka kepada syarikat2 perlancongan. So mmg kita xkan dpt skip dr melawat tmpt2 mcm tu melainkan kita gi backpackers, tu mmg best xpayah gi melawat tgk herba lah, pearl lah. Antara tempat wajib dilawati sekiranya anda mengikuti pekej Guangzhou Shenzen ni adalah :
Compulsory shopping stop : 
Chinese Herb & Gem (guangzhou) ;
Silk, Tea & photo (Shen Zhen)

Itinerary:-

Hari Pertama- KL/CAN/SZX (halal lunch / halal dinner)
Sampai2 je di Bai Yun Airport di Guangzhou, time tu dah tengahari lah tp cuacanya mcm cuaca kat cameron ditambah hujan plak masa aku smpi tu, makin sejuk lah gamaknye. Sampai dh tengahari kan, hujan plak tu, mesti lah perkara utama nye kelaparan. So trus gi lunch sebelum memulakan sesi lawatan. 
Ni antara pemandangan di Bai Yun Airport yang sempat aku amik. Maklumlah hujan....


Airport dia besar canggih jugak mcm KLIA....so mmg selesa lah...tp toilet tetap xde paip ye seperti biasa botol mineral kosong sentiasa disisi lah

Sempat jgk aku pose dgn pilot China ni dihadapan laluan ke Hongkong, Macau dan Taiwan.
Klu aku xgi dgn agen, dh lama aku redah masuk Macau dgn Hongkong ni. Tapi apakan daya, aku bawak org lain dlm trip ni.
  Kat dlm airport ni aku terjumpa McDonald dgn design yg agak unik. Rasanya mungkin design sarang burung kot. So aku pun snap jelah gmbr mcd ni. Tp Mcd kat sini xhalal tau jgn plak mkn


Sampai je di airport, disambut oleh tourist guide aku lah nama nyeeeeee.......ape ye...adoii dah lupa plak sbb trip dah lama kan. Abaikan jelah nama dia...
 Comei jgaklah amoi ni jadi guide kitorg....
Nasib Mia leh masuk dgn dia...ada jugak tukang dokong

 
  Bas mini kitorg sepanjang berada dlm trip ni
Selepas short briefing dlm bas dan sesi berkenalan, kitorg terus dibawa lunch. Happy hour..... makan sape xsuka lg2 time sejuk plak tu ditambah dgn 4 jam travel dlm flight tadi. Jom layan beberapa gmbr makan kitorg yg pelahap ni.



Kemudian jom tgk ape jadi selepas lunch plak, meja kitorg bagai dilanggar todak
LICIN SEMUA NYEEE...MMG TERBAEKK

Selepas dah kekenyangan, kitorg dibawa solat jamak di Masjid Shangmeilin sebelum meneruskan perjalanan ke Shenzen yang akan mengambil masa biasanya 2jam melalui hyway ke shenzen.
Tapi malangnya, ntah apa yang terjadi aku pun xpasti, 4 jam mak oi kitorg dlm bas ni nk ke shenzen,jem nye mmg gilerrr sgt. Dengan bas rosak tepi jalan nyelah, dengan waktu ptg org balik kerja nyelah.....mcm2 lah...mmg terrible sgt masa ni. Anak aku dah tido bangon tido bangun balik tp tetap xsmpi2 jgak.

Sampai je di Shenzen dah malam lebih kurang jam 8 malam. So kitorg trus dinner lah. Tak payahlah ye nk tunjuk gmbr time dinner ni sbb xlarat dh nk bergambar penat dok dlm bas. Lepas dah isi perut, kitorg dibawa utk naikkan semangat balik....shopping di LOHU COMMERCIAL CITY. Tp kitorg smpi agak lewat, so byk jugaklah kedai yg dah tutup tp yg bukak pun masih byk lg so sempat jgaklah usha2 handbeg. Penat tadi tiba2 terus hilang plak...hahahaha

Lpas dh jln2 kat Lohu, xlama kat sini sbb masing2 dah penat kan. Patu kami terus dibawa ke hotel utk check in di Days Inn Hotel. Hotel ni mmg best sbb dekat dgn kawasan shopping dan ada kedai noddle soup halal berdekatan hotel ni.
 Pose depan hotel
Keadaan bilik. Tgk mia dah start merangkak atas katil. Dia yg rasmikan katil dulu

Oklah, stop sini dulu sbb dah settle ari pertama. Sampai hotel mandi2 pastu terus tido. Besok byk lg agenda tempat lawatan yg aku nak buat. So byk energy nak digunakan. gud nite.... nnti kita sanbung part II plak ye...
\

SHANGHAI-BEIJING, CHINA 12-18 NOV 2012 (Part 1)


Assalamualaikum Semua Pembaca Setia 
Travelog Mamma Mia
(Ada ke blog aku ni pembaca setia??? Hahaha...perasan GLAM plak)


 Payah betol nak mulakan kata2 kat blog ni sbb nya otak ngah tepu, xde idea yg nak diilhamkan utk dicoret. Tu sebab byk travel2 yg aku pegi tp xupdate kat blog ni. So skrg ni ngah push jgak diri ni utk update trip ke SHANGHAI + BEIJING 8 hari 6 malam. Ni adalah family trip yang aku pergi pada 11-18 Nvember 2012. Yang join trip ni mak ayah aku, mertua aku, abg dan adik ipar aku dgn isteri dan anak masing2, aunty uncle dan juga cousin2 aku. So total sume yang pegi adalah 19 dewasa, 1 kanak umor 1 1/2 dan seorang bayi umor 8 bulan ( tu anak aku lah tu yg baby tu).  

 Ni lah baby Mia Iris Ariana yang br je masuk 8 bulan masa trip ni
 
Sampaikan tour leader yang follow kitorg tu Mr Jerry Lum pun cakap, ni 1st time dia bawa group yg ada baby paling kecik. Sebab nye masa aku pegi tu musim WINTER, so cuaca sgt sejuk, dia tkot baby xselesa atau xleh nak rasi dgn cuaca kat sana. Tapi aku bgtau, baby aku tu mcm mak nye jgak, adventure so dia mesti akan ok. Jerry ni orang Klang je umornye 28 tahun tp comei je mcm kanak2 riang. Bagus jugaklah bawak tour leader dr msia ni, sebab nnti senang kita nak interact dgn org kat china memandangkan diorg tu xbrapa nak pandai ckp English. 

Vacation aku kali ni menggunakan servis dari travel agent cuti-cuti muslim bersama HONHUB TRAVEL di klang. Person in charge yang prepare semua documentation group aku ni adalah Mr Azalan. Pakej all in flight+ground (nett tau xperlu byr ape2 lg) adalah RM2888 adult termasuk domestic flight dari shanghai ke beijing.

OK ni ksah perjalanan aku. Flight kami menggunakan direct flight by MAS. Seperti biasa, klu travel long journey memang akan guna MAS krn nk selesa apatah lg bawa baby kan. Yng penting mkn byk kali dan sedap. Perjalan aku dr klia ke Shanghai mengambil masa 4 jam. Dan balik nnti dr beijing ke klia mengambil masa 6 jam.

Antara beberapa perkara yang anda perlu tahu keadaan disana sebagai persediaan awal. Ini travel agent aku lah yang bagi supaya nnti jgn ada apa2 prob.

Day 1 : KL - SHANGHAI (11 nov 2012)


Flight kitorg jam 1.40 pagi, maknanya dah masuk 12 nov lah tu tp kitorg dah ada kat airport jam 10 malam. Reason kenapa sampai awal. sbb kitorg mmg suka lepak kat KLIA lama2. hahahah... nk makan2 lg, nak shopping coklat dan nak menunggu semua group trip ni sampai. Selain tu, nak dengan taklimat sikit dr tour leader kitorg. 
Kat bawah ni aku sertakan details flight aku.
12 NOV KUL/PVG MH 386 0140 / 0640
18 NOV PEK /KUL MH 393 1610 / 2235


1st kitorg gi Shanghai dulu. Reason why kenapa kitorg gi shanghai dulu adalah sebab :
Shanghai kitorg plan xde nak shopping sgt sbb pricey sikit dr beijing. So pada awalnya trip ni akan menaiki bullet train ke beijing dr shanghai. So klu kitorg gi beijing dulu, sure menggondong2 barang dgn beg nnti. Susah plak. So baik gi shanghai dulu, melawat2, usha2 barang dan survey2 harga je. Klu shopping pun sikit2 je dulu. 
So xdelah beg berat nnti masa nak naik flight domestic ke beijing. 
Airport di shanghai adalah PUDONG INTERNATIONAL AIRPORT.
 


Masing2 dh pakai wnter coat dr msia sbb nk jimat space dlm luggage. Macam aku ni bawak smpi 4 coat, haruslah bayangkan betapa besar beg. klu tidak nnti dlm gambar baju sama je. Tengok je susunan beg kat atas tu.

Pose dulu sebelum naik flight. Klu korg perasan, klu aku holiday big group mcm ni, 
org yg gi nye sama je muka2 nye. Aku mesti gi ngan fmily2 je.

 Aku dan mr hubby yang sentiasa ceria dan romantik, kerrrr?
























EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...