FLIGHT DETAILS :
PERGI 16/2/2012 AK 372 6.45 am KL TO BDO ARRIVED AT BDO 16/2/2012 AK 372 8.05am
BALIK 19/2/2012 QZ 7593 12.00 pm BDO TO KL ARRIVED AT KL 19/2/2012 QZ 7593 3.05pm
HARI PERTAMA (16 Feb 2012 Khamis) (MP/MT/MM)
Berkumpul di Terminal LCCT Sepang pada jam 5.30 pagi dan checkin. Penerbangan pada jam 6.40 pagi dan dijangka tiba di Bandung pada 8.00 pagi waktu Indonesia. Sesampai di Bandung, anda akan disambut oleh wakil kami di Hussein Sastranegara Airport Bandungdan terus dibawa untuk bersarapan pagi. Jam 10.00 pagi bersedia pula untuk menerokai kawah gunung berapi Tangkuban Perahu di daerah Lembang sambil melihat pemandangan indah suasana kehijauan ladang-ladang teh dan ladang strawberi. Di perjalanan pulang singgah sebentar di Ciater Hot Spring untuk merasai kesegaran air panas dengan merehatkan kaki anda setelah penat berjalan. Setelah kepenatan, nikmati masakan tengahari di Restoran Kampung Daun yang pasti meninggalkan seribu satu kenangan buat anda. Selepas itu, siri shopping bermula pada jam 4.00 petang di Jalan Setiabudi yang terkenal dengan rangkaian Factory Outlet yang termasyhor sepertiRumah Mode, Mode Plus, Donatello dan sebaginya. Jam 8.00 malam pula berkumpul bagi menikmati hidangan panas di restoran Pak Chi Met – Istimewa Ikan Bakar dan Ayam Bakar sebagai menu makan sebelum bertolak balik ke hotel.
HARI KEDUA (17 Feb 2012 Jumaat) (MP/MT/MM)
Sarapan pagi di Hotel sekitar jam 7.00 pagi - 8.00 pagi. Jam 8 pagi bersedia pula keKawah Putih di selatan kota bandung. Setelah memasuki area kawah putih, bukan rasa takut yang akan anda alami, tetapi anda pasti akan terpaku dan terpana begitu melihat dan menyaksikan sendiri bagaimana menakjubkannya genangan air yang berwarna putih disertai asap yang mengepul diatasnya. Anda juga akan dibawa menikmati keindahanladang teh di atas bukit serta ladang strawberi. Makan tengahari anda akan dibawa keRumah Makan Sindang Reret. Pada jam 4 petang, kita akan sambung lagi siri membeli belah anda di sepanjang jalan Cihampelas (Ciwalk Street). Pada jam 8 malam berkumpul untuk menikmati hidangan panas-panas sebagai menu makan malam di restoran tempatan.
HARI KETIGA (18 Feb 2012 Sabtu) (MM/MT/MM)
Sarapan pagi di Hotel sekitar jam 7.00 pagi - 8.00 pagi. Bersedia lagi untuk ke dunia membeli belah yang terkenal iaitu PASAR BARU. Sekitar jam 8.00 pagi sehingga 2.00 petang. Setelah kepenatan, nikmati masakan tengahari Padang di Simpang Raya. Teruskan lagi shopping di sekitar jalan Riau di rangkaian Factory Outlet seperti Heritage, Cascade, The Summit, For Men, The Stamp,The Secret dan banyak lagi sehingga tamat masa jam 8.00 malam. Makan malam di restoran Sunda seperti Paremba atau Dapur Sangkuriang.
HARI KE EMPAT (19 Feb 2012 Ahad) (MP)
Sarapan pagi di Hotel sekitar jam 7.00 pagi – 7.30 pagi. Selepas check out jam 8.00 pagi, masih ada tempat menarik untuk shopping iaitu Pasar Hujung Minggu dimana barang-barang keperluan sehinggalah pelbagai jenis makanan ada dijual sepanjang jalan dengan harga yang cukup murah. Sebelum ke Airport, sudah pasti anda ingin membeli buah tangan istimewa dari Bandung kan? sila ke Kartika Sari atau Amanda. Anda boleh mendapatkan ole-ole istimewa di sana untuk ahli keluarga dan sahabat handai anda. Jam 11 pagi, bertolak ke Airport dan jam 12 tengah hari berlepas balik ke Kuala Lumpur meningalkan seribu kenangan semasa di kota Bandung.