Assalamualaikum dan salam syawal yg ke17 bagi tahun 2017.
Total harga tiket flight return KUL-SAPPORO = RM 705.00
exclude luggage dan meals on board.
Sedikit info ringkas mengenai Hokkaido:-
- Hebat! Cantik! Sejuk! - Ni adalah 3 perkataan yang akk gambarkan secara amat ringkas mengenai Hokkaido.
HEBAT nya Hokkaido kerana banyak faktor. Di Hokkaido terkenal dengan laluan dalam terowong. Kte sedia maklum kos membuat laluan terowong memang sgt tinggi, tp dengan kecanggihan yg ada di japan, jika anda memandu di Hokkaido, setiap 5-10km mesti akan melalui terowong terutama jika melalui Hokkaido Expressway.
CANTIK nya Hokkaido tidaklah dpt digambarkan dengan kata-kata. Udara yang bersih, langit biru, bunga berwarna-warni, bukit bergelombang dan keagungan gunung antara pemandangan yang sangat menakjubkan.
SEJUK di Hokkaido. Salji putih merangkumi tanah sejauh mata dapat dilihat adalah tarikan utama disini. Tapi musim sejuk di hokkaido agak ekstrem dimana suhu nya pernah mencecah -41'c. Jadi jika anda mmg sukakan salji yg memutih, bolehlah cuba dtg dimusim sejuk cuma perlu diingatkan, masa siangnya sgt singkat dan kedai disana juga byk yg tutup. Musim panas di Hokkaido mmg sgt berbeza dgn musim panas di tempat lain kerana suhu siang nya sekitar 18-23'c dan malamnya 15-7'c. Sejuk bukan??? Sangat menyegarkan dan selesa untuk bercuti di musim panas Hokkaido. Tidak ada tempat lain seperti Hokkaido, di mana anda boleh melakukan persiaran, makan, bermain dan anda akan berpuas hati sepenuhnya.
- Memandu di Hokkaido memerlukan anda memiliki Lesen Memandu Antarabangsa. Walaupun cara pemanduan nya sama seperti Malaysia dimana pemandu berada disebelah kanan, tetapi lesen memandu Malaysia tidak sah disana. Dan jika anda membawa anak kecil, tidaklah diwajibkan untuk menyewa car seat atau booster sepertimana ketatnya syarat di Aussie ataupun NZ.
- ETC merupakan kad seperti TnGo dimana memudahkan jika anda memandu di Hokkaido. Boleh sewa dengan pihak company rental car dengan kadar sewaan 324yen. Dan kos tol akan dikira ketika kita pulangkan kereta nanti. Jika tidak menggunakan ETC, anda juga boleh membayar tol secara tunai.
w
- Anda juga boleh membeli pas Hokkaido Expressway. Pas ni agak berbaloi sekiranya anda banyak melalui jalan lebuhraya. Maksudnya jika membeli pas selama 5hari yg bernilai 5100yen, jika kos tol selama 5 ari tu lebih dari itu, maka selebihnya tidak akan di cas. Kerana maksimum charges tol selama 5hari adalah 5100yen shj. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya dan gunakan pakej2 yg ditawarkan dr pihak tourism hokkaido dan juga company rental car sebijak yang boleh.
- Jika anda merancang untuk memandu seluruh Hokkaido secara ringroad, peruntukan masa diperlukan sekurang2nya adalah 10 hari. Tapi disebabkan masa yang terhad, akk hanya ke Hokkaido selama 7 hari shj dan ini route yg akk guna selama disana.
- Tempat yang akk terjah selama 7 hari adalah Chitose, Sapporo, Otaru, Shakotan, Rusutsu, Noboribetsu, Shiraoi, Asahikawa, Biei, Furano dan Muroran. Akk akan share dengan uols antara tempat menarik di setiap daerah yang akk pergi tu. Tapi sayang sekali, tak sempat nak ke Hakodate. If uols dtg, please tambah sehari dua lagi utk ke Hakodate.
Total harga sewa kereta Honda Fit selama 7 hari = RM1480.00
termasuk fully coverage dan sewa ETC RM156.00
Kos minyak dan tol = RM650
TOTAL KOS SEWA KERETA, MINYAK DAN TOL = RM2286.00
TOTAL KOS SEWA KERETA, MINYAK DAN TOL = RM2286.00
Berikut akk share draft perjalanan selama akk. Uols bleh jadikan panduan if merancang utk memandu di hokkaido.
Kalau nk tahu lebih details, bolehlah add akk di FB Nelyany Jamil ataupun email nurulelyany@yahoo.com juga boleh follow Instagram Nelyany Jamil
Insyallah sebarang pertanyaan akan akk jawab sekiranya akk tahu.
Untuk penginapan pula akk booking melalui Airbnb, Booking.com dan Agoda. Berikut details penginapan selama berada di Hokkaido:-
Untuk penginapan pula akk booking melalui Airbnb, Booking.com dan Agoda. Berikut details penginapan selama berada di Hokkaido:-
Sapporo - Airbnb Kazumi Apartment 2 malam = RM 908.00
Furano - Guesthouse Furusato Furano 1 malam = RM450.00 (11,550yen)
chitose - Khaosan Chitose Family Hostel 2 malam = RM 900.00
Rusutsu - Rusutsu Resort Hotel 1 malam = RM1212.00
TOTAL COST PENGINAPAN SEKELUARGA = RM3470.00
Ok sekarang akk nak share dengan uols tempat2 menarik di setiap daerah yang akk pergi. Sebelum tu jom layan dulu video amatur simple2 yg akk buat ni. So that mana lah tau bila tgk vid ni korg lagi excited nak ke hokkaido.
CHITOSE
Odori Park (entrace free)
Sapporo Clock Tower (entrace free)
Sapporo TV
tower (entrace free)
Hokaido Gov Building (entrace free)
Sapporo
Mosque (entrace free)
Mt.
Moiwa Ropeway (600yen return)
Mt Okura Ski Jumping Stadium
Rera Chitose Outlet Mall
OTARU
Otaru Canal (entrace free)
Music Box Museum (entrace free)
8 Layers Ice Cream (580yen)
Sakaimachi Street (entrace free)
Kitaichi Venitien Art Museum (entrace free)
Otaru Mosque (entrace free)
Otaru Canal (entrace free)
Music Box Museum (entrace free)
8 Layers Ice Cream (580yen)
Sakaimachi Street (entrace free)
Kitaichi Venitien Art Museum (entrace free)
Otaru Mosque (entrace free)
Bear Farm
(entrace fees 1200yen adult and 700yen kid
package ice pavillion + bear farm)
Biei
Blue Pond (entrace free)
No comments:
Post a Comment