Wednesday, May 29, 2013

HO CHI MINH CITY-MYTHO-MEKONG-VUNG TAU (PART II)

Salam semua.

 ok, hari ni aku sambung cite pasal ho chi minh ye. Nak kene abiskan jugak story pasal HCM ni sebelum aku nk beralih story utk trip2 yg lain plak. Tapi sebelum nak terus sambung ke hari keempat aku berada di HCM, aku nak sambung story pasal malam tahun baru si HCM dulu. New Year di HCM mmg meriah dgn jutaan motor membanjiri bandar HCM. Semua rakyat keluar utk menyambut new year. Bandar HCM dihiasi dgn limpahan lampu2 neon yang berwarna warni dengan pelbagai jenis dan disusun mengikut kreativiti mereka. Jom tgk beberapa gambar yg dapat aku snap dr dalam van je. Jalan terlalu sesak, org terlalu ramai, jadi aku dan family xjadi nk turun lah memandangkan aku pun time tu berot memboyot preggy kan.


Sebenarnya aku ada amik video malam new year ni, tp try upload byk kali xberjaya. So malas nk fikir panjang, aku xjadilah  upload.
Entry sebelum ni pasal HCM part 1 aku terlupa nak story satu lg benda menarik di sini. 
Nak tau tak ape bendanya???
Kat HCM ni terdapat byk sgt kedai2 yang menjual helmet kura-kura dan majoriti boleh dikatakan semua penduduknya yg menggunakan motosikal menggunakan helmet kura2 ni. Klu kat malaysia sure xlepas kot dgn SIRIM dan juga xlepas dgn JPJ. Terdapat pelbagai bentuk, corak dan warna helmet yang pelik menarik dan jelik ada dijual disini.

OKlah, aku sambung story aku pasal trip HCM ye. Aku sambung dari hari keempat aku kat sana.

HARI KEEMPAT

HO CHI MINH - MEKONG DELTA (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel. Harini punye program adalah melawat Mytho dan Mekong Delta dan berpeluang menaiki sampan menyusuri sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara. Perjalanan dari HCM nk ke jeti ni mengambil masa klu xsilap lebih kurang 2jam jugaklah. Berpeluang jugak menaiki bot melalui Sungai Tien untuk melawat 4 pulau, Long, Lan Qui, Phuong

Ni kat jeti untuk menaiki bot ke pulau

Dijeti terdapat banyak gerai2 jualan kraf.
 Harga ok lah tp kene pandai tawar menawar

Kemudian, aku dibawa bersiar-siar di Pulau Thoi San untuk melawat kilang gula-gula kelapa tempatan, lawatan ke kebun di Qui Islet dan menikmati hidangan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan Don Ca Tai Tu Nam Bo iaitu persembahan muzik rakyat Vietnam

Selesai kat sini, dibawa pula ke ladang lebah untuk merasai atau membeli madu lebah yang asli. Peluang melawat rumah Encik Nam Ngo untuk menikmati teh madu. Dirumah ni terdapat sarang lebah yang disimpan dan juga diorg ni membela ular. Geli aku tgk tau...
Siap ada ular2 yang dimasukkan dalam botol2 kecik dikatakan dijadikan ubat kuat.



Seterusnya lepas selepas minum teh madu kat umah en. nam ngo, aku dan yg lain2 dibawa menaiki sampan kecil yang di kayuh oleh penduduk setempat menyusuri anak sungai kecil untuk ke bot besar. Naik sampan kecik ni pun sampai traffic jam kat anak sungai tu, berlanggar2 dgn sampan yang lain. Tp pengalaman lah jgak kan sbb kat tempat sendiri mmg xder lah nak naik sampan.


Sampai je di bot besar untuk bawa kitorg pulang ke jeti, kitorg dihidangkan dengan air kelapa semasa berada di bot. Memang sesuai sgt bg air kelapa, siap boleh kasi belah untuk mkn isinya.


 Berakhirlah lawatan aku kat delta mekong ni. Sampai je kat jeti, mmg dah terasa laparlah kan. Orang mengandung mmg cepat rasa lapar. Lgpun dah dekat kul 1 local time, br smpi ke jeti. Nak pergi restoran tu pun xtau jauh ke dekat. Rupanya arini lunch kitorg kat satu lg tempat yang best. Bukan restoran cantik dan besar seperti hari2 sebelumnya, tp hari ni makan tengahari kami dimasak oleh penduduk islam kat Mytho yang menginap di sebuah masjid kecik. Kat sini mmg dia buat mcm gerai2 kecik lah tp masakan nye mmg sedap lah. Lepas lunch boleh terus solat kat masjid ni.



Lepas selesai lunch dan solat, terus pulang ke HCM dan balik ke hotel kerana dh petang sekitar jam 3ptg. Jadi aku pun dah penat, just rest je kat hotel termasuk yang lain2 jgak. Tp dalam jam 5 ptg, kaum2 hawa kuar lah ape lg, terus ke Ben Tanh Market tu...tu lah tmpt kitorg. Klu kitorg hilang pun, suami2 dah tau nk cari kat mana. Aktiviti bebas arini sampailah ke lewat ptg, dan jam 8mlm giude amik kitorg utk dibawa mkn mlm. Berakhirlah hari ke4 kitorg lepas mkn, balik tido. Tp kitorg xtido terus, tp jalan2 lg pergi ke pasar malam di sekitar lorong dan jalan yang berdekatan dgn hotel kitorg tu.


HARI KELIMA

HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (B/L)
Arini adalah can nk rest dan tido lama sikit, xde nk rushing2 gi bfast atau nak bangun awal2 pg sgt ke sbb guide akan amik kitorg jam 12 tgh ari. So lpas bfast tu, aku dan my mom serta mak mertua aku sempat lg tu abiskan sikit lg duit shopping ke ben tanh. Tp sebelum pergi, dah make sure brg2 dah siap packing sbb nanti senang nk terus check out.  Arini last day aku kat sini. Rasa mmg dah xsabar nak balik plak rindu msia sudah.

Last day ni ada satu lg tempat aku dibawa melawat iaitu Reunification Palace. Dulu dipanggil sebagai Independence Palace, dan merupakan antara landmark/mercu tanda kat Ho Chi Minh. Didesigned oleh arkitek bernama Ngo Vit Th. Dan jua merupakan rumah dan tempat kerja President Vietnam Selatan masa perang Vietnam dulu. Tapi aku xmasuk pun dalam tempat ni sbb dah tau mesti mcm muzium je. Just amik gmbar jelah nmpknye. Nak masuk kene bayar tai tp xingat brapa cas nye.



Selesai bergambar dan usha2 dr luar tmpat ni, kitorg dibawa untuk lunch kali terakhir di HCM. Atas meja siap ada list menu khas utk group aku tau. Tgk dr menu dah mcm menyelerakan al-maklumlah kan time HAPPY HOUR mmg sume suka lg2 klu time lapar gler. Lunch terakhir aku di RESTORAN HALAL@SAIGON yang sebelum ni aku dah pergi tp utk dinner hari yang pertama.




Selesai makan dan kami solat dulu sbb kat restoran di berdepan je dgn masjid. So solat siap2 kang senang. Berakhirlah percutian aku bersama keluarga selama 5 hari 4 malam di Ho Chi Minh @ Saigon. Memang dapat aku simpulkan yang HCM ni sebuah tempat syurga membeli belah utk kaum hawa dan juga tempat mempunyai penduduk yang menggunakan motosikal yang banyak lebih kurang 6 juta pengguna motosikal di vietnam tau. Byk glerrr... Yang pasti insyallah mungkin aku akan dtg lg ke sini utk tujuan shopping shj ataupun ke daerah vietnam yg lain yg pasti mengujakan. Mungkin akan cuba ke daerah seperti DALAT, HOI AN, HUE, DANANG dan HANOI pulak, insyallah akan menjadi kenyataan.



ok sampai sini dulu cerita aku pasal HCM, hope jumpa uols lg di next trip2 aku nnti. 
BYE






































HO CHI MINH CITY-MYTHO-MEKONG-VUNG TAU, VIETNAM (PART I)

Salam semua. lama plak berehat dari mengupdate travel2 yang aku pergi. Kadang2 bila penyakit M tu dah datang, memang liat sungguh nak mulakan menaip dan nak recall smula trip2 yang aku dah pergi. Kadang trip dah lapuk 2-3 tahun pun baru sekarang aku dapat coret kan kat blog aku ni. 

Oklah kali ni aku nk share cite sikit dgn uols sume tentang holiday hujung tahun aku sambil celebrate new year kat vietnam. Aku pergi bersama keluarga seramai 14 org. Keluarga je tau. Macam biasalah, aku klu kemana2 saja mesti akan pergi dgn fmily yg besar. Percutian kali ni selama 5 hari 4 malam melibatkan kawasan HO CHI MINH ( HCM ) dan daerah sekitarnya.Time aku pergi ni, aku ngah pregnant 51/2 bulan tau tu yang nampak dlm gambar2 tu aku agak bolat sikit.

Percutian aku seperti biasa bukan redah je kali ni. Tapi trip yg sgt terancang kerana pergi dgn kedua belah fmily bersama mertua juga jadi mereka xsuka jln2 tanpa arah tuju, mereka nak yang semuanya sudah tersedia. So kenelah booking pakej kan. Aku menggunakan khidmat Al Kawsar Travel & Tours untuk pakej kali ni. Boleh tgk kat link ni utk lihat pakej2 yang ditawarkan. Harga yang aku peroleh kerana mmg dah deal lama dgn agen yang mmg kawan aku tu, harga promosi yg dia bagi RM 1488.00 nett all in by MAS AIRLINE. Pada mulanya mereka mengatakan flight aku adalah guna AIRASIA je dgn harga tu, tp seminggu sebelum berlepas, mereka dpt upgrade flight ke MAS. So mmg bertuahlah aku kan time tu, dpt upgrade flight tanpa kene cas tambahan.Time tu adik ipar aku ada bawa anak dia bawah umor 2 tahun dikenakan cas hanya RM200.00 sahaja utk infant.
http://alkawsartravel.com/ 

Butiran penerbangan aku seperti berikut:
30 DEC 2011 MH 750 KULSGN 09:05 / 10:00
03 JAN 2012 MH 767 SGNKUL 18:55 / 21:50



Tempat penginapan aku selama 4 malam:
Blue Diamond Hotel
http://www.bluediamondhotel.com.vn/ 


** Hotel yang sgt bagus kerana dekat dengan BENH TANH MARKET. Jalan kaki dalam 5 minit je. Nampak je pintu masuk ke market tu dr hotel. So klu mmg korg hantu shopping, molek lah dok kat sini sbb balik je melawat, ptg atau mlm leh sambung dgn aktiviti shoppping.

Kat sini aku akan share dgn uols sume jadual perjalanan dan juga tempat2 menarik yag aku lawati. Make sure nnti klu uols nk gi ke ho chi minh, kene pergilah tempat2 yang aku dah pergi ni sebabnye rugi lah klu mis satu dua tempat kan. Satu benda aku nak bgtau, bawak duit lebih sikit sbb kat ho chi minh mmg syurga membeli belah dan harganya memang MURAHHHHH...... Matawang yang digunakan adalah Dong Vietnam tapi mereka lebih suka kira dan cakap dalam matawang USD. So klu korg tukar USD pun ok diterima di semua tempat. Ok ni antara tempat yang aku highlights untuk dikunjungi:
  • Ho Chi Minh City
  • Vung Tau
  • Jesus Statue
  • White Palace
  • whale Temple
  • Reunification Palace
  • Central Post Office
  • War Museum
  • Notre Dame Cathedral
  • The Boa Dinh Natural Canal
  • My Tho
  • Tortoise Island

HARI PERTAMA
 HO CHI MINH City (L / D)

Sampai di ho chi minh, anda akan disambut dgn signboard ni.
"WELCOME TO HO CHI MINH CITY"
 
Sampai2 je kat SGN airport, kami dibawa pusing jap kat town sebelum dibawa untuk lunch. Ketika dibawa melawat di bandar HCM ni aku sedikit terpaku melihat betapa banyak nye lah penduduk kat sini yang menggunakan motosikal sbg pengangkutan utama. Serius mmg byk giler sampaikan laluan motosikal lg besar dr lane kereta. Mmg kagum sgt time tu. 



Masa yang paling best adalah time makan, kitorg satu fmily klu smpi je time mkn akan jerit HAPPY HOUR. Lunch kitorg di REDHOUSE RESTAURANT, halal restaurant. 


Jgn risau pasal makanan halal, sbb kat HCM ni byk restoran halal. Paling senang pergi je berdekatan masjid, mesti ada restoran halal.

Ni antara restoran2 halal yg ada dan aku dah try di HCM.
 Semuanya sedap2 dan citarasa melayu malysia lah.

 Kemudian check in to hotel.  Untuk 1st day xde program sgt, so lepas lunch ape lg, rest kat hotel lah sbb flight pg2 buta kan, kul 6.30pg kat ada kat airport. So tido jelah aku dgn husband. Ptg tu brlah kitorg jalan kaki ke benh tanh market tu. Dekat sgt kot dgn hotel. 1st day dah start shopping sakan. Vietnam terkenal dgn kain cotton dan kopi vietnam. Antara tempat shopping yang paling terkenal di HCM adalah BENH TANH MARKET yang mempunyai pelbagai jenis perhiasan, cenderhati, pakaian, aksesori dan lain2 lg.


Dinner utk pertama kali di HCM adalah di RESTORAN SAIGON SRI PENANG
 .

 HARI KEDUA
HO CHI MINH – CU CHI TUNNEL (B/L/D) 

Selepas sarapan pelancong akan dibawa terus menuju ke Terowong Chu Chi yang terletak 75 km dari Bandar Ho Chi Minh. Terowong tersebut sepanjang 210 km yang digunakan sebagai kubu semasa perang Vietnam dahulu. Pelancong boleh menimba pengalaman menembak menggunakan senjata api berpeluru hidup dengan bayaran tertentu. Chu Chi Tunnel ni klu korg xdtg sini boleh dikatakan sama mcm xpenah dtg HCM jgk lah sbb ni lah ikon/trademark klu dtg ke HCM. Mana taknya, tentera Amerika banyak yang mati angkara terowong ini. Ia merupakan kubu terkuat dan menjadi antara kubu terakhir dalam penentangan pencerobohan tentera Amerika ke atas Vietnam. Sebenarnya panjang lebar aku nk explaine pasal history/story chu chi tunnel ni, tp mcm malas plak coz rasanya uols leh google je kan. So, xjadilah aku nk cite sume. Jom tgk gambar2 yang sempat aku pose semasa melawat terowong ni.


Ha tgk tu, walaupun aku ni kategori fmily big2 size,
 nk jgk kasi masuk muat2 itu lubang


Ha, nilah mertua aku, sentiasa romantik kemana saja


Setelah selesai melawat chu chi tunnel, kami balik ke HCM city untuk makan tengahari di DNYONYA RESTORAN. Lokasinya adalah betol2 berhadapan dengan Masjid Ar Rahim.


Selesai sahaja lunch, teruslah ke Masjid Ar Rahim tu kan. Solat jamak terus. Kat dalam masjid ni tinggalnya beberapa org dr masyarakat melayu champa. Mereka menjaga dan membersihkan masjid secara sukarela kerana tinggal di masjid. So klu korg murah hati, berilah sedikit sumbangan dkat diorg ni.


 Selesai lunch, aku dibawa melawat dua buah senibina yang terdapat di pusat bandar Ho Chi Minh, terletak berhadapan di antara satu sama lain.  Namanya Notre Dme Cathedral dan Central Post Office. Aku xturun pun kat Notre Dame ni sbb just gereja jer kan lgpun ianya bangunan lama mcm yg ada byk kat London tu. Kat Macau pun ada lebih kurang mcm ni jgk. Gambar ni pun aku just amik dr dlm van je. Tapi kat Centra Post Office aku turun sbb kat dlm tu byk kedai2 yang jual gift.

Notre Dame Cathedral

Bergambar dihadapan Centra Post Office

Pemandangan dalam Centra Post Office

Lepas selesai melawat 2 tmpt tu, kitorg terus dibawa melawat ke War Museum pulak. Muzium ni antara bukti dan penceritaan secara menyeluruh kekejaman KOMUNIS di vietnam. Terdapat banyak senjata2 dulu yang digunakan semasa peperangan dan juga bom serta meriam terdapat disini. Bangunan muzium ni ada 3@4 tingkat, xbrapa pastilah. Tp yang aku pasti aku xabis tgk pun sb aku xbrapa suka muzium kan. Lgpun time preggy lenguh nak naik tangga tu. So ni lah antara mumen2 yang aku sempat rakam semasa disini.




Kemudian kami dibawa Makan malam di Restauran Halal Saigon.

Tgk muka laki aku jadi mcm tu sbb dh kelaparan sgtlah tu

HARI KETIGA


HO CHI MINH – VUNG TAU (B/L/D)

Setelah menikmati sarapan pagi yg xbrapa enak kat hotel sbb mkn salad je, kitorg trus nk ke VUNG TAU. Perjalanan mengambil masa dalam 3 jam utk sampai ke sini. Vung Tau ni sebuah pekan di pesisir pantai yang mmg suprb cantik pemandangan nya ala2 bandar Rio De Jeneiro kat Brazil tu sbb siap ada patung Jesus lg tau. Pekan vung tau mmg xsama mcm HCM kerana ianya lebih tenang aman dan tiada traffic jam. Selain mempunyai keindahan pemandangan yang masyallah cantik, pekan ini juga bersih dan dihiasi seni landskap taman yang kreatif.


Antara landskap2 menarik yg aku sempat snap dr dlm bas.

Di vung tau aku mengunjungi Jesus Statue dianggap sebagai salah satu patung tertinggi Kristus di Asia, patung yang lengan nye yang mendepa tu lah yang menjangkau sedikit lebih 18,4 meterDi vung tau penduduknya hampir keseluruhan adalah berbangsa kristian. Jadi mmg xdelah nk jumpa masjid atau halal restoran tp indian @ labanon crusine dah ada skrg.




Whale Palace dan Whale Temple antara tempat menarik di vung tau yang boleh dilawati. Aku luahkan keseronokan aku di vung tau melalui gambar2 yang aku post ni jelah krn tiada kata yng dpt aku coretkan utk menggambarkan keindahan bandar vungtau.



 



Kat area pantai di Vungtau ni, boleh gak kalo sesapa nak try main kapal layar or mandi manda mcm laki aku dgn adik ipar aku tu. Air tetap sama masin dan sama sejuk cam pantai di Malaysia, cuma kena berhati-hati sebab terlalu banyak kaca & botol-botol yang pecah sana sini. Sebabnya, setiap malam, tempat ni memang jadi port muda mudi bersukaria. Mabuk sakan, dan berasmaradana. Dah namanya mabuk, botol-botol takkan nak kutip&campak dalam tongsampah elok-elok kan. 



Di vungtau, aku di bawa makan ke restoran indian crusine iaitu ALIBABA RESTORAN. Dah lah perjanan 3 jam nk smpi vung tau, bfast kat hotel plak just mkn salad dan roti je, kat vung tau plak just mkn kuah dhall dgn roti naan jer disamping makanan yang lain. So xbrapa nak kenyang sgt lah.

 Setelah menikmati city tour di Vung Tau kami kembali ke Ho Chi Minh, redah 3 jam perjalanan lg . Setibanya di ho Chi Minh hari pun dah mulai malam. So ape lg truslah dibawa mkn malam sbb mmg dh lapar pun. Kan lunch tadi mkn xbrapa nk kenyang. Makan malam di restoran kali ni kami dibawa ke Restoran Samsudin.


 Malam ni merupakan malam TAHUN BARU. Jadi memang meriah mlm kedua aku di HCM. First time meraikan new year di negara org dpt aku rasakan kelainan yg amat sgt. Semua penduduk keluar meraikan new year xkira tua atau muda.

 OK sampai sini dulu aku story pasal HCM, nnti aku sambung bahagian 2 ye. Aku stop sbb jari jemari dah rasa kejang menaip dan pegang mouse ni. Lagipun nk cari ilham utk update blog pasal trip2 yg lain. Nanti ada masa aku smbung cite pasal HCM ye terutama sambutan tahun baru aku kat sana.

Wassalam, BYE


Monday, May 13, 2013

TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON, MALAYSIA (7-8 MEI 2011)

Salam semua.....

kali ni aku nk bercerita pasal family day yg aku pergi kat TIARA BEACH RESORT, PORT DICKSON. Kali ni punye family day adalah by Agrobank dimana mama aku keje kat situ. So cawangan dia ada wat fmily day, so aku pe lg, dgr je nk berjalan, mesti xlepas peluang nk join kan. Lgpun aku agak rapat dgn staf2 tmpt mama aku keje tu. Ramai jgk lah yg aku kenal. So, xdelah jumpa nnti kekok sgt kan. 

So, fmily day ni kan 2h 1 m je, so xdelah byk yg menarik memandangkan sebelum ni pun aku penah dok sini dgn fmily aku gak. Time ni aku baru 8 bulan kawin so masih agak romantik2 lg lah. yang penting Masih Sedondon.


Perjalanan dari KL aku dgn husband dan adik bertiga menggunakan kereta lah. Tapi mama dgn abah aku berdua lg dahsyat, diorg naik VERSYS.... rmantik gitu. Lg cepat smpi dr kitorg. 
Tapi sampai2 je aku pose dulu dgn abah aku kat motor kesayangan abah aku tu.



Program yang dijalankan semasa fmily day ni hanyalah Sukaneka. Dan selain nya masa yg ada lebih kepasa FREE & EASY. So, bebaslah nk pergi mana, dan nak buat ape. Masa sukaneka ni, ada 4 rumah suka, MERAH, BIRU, HIJAU dan KUNING. Satu keluarga aku sume berbeza rumah suka. Aku rumah MERAH (tp warna bj ala2 rumah shocking pink) suka sgt sbb pink mmg kaler fav aku. Husband aku rumah BIRU, sama dgn mama dan adik aku. Dan abah aku rumah HIJAU.

Sebelum aku tamatkan entry kali ni yang xberapa menarik sbb xbyk program, kita layan dulu beberapa pic view kat tmpt aku menginap ni.

 Garden Terrace tmpt kitorg makan sepanjang berada kat sini



 Taman Tema Air yang sangat sesuai untuk keluarga bersama anak2 bersuka-ria meluangkan masa berharga bersama keluarga tersayang.




 Pemandangan dari bilik tingkat 5 blok D tempat aku menginap



Antara servise lain yang disediakan disini 



Ok uols, smpi sini dulu celoteh aku. 
Assalamuailaikum...













EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...