Wednesday, May 10, 2017

PHNOM PENH-SIEM REAP, CAMBODIA 3-6 JULAI 2013 (PART II)


ATUCARA

Hari 1 : KUALA LUMPUR – PHNOM PENH (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa untuk melawat melawat bandar Wat Phnom, Yeay Penh’s statue, Victory Monument dan Tuol Sleng Genocide Museum. Tengahari akan dibawa menikmati hidangan makan di restoran halal. Selepas itu, sambung semula lawatan ke National Museum, Royal Palace, Silver Pagoda, Riverfront  dan Killing field. Makan malam di restoran dan check in berehat di hotel.

Hari 2 : PHNOM PENH – SIEM REAP (B/L/D)
Sarapan pagi kita di kedai dalam perjalanan, makanan istimewa orang kampung, menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Siem Reap dengan mengambil masa 6 jam, dan bila sampai di siem riep kita melawat sepenuh hari di Angkor – The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant dan Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia dan melihat matahari terbenam di Gunung Bkheng. Makan malam buffet di local restaurant dengan menyaksikan persembahan Tradisional Kemboja dan berehat di hotel.

Hari 3 : SIEM REAP / TONLE SAP / PHNOM PENH (B/L/D)
Selepas sarapan di hotel dan memulakan lawatan dengan melawat Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap, merupakan tasik terbesar di Asia untuk merasai kehidupan nelayan. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas itu, singgah di masjid untuk solat dan seterusnya menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam. Sampai sahaja di Phnom Penh, sambung atucara dengan activity membeli belah di membeli belah di Russian Market. Makan malam di local restaurant dan terus sambung membeli belah di Night Market sehingga jam 10.00malam kemudian balik berehat di hotel.

Hari 4 : PHNOM PENH – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel check out. Jam 10.00 pagi. Kemudian anda akan dibawa untuk menyambung aktiviti membeli-belah di Central Market sehingga jam 12.30 tengah hari, dan selepas itu kita akan menikmati makan tengahari terakhir di Phnom Penh. Jam 2.30 petang, berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...