Tuesday, June 20, 2017

Chartered Flight MAS Airbus 380 Kul- Madinah Al Mukarramah



Pengalaman menaiki penerbangan Malaysia Airlines Airbus 380 Kelas Pertama Chatered dari Kuala Lumpur ke Madinah Al Mukarramah Kuala Lumpur.

No automatic alt text available.

Syukur alhmdulillah, pada 22 Mac hingga 2 April akk diberi peluang utk menunaikan ibadah umrah bersama suami tersayang. Pakej diambil dari syarikat Andalusia. Tapi status kali ini akk bukan mahu bercerita mengenai pakej umrah sbb akk tahu ramai dikalangan kita yg sudah ke sana. Kali ini akk nk share pengalaman menaiki kapal terbang yg besar Airbus 380 Kelas Pertama. Tujuan utama post ini bukanlah utk menunjuk2 apetah lg riak, tetapi lebih kepada penceritaan seorg traveller yang sudah biasa menaiki kapal terbang tetapi kelas ekonomi tetapi baru inilah kali pertama menaiki dengan kelas pertama. Rezeki Allah sape yang tahu kan. Akk pun selalu berangan mimpi di siang hari sahaja nk dok seat mcm ni. Tapi perancangan Allah tu memang terbaek, ditakdirkan akk dpt merasa sewaktu nk ke tanah mekah.

Ok secara ringkasnya mengenai seat first class ni seperti berikut lah:

 1. Check in
Ok bab ni paling best. Al maklumlah bila mengikuti pakej jemaah umrah ni adalah sgt ramai. Beratus2 org. Utk flight yg akk naiki ni shj ade 300++ penumpang jemaah haji. Jadi selepas urusan pemberian pasport dan boarding pass, mmg lah penuh sesak bahagian imigresen dan check in. Tetapi utk business dan first class ni ade kaunter khas, jadi mmg mempercepatkan proses dan dpt berada di boarding gate dgn segera. Klu tidak mmg beratur panjanglah.

Selain tu, pintu masuk ke kapal terbang juga berbeza dgn lorong kelas ekonomi. Utk flight MAS Airbus 380 yg akk naik ni business class di tingkas atas dan first class ni tingkat bawah dihadapan kelas ekonomi. Hanya ada 8 kerusi shj utk first class ni. Klu kelas ekonomi byk skit lah.

 2. Seat
Dah msuk dlm flight dgn di usher oleh pramugari yg molek bertudung litup sopan pakaian nye menuju ke tempat duduk akk mengikut no yg ade di bording pass. "Ok hajjah ni tempat duduk hajjah. Semoga perjalanan hajjah berasa selesa. Sekiranya mahukan ape2 boleh panggil saya" kata pramugari tu. Sedap hati tgk klu sopan2 mcm ni bertudung litup.

Smpi di di tmpt duduk tgk kerusi besor dan ade 2 kerusi. Maksudnya klu ade penumpang lain nk dtg tmpt kte bk borak2 ke, dia bleh lah duduk situ. Akk dok seat tu rasa longgar sgt plak. Biasa dok seat sempit je kaki pun tercepit xleh melunjur. Yg ni dah dok tmpt besor rasa lonely plak.... Husband kat sebelah nk borak tp jauh lah jarak  sedepa bezanya.

Seat dah lah sgt besar dan bleh adjustable mcm kerusi urut osim tu. Nk baring abis jd katil pun bleh. Nk adjust ke dpn ke blakang semua pun bleh. Meja mkn pun super besar.

 3. Entertainment
Tgk tv besor 32' ni dgn pilihan hiburan yg byk memang membuatkan penerbangan 8 jam terasa seperti sekejap saje. Tp xdelah akk dok mengadap tv jer. Sambil tu zikir selawat sebanyaknye sbb kte kan nk ke tanah suci.

Sblm depart anak kapal akn offer pelbagai jenis newspaper utk dibaca.

 4. Luggage compartment
Utk first class tiada storage compartment kat atas seat seperti economy tu. Beg letak bwh seat dpn shj dan amat luas.

 5. Meals on board
1st diorg akn tanya nk minum juice ape. nk apple, oren, tea, coffee ke bleh request dan akan di serve dgn peanut. Akk xckup sepeket pastu minta lg.

Sebelum fly diberi pilihan menu, so nnti diorg tanya nk menu yg mane so order lah. Ade 2 pilihan menu. Dan 2 jam sblm landing akn di serve lg food juga ada 2 pilihan. Food MAS bg akk so so jelah xbpe kne dgn tekak. Akk suka lg food yg beli dlm flight AA. Opppsss....

Ape lg nk review ye psl ni....
oklah stop smpi sini dulu..... Xnak merapu panjang lebar sgt....
Sebelum menutup kisah bagaikan mimpi ni, meh akk nak share sedikit gambar2 keadaan seat 1st class ni.

Image may contain: indoor
Lampu dh dimalapkan, ready setup seat utk tido
Image may contain: indoor
1st class dpt masuk paling awal. So mmg kosong jelah lg flight ni
Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Kaki bleh melunjur kat seat dpn mcm ni. Seat tu jika ada kwn2 dtg
mpt kte nk borak2 bolehlah dok kat situ.
Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Tempat simpan jacket dan baju. Bleh juga simpan hbeg dlm almari ni.
No automatic alt text available.
Button utk adjust seat
Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Peace No War!!!!







4 comments:

  1. Bestnya naik first class :) Nk tnya, kalau naik mas chartered ni, penumpang bisnes & first class dapat masuk golden lounge tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nurul dalila. terima kasih ketana sudi baca blog sy. utk flight chatered, serve food dan layanan dlm flight sama spt economy class. juga xmasuk dlm lounge sbb smpi airport shj sibok dgn taklimat dan juga proses pemulangan pasport. boarding pass juga diberi ketika di airport. Chatered jemaah sgt rmai sbb satu flight tu semua jemaah umrah. Jadi mmg xsempat nk masuk lounge. cumanya bila nk check in, senang ikot kaunter khas

      Delete
  2. alamak, gambar dah xboleh view la pulak...

    ReplyDelete
  3. tabarakallah..moga saya jugak dpt merasainya..terima kasih ats infonya..

    ReplyDelete

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...