Wednesday, January 9, 2019

18 hari ROADTRIP di 6 negara BALKAN


BOSNIA - MONTENEGRO -CROTIA - ALBANIA - MACEDONIA - KOSOVO



Perjalanan roadtrip di Balkan bermula dan berakhir di Sarajevo Bosnia. Route akk seperti berikut :

Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Kotor - Bar - Podgorica - Tirana - Ohrid - Bitola - Skopje - Prizren - Pristina - Peja - Rozaje - Podgorica - Sarajevo


Kemudian dr Sarajevo akk sambong lg journey menaiki Wizzair tebang ke Budapest utk ke europe plak selama 10 hari. Tapi xnak story2 cite trip ke europe sbb ianya bkn kali pertama. Route di europe bermula:

Budapest - Zagreb - Ljubljana - London - Paris

Sedikit info perjalanan roadtrip akk di balkan :-

- Memandu di Balkan tidak memerlukan anda memiliki lesen memandu antarabangsa. Tp klu ada lg bagus lah.

- Tidak digalakkan memandu waktu malam disebabkan bentuk muka bumibalkan yang bergunung ganang. Anda xkan dpt jangka apa yg akan terjadi sepanjang perjalanan. Agak bahaya jika memandu diwaktu malam. Kebanyakkan jalan berada di tebing2 gaung, dilimpahi dgn keindahan alam ciptaan tuhan dan laut yang terbentang luas.

- Perjalanan dari Mostar ke Kotor mmg betol2 di tebing bukit. Separuh jalan nya masih belum siap berturap dan berbatu. Jika memandu di waktu mlm mmg sgt bahaya dan kerana itulah jarang nmpk kereta local memandu lebih dr jam 8mlm.

- Di balkan tidak banyak laluan yg ber tol. Dari Sarajevo ke Mostar ade masuk hyway sekejap dikenakan tol. Tetapi di Macedonia kebanyakkan jalan nya hyway selesa memandu tetapi mempunyai lebih dari 3 tol. Bayaran tol boleh dlm matawang euro tetapi bakinya akan diberi mengikut matawang negara masing2.

- Jika menyewa kereta, dan bercadang utk cross border negara2 balkan, haruslah memberitahu pihak company rental car. Mereka akan beri GREEN CARD dgn bayaran 30euro per car. Jadinya, ketika cross border, tunjukkan document kereta, green card dan pasport korg semua.

- Sewa kereta di Balkan perlu ade card credit. Wajid kne ade, Cash tidak diterima. CC juga penting utk mengisi minyak. Contohnya anda memandu cross border dan ketika itu anda tiada matawang negara tersebut, jadi anda bayarlah guna CC. matawang euro tidak diterima di stesen minyak yerrrrr

- Pastikan kereta sewa anda dh dipasang winter chain klu anda bercadang dtg ke balkan musim winter. Tp winter bukanlah musim yg bagus utk anda travel ke balkan.

Tuesday, December 18, 2018

LIVE update dari Hatyai

Salam semua...


Ok 1st time update live ketika dlm trip. Hari ni jam 10.50 pg menaiki ETS dr Kl Sentral ke padang besar. Beli tiket 15 hari sblm tarikh departure. Harga RM79 utk dewasa selepas diskaun 25% promosi di bulan Dec dan kanak-kanak RM55 harga tetap xde diskaun. Trip ke hatyai just utk JJCM saje xde plan xde itti xde draf. Just terjah memandangkan ini bukan kali pertama akk ke hatyai. Tahun lepas juga pergi bawak mia dan fayyadh. Tapi tahun ni bawak mia sorg shj.

Perjalanan berjalan lancar. Dr kl sentral ke padang besar ambil masa 5jam setengah. Proses cross border juga amat lancar kurang lebih 10minit shj. Sgt berbeza tahun lepas akk pergi ketika hjung minggu. Ya ampun 2jam beratur tak smpi2 lg turn nk cop pasport.

Smpi di padang besar dh siap2 tanya teksi sapu. Siap2 nego dr padang besar ke hatyai smpi hotel Grand Plaza Hotel 1000baht. Oklah share 5 org memandangkan ade 3org lg kwn akk yg follow trip ni. Grand plaza utk 2mlm blik deluxe twin RM240 Nak murah lg dok jauh skit dr area lee garden. Tp better dok sini senang melepak bawah lee garden cari mkn.





Ok skrg ngah melepak dlm bilik.kekenyangan selepas belasah tomyam seafood super pedas. Pastu pekena 5 cucuk sate ayam 10baht/pcs size besor, sotong bakar size kecik 5pcs/100baht. Pastu beli mangga potong sebijik 40baht, ABC semangkok 50baht.

Alamak gmbr mkanan excited sgt terus belasah terlupa nk snap. Ni je yg sempat snap sblm beli.








OK byeeeee
salam syg dr mommypacker di hatyai




Sunday, December 16, 2018

Suka Duka Bergelar Mommypacker

Assalamualaikum......


Arini 17/12/2018, tinggal beberapa hari je lg meninggalkan tahun 22018.Entah kenapa tetiba hari ini inringin kongsi sesuatu dgn pembaca blog mommypacker antara kisah duka selama travel bersama 2 org anak Mia & Fayyadh ke serata dunia.

Kenapa tiba2 arini nk share kisah ni? Sebab nk korg semua tahu dan amik pengajaran darinya. So utk next time bleh more careful, more alert dan well prepared. Byk benda kte lihat, kte belajar, semasa travel. Jgn travel syok sendiri je. End up blik dr travel xdpt apepun pengajaran utk diri sendiri.

Kalau anda kata mudahnya akk travel bersama 2 kids..... anda silap sgt sgt sgt..... Jom baca 5 benda hardcore pernah terjadi semasa travel bersama Mia & Fayyadh.

1. Kejadian berlaku di Sea Paradise Yokohama Japan. Ketika kami sedang sibuk nk solat dan nk ke toilet, Mia telah tersalah ikot org nk ke toilet jgk. Dgn keluasan theme park yg sgt besar tu, dan ketika itu umurnya br 3 tahun, dia tersalah arah keluar dr toilet menyebabkan dia tersesat. Akk tersedar dia dh xde di tmpt kitorg berkumpul. Dan akhirnya ape lagi, misi mencari kerah tenaga semua org cr dia. Mula2 cari dlm jarak 50-100m je sbb kejadian tu br xsmpi 5 minit. Tp still xjumpa. So cr lg tp lebih jauh lg. Alhamdulillah akhirnya dijumpai. Jumpa dlm kepungan POLIS lg tau. Kat sana diorg akan tangkap budak terbiar tiada penjaga. Kemudian klu budak tu kenal br dia bg balik. Separuh nyawa ku hilang seketika time tu. Hanya tuhan je yg tau...(Kisah dipendekkan, klu nk citer details mau bengkak jari)

2. Kejadian berlaku di Tokyo Japan. Ketika itu Fayyadh 1st time travel umur 5 bulan. Anak2 akk mmg start travel umur 5 bln. Fayyadh sorg yg diam ok jer senang handle. Tapi ketika smpi di tokyo, 2 hari dia asyik menangis xhenti2 seperti xselesa nk travel. Dok stroller nangis jerr, jalan pun nangis dan time tu dia masih breastfreed lagi. Punyelah sengsara nk holiday klu baby asyik nangis jerr. Tido jer dia diam. Tp alhamdulillah masuk ari ke3 hinggalah tamat trip hari ke7 dia dh ok dh boleh adapt suasana. Terkejut mungkin 1st time travel. Dan mungkin dia penat xckup tido terkejar train. Byk berjalan.... tu yg dia meragam jer.

3. Ketika di Tokyo jugakkkk.... Fayyadh yg ketika itu br 5 bln telah terjadi suatu accident dimana dia terkeluar dr blakang stroller ketika menaiki escalator. Baby 5 bln jatuh dr stroller ketepekkkk atas escalator tinggi. Korg sy gugur tak jantung klu terjadi don mata korg. Sbb time tu xde lif kat situ terpaksa usung stroller naik escalator. Disebabkan dia tido xjadi nk kuarkan baby. Biasanya doking kuarkan br bwk naik stroller. Ketika itu hanya mak akk yg berada di bawah menangis abb xdpt sambut baby tu. Mama akk ckp, sbb dia baby, malaikut menjaga melindungi dia tak terjadi ape2. Korg klu bc akk tulis ni xdpt sama feel nye ketika kejadian terjadi.

4. Ketika di Gulmarg Kashmir. Ni kisah paling duka sepanjang travel bersama kids. Yye KISAH PALING DUKA...... ranking no1 punye duka krn ianya antara hidup dan mati. Disinilah akk dpt melihat misi menyelamat rescue 911 live dpn mata. Kejadian ini juga menyebabkan resort diatas gunung gulmarg ni ditutup od hari kejadian, dan operasi cable car juga diberhentikan sementara sehingga misi menyelamat selesai dijalankan dan post mortem kes selesai. Alhamdulillah, Allah masih syg kan anak2 syurga ni. Mia dijumpai selamat selepas hilang jatuh di kawasan pergunungan yg penuh berbatu dan ice snow yg sedang mencair akibat perubahan musim. Walaupun porter telah dibayar utk jaga, tp
musibah yg dtg berlaku sekelip mata dan semua xdpt berbuat apa2 tergamam. Xdpt nk explaine lebih kejadian tersebut sbb ketika type status ni pun terasa air mata nk meleleh dh.

5. Pengalaman travel anak sakit. Demam panas melampau, diserang asthma, kene alahan muntah2 dan cirit birit sehingga lembik satu badan, antara dugaan yg akk pernah hadapi ketika travel. Sbb itu akk spend byk od travel insuran. RM890 utk pakej 1 dewasa 2 kids dgn AXA smart traveller punyer insuran. Anak sakit time travel, tp trip berbaki lebih 5 ari lg. Korg rasa ade mood ke nk teruskan trip. Akk jenis gagah perkasa even kdang tu semput jugak. Akk dokonglah anak tu berkilo2 meter walaupun beratnyer 16kg.... pengsan... Travel secara backpacker, anak pun kne push byk jln. Kdnag diorg smpi dh xmampu nk jln penat, so akk dukonglah. Dengan luggage beg lg, beg paling tidak kene 2 utk trip lebih 5 ari. Mane nk jaga anak, nak pegang beg πŸ’†
Tapi akk kne bwk anak travel xleh tinggal slalu. Kang kte sedap2 holiday, kesian org nk kne jaga anak kte plak.

Byk lg sebenarnya... ckuplah akk share 5 cite ni dulu. Kang klu bukak sume citerrr korg jemu plak nk baca.

Satu benda tentanh dunia travel yg paling memberi kesan pd akk adalah....
Ianya menjadikan akk lebih kuat, lebih tenang menghadapi dugaan tidak cepat melatah.... Fikirkan dgn pantas cara nk atasi masalah....
Travel juga menjadikan akk lebih cergas... stamina kene semtiasa full dr pagi smpi mlm klu travel dgn kids.

Jadi korg yg masih muda bujang2 lagi tu, keluarlah dr kepompong zon selesa. Keluar explore the worldddd.... Jadikan hidup anda lebih variasi... jgn asyik rutin hidup yg sama jer. Nnti xde challenge boring.

okalah byk sgt celoteh niiiii....
Salam syg semua....Jgn nak monday blue yer😘

Peace no war,
Mommypacker

Friday, December 14, 2018

ROADTRIP SYDNEY KE MELBOURNE


Roadtrip SYD - MEL sejauh 1500km selama 7 hari


OK, meh akk share jadual yang dirancang utk roadtrip kali ni. Untuk trip ni seperti biasa travel buddies sejati mama mia dan fayyadh akn turut serta. Ditambah pula dgn geng otai travel Suri Shariff lg lah memeriahkan suasana. Dah nama pun trip roadtrip, haruslah kene sewa kereta baru puas berjalan. Sesuka hati boleh berhenti apabila jumpa port cntik utk berposing.






Bila buat research, mostly semua car rental ada extra charges untuk drop off different location.

Kecuali Apex Car Rental ni. Even additional driver pon tak ada extra charges. Pick up location dia bukan di airport, tapi diorang ada sediakan free shuttle van. Memang convenience sangat lah.

Cost untuk car rental kami selama 7 hari, Hyundai Elantra + Insurance + GPS + 2 booster = RM1674.76

So u all boleh try Apex Car Rental ni kalau nak buat road trip. Cuma, dalam agreement tulis x boleh bawak pergi Tasmania n Aussie mainland. Not even kat Aussie, kat NZ pon ada. So lepas ni kalau ada nak buat roadtrip NZ dah semestinya kak jemah pilih Apex Car Rental ni.

No Airport Location Fees

No Premium Location Fees

No Vehicle Registration Recovery Fees

No Credit Card Processing Fees

No Extra Driver Fees

No Under 25yr Driver Surcharges

No Deposit



Image may contain: sky and outdoor

Day 1 (21/4/2017)

- Fly from kul - syd by AirasiaX


Day 2 (22/4/2017)

- Smpi sydney pickup kete sewa dr Apex Car Rental

- Syd seeightseing and city tour

(Opera house, Harbour bridge, Darling Harbour, Fish Market, The Rocks, China Town, Auburn Mosque, Westfield Sydney & Market Street)

- Check in Palace Hotel Mortlake Sydney


Day 3 (23/4/2017)

- Checkout heading to Lakemba City sebuah muslim town dan sempat menziarah sebuah masjid utama di lakemba

- Wollonggong

- Kiama

- Nowra

- Ulladulla

- Check in Batemans Bay Hanging Rock Family Motel


Day 4 (24/4/2017)

- Checkout heading to Narooma

- Lighthouse charter narooma

- Blue Pool Bermagui

- Merimbula and picnic at Tura Beach. Jln2 kat Middle Beach.

- Gerak ke Mallacota Coastal Walk

- Checkin di Mallacota Shady Gully Caravan Park


Day 5 (25/4/2016)

- Checkout menuju ke Lake Entrance

- Pit stop beberapa tmpt antaranya Lakes Walk, Metung, Ninety Mile Beach, Jemmy Point Lookout

- kemudian terus menuju ke Sorrento dan mornington peninsular

- Jln2 sekitar san remo town

- check in di Pelicans Motel San Remo


Day 6 (26/4/2017)

- Checkout terus ke Phillips Island

- Peguin parade, Chocolate fctory, noobies, pyramid rock

- Terus ke Melbourne city centre

- Bathing boxes brington beach

- Borong perfume kat chemist

- Jalan sekitar bandar melbourne

- Berjimba di Luna Park

- Check in di Cosmopolitan Hotel


Day 7 (27/4/2017)

- Pulangkan kete sewa kat quality hotel airport

- Fly back to normal


Details trip 5pax:-

- one way tix kul-syd rm317.00

- one way tix mel-kul rm490.00

(tiket guna redemption final call)

- total price apex car rental rm1700 fully coverage, gps, child booaster

- minyak petrol rm650.00

- penginapan rm2050.00

- beli brg basah utk masak rm500

- parking rm150

- makan kat kedai rm200


xde spend utk tiket lawatan sbb sume tmpt pegi free entrance. Klu kene bayar pun just bayar tiket masuk per car. Dah termasuk dlm kos parking.



Palace Hotel Mortlake Sydney

Lokasi - 4️ Sesuai bg mereka yg tidak suka tinggal di dlm town center krn hotel ni berada 20-25 minit ke area sydney CBD. Akk sewa kete mmg nk cr hotel out of town. Nk harga murah bilik besar view cntik so kene jauh skit dr town center. Ape brg klu sewa kete tp dok dlm town kannnn... Cuma klu naik public transport xprefer lah dok sini. Tp ada jer bas smpi hotel ni. Berdepan dgn hotel ade kdai supermarket groceries Iga Liquor. Sp senang sgt nk beli brg basah.

Kebersihan - 4️ Bilik semua ok cntik bersih. Cumanya tingkat bawah hotel ni ada Bar Club so nk checkin kaunter pun kat situ jgk. So faham2 jelah suasana bar mcm mane kan...

Facilities - 5️ Complete semua ada. Semua facilities kitorg buat mcm hrta sndiri. Beria2 setiap masa guna kitchen sbb guest lain xde lah msk mcm akk. Tmpt Laundry ada. Even bathroom dan toilet kene sharing tp still mcm private sbb sejuk2 mcm ni mat saleh jarang mandi. Yg best lg bilik mesti request yg paling dekat dgn kitchen dan toilet. Skali dia bg btol2 dpn kitchen sebelah toilet. Haaa kan senang....

Harga - 4️ Berbaloi.... bak kata org puteh value for money. Sesuai dgn jenis bilik, servis, lokasi dan kemudahan yg disediakan. Wifi pun laju. Bilik pun besar. Bilik yg akk booking family room harga Aud130.00 semalam utk 5 org sebilik. Tp bila nk check in bilik ni ngah renovation do hotel replace dgn triple room bg 2 biji dgn harga yg sama bleh muat 6-7 org. Best btol rasanya.....

Kat area hotel ni byk tmpt menarik yg boleh dilawati. Antaranya:-

- 10 minit drive ke Sydney Olympic Park

- 5 minit drive ke Cabarita Ferry Wharf


- Mortlake cntik tasik ni....


Image may contain: car and outdoor

My fav place.... LAKEMBA.
Lakemba adalah sebuah bandar di pinggir Selatan-Barat Sydney, di negeri new South Wales, Australia. Lakemba terletak 15 kilometer Barat daripadaSydney daerah pusat perniagaan, di dalam kerajaan tempatan kawasan canterbury-bankstown.
Fakta menarik mengenai bandar ni:-

1. Digelar bandar muslim. Majoriti rakyatnya muslim. Penduduk nya dikalangan rakyat arab, indonesian, syria, muslim aussie dsb.

2. Terdapat masjid besar Lakemba tmpt berkumpulnya umat islam disydney.

3. Terdapat byk pusat pengajian islam, kedai buku islam disini. 

4. Hampir semua kedai daging kat sini halal. Majoriti pembeli semua muslim dan kedai makan semua halal. Kebab, nasi beriani, nasi goreng, roasted chicken, burger semua halal. 

5. Kt sini byk jgk kdai chemist. Sgt2 murah separuh dr harga biasa.



Image may contain: 1 person, indoor

Image may contain: 1 person, standing, sky, tree and outdoor

OK, jom layan beberapa tempat menarik wajib dilawati sekiranya uols ade yang nk buat roadtrip. Tapi klu masa diberi 10 hari, lagi puas byk dpt tempat nk pit stop dan tak rushing. Memandangkan ade komitmen lain, so trip kali ni hanya seminggu sahaja jadi sgt2 lah rushing. Kuar subuh2 lewat mlm br check in.

Image may contain: Nelyany Jamil, standing, ocean, mountain, sky, outdoor, nature and water
Bermagui Blue Pool

Image may contain: Nelyany Jamil, smiling, sky and outdoor
Peguin Parade di Phillip Island

Bathing Boxes di Melbourne
Image may contain: 3 people, including Nelyany Jamil, people smiling, people standing, sky and outdoor
Chocolate Factory di Phillips Island

Image may contain: 2 people, including Nelyany Jamil, people smiling, ocean, sky, outdoor, nature and water
Bamboo Beach
Image may contain: 1 person, smiling, sitting, sky, ocean, cloud, outdoor and water
Batemans Bay
Image may contain: Nelyany Jamil, smiling, ocean, cloud, sky, water, outdoor and nature
Pyramid Rock di Phillip Island
















Thursday, December 13, 2018

TAIPEI, TAIWAN....Misi Screaming Condor dan JJCM

Assalamualaikum 


KALAU tidak banyak, sedikit rasa terkejut pasti ada apabila menjejakkan kaki di bumi Taiwan! Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan khususnya di bandar Taipei memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.

Kebiasaannya, sebaik tiba di Taipei, perkara paling utama dilakukan pelancong tentunya melawat menara Taipei 101 yang mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 ke tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap dalam masa hanya 39 saat. Alhamdulillah kali ni berjaya ke Taipei dengan promosi final call dari syarikat penerbangan Airasia return tiket hanya RM500 sahaja. Tiket dibeli 2 bulan sebelum tarikh penerbangan. Ikotkan hati, Taiwan memang tiada langsung di dalam senarai negara yang ingin dilawati. Tetapi setelah melihat rancangan TV running man membuat misi menaiki roller coaster screaming condor tu, terus hati meronta-ronta hendak kesana.

Trip pendek selama 3 hari ke Taipei hanyalah sekadar trip jalan-jalan cari makan dan ke taman tema sahaja. Jalan sekitar bandar Taipei menaiki public bus dengan kadar tambang yang amat murah. No bas peta semua hanya bergantung kepada google maps sahaja.Sesat dan salah bas itu sudah biasalah nama pun pelancong kan. Masalah komunikasi agak terhad memandangkan route bas semuanya ditulis dlm bahasa cina. Jadinya pandai2 sendirilah nak pastikan untuk berhenti di stop yang mana. Ketika saya berada di taiwan, suhu sekitar 35'c terasa panas betul bercucuran peluh. 

TAIPEI TRIP 11-13 OGOS 2017
Penginapan : Daan Park Hotel

FLIGHT DETAILS:

D7 372
Kuala Lumpur (KUL)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (KUL)
11 Ogos 2017, 1000 AM (10:00 AM)
Taipei - Taoyuan (TPE)
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE)
11 Ogos 2017, 1440 PM (2:40 PM)

D7 377
Taipei - Taoyuan (TPE)
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE)
13 Ogos 2017, 2345 PM (11:45 PM)
Kuala Lumpur (KUL)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (KUL)
14 Ogos 2017, 0420 AM (4:20 AM)

ITTINERARY :
DAY 1 FRIDAY 11/8/2017
3.00pm              Dijangka tiba di Taipei
5.00pm              Check in hotel rest
6.00pm              Shilin Night Market, Raohe Street Night Market, Shida Night Market
                          Rainbow Bridge & Taipei Cultural Mosque
10pm                 Balik hotel

DAY 2 SATURDAY 12/8/2017
9.00am            Taipei 101
Chiang Kai -Shek Memorial Hall
Taipei Fine Arts Museum
National Palace Museum
Beitou Plum Garden & Beitou Public Hot Spring
Taipei Grand Mosque & dinner area masjid
10.00pm           Balik hotel

DAY 3 SUNDAY 13/8/2017
9.00am             Checkout dan bfast
12.00pm           Dijangka sampai di Leofoo Village Theme Park
7.00pm             Gerak menuju ke airport
11.45pm           Flight balik ke KL       

Ketika berada di Taipei, saya memilih untuk menginap di bilik jenis dorm. Satu bilik 5 orang di Daan Park Hotel tetapi ketika sy check in hanya kami bertiga sahaja dlm bilik ni. Bilik sgt best selesa oooo...location pun terbaek. tip nk pilih hostel pilihlah yg dekat dgn intersection senang nnti nk cr transport. Rate harga boleh check di booking.com atau agoda kerana harga berbeza mengikut jenis bilik.


                        
Pas transport yg korg bleh pilih sepajang berada di taipei.
                                                
Dari airport touyuan nk ke city center, cara paling murah adalah naik bas. Beli tiket di dlm terminal sblm keluar. lepas ada tiket beratur lah ye. klu tak nnti xdpt naik tmpt sentiasa penuh. kne tnggu next bas plak

Beitou City.... 1 jam dr Taipei city. tp klu naik bas lompat2 mcm akk ni, 2 jam br smpi.

Dah namanya pun trip JJCM santai2 gitu, ape lagi jom layan pelbagai makanan halal yang boleh didapati di sekitar bandar Taipei dengan harga yang berpatutan. Tidaklah susah mencari makanan halal di bandar Taipei kerana terdapat komuniti islam disitu dan juga di sekitar Grand Mosque, juga terdapat banyak restoran halal.

Ni menu paling sedap makan mlm terakhir di Kunming Islamic Restaurant




Taiwan Rainbow Bridge....Superb... Love river...

Ok, skrg nak fokus cerita mengenai Leofoo Adventure Theme Park....
Pernah dengar pasal theme park ni...ianya tidaklah sepopular universal studio atau disneyland, tapi kat sinilah terdapat nya roller coaster yang viral running man naik tu. Korg xtau yg mane...meh tgk gmbr kat bawah ni kot korg boleh ingat. Klu xpasti google aje pasti keluar mcm2 cerita psl roller coaster ni. Screaming condor ni berbentuk U shape dengan kelajuan maksima 122km/j





Untuk tiket masuk ke taman tema ni, jika walk in harga nya agak mahal. Jadi sehari sebelum kesini, saya telah membeli secara online melalui apps KLOOK dengan harga jauh berbeza murahnya.

Oklah, stakat itu sahaja cerita mengenai percutian singat selama 3 hari di taipei taiwan. Insyallah ade rezeki hendak lagi kesini cumanya ke daerah yang berbeza pula. Sampai ketemu lagi semua baiiii....

Sebelum tu layan beberapa gambar tempat menarik yang boleh dilawati di Taipei



























18 hari ROADTRIP di 6 negara BALKAN

BOSNIA - MONTENEGRO -CROTIA - ALBANIA - MACEDONIA - KOSOVO Perjalanan roadtrip di  Balkan  bermula dan berakhir di Sarajevo Bo...