Tuesday, July 18, 2017

BANDUNG BUKAN SEKADAR SYURGA SHOPPING

ASSALAMUALAIKUM SALAM 24 SYAWAL.



BANDUNG!!!!

Sangat sinonim dikalangan rakyat Malaysia sebagai sebuah destinasi perlancongan dan syurga membeli belah.Rmai juga dikalangan peniaga dari Malatsia yang mengambil bekalan dan tempahan disini. Rasanya sudah hampir 10 kali akak ke Bandung dan tidak pernah sekalipun kongsi pengalaman selama kesana kerana sudah terlalu banyak blog yang menceritakan keunikan bandung. Tapi khas untuk pengikut akak di blog, FB dan juga Instagram, akak share kan beberapa fakta menarik mengenai Bandung.

Buat mereka yang pertama kali kesana, pastinya mempunyai target untuk membeli-belah lebih. Tetapi jika sudah banyak kali pegi macam akak ni, sudah tidak lagi memborong sehingga berbeg2 seperti dulu tapi masih tidak boleh lupakan aktiviti shopping tu al maklumlah kita kan perempuan.

Kebiasaanya ramai yang memperuntukkan 4 hari 3 malam untuk ke Bandung. Tapi dengan bertambahnya tempat-tempat menarik di sekitar Kota Bandung dan juga daerah berdekatan, maka sekurang2nya 7 hari untuk merasa kepuasaan maksimum di Bandung.

Berikut akak kongsikan jadual selama 7 hari di Bandung:-

Hari Pertama
- Penerbangan Kl ke Bandung mengambil masa 2 jam dan masa di Bandung kurang 1 jam dari Malaysia

- Hari Pertama bolehlah mulakan lawatan ke Factory Outlet sekitar Bandung. Berikut akak senaraikan beberapa FO yang terkenal  di setiap jalan yang ada di Bandung.

JALAN DAGO - Grande, Blossom, Victoria, Episode, Jetset, Glamour, Central, Gossip, Donatello etc
JALAN SETIABUDI - Rumah Mode, The Secret, Heritage
JALAN CIHAMPELAS - Pusat Jeans dan terkenal dengan jalan yang mempamerkan replika animasi kartun
JALAN RIAU - The Summit, Heritage, Stamp, Terminal Tas etc
JALAN CIBADUYUT - Pusat barangan kulit

- Singgah lah juga di Toko Tiga sekiranya anda seorang penggemar jeans. Yang pastinya jeans disini original dan terdapat pelbagai jenama dengan harga yang agak murah.

Hari Kedua
- Setiap mereka yang datang ke Bandung mesti akan menjejakkkan kaki ke Tangkuban Perahu. Jadi jangan lupa masukkan tempat ni dlm list sekiranmya ini adalah kali pertama uols dtg kesini. Perjalanan dr kota bandung kesini ambil masa 2jam kerana keaadan permukaan jalan yang tidak elok dan sempit juga sering sesak melambatkan untuk sampai kesana walaupun ianya tidaklah terlalu jauh dr kota. Sediakan jaket nipis sekiranya anda seorang yang tidak tahan sejuk kerana diatas gunung ini cuaca nya agak dingin dan berkabus. Tetapi banyak juga peniaga2 yang menjual jaket kait, sarung tangan dan snowcap. Jadi tidak perlu risau. Tiket masuk weekday 200k dan weekend 300k rupiah.


Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: 1 person

- Destinasi seterusnya, boleh singgah sebentar di Sari Ater Hot Spring. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga. Selain boleh mandi dan merendam kaki di air panas, ada juga gerai2 makanan dan juga taman mini yang menarik yang pasti membuatkan anak2 kecil menjadi excited.


Image may contain: outdoor

Image may contain: one or more people and outdoor

- Dalam perjalanan, boleh juga singgah di Ladang Teh dan juga Kebun Strawberry yang banyak terdapat sepanjang perjalanan pulang dari tangkuban perahu ke kota bandung.

- Jom buat aktiviti lasak di The Lodge Earthbound Adventure Park, Cibodas, Lembang.


Image may contain: sky, bicycle, outdoor and nature

- Dusun Bambu Family Leisure Park adalah sebuah tempat rekreasi seisi keluarga yang sangat cantik di Bandung dan dekat dengan budaya Sunda. Baru dibuka sekitar 3 tahun ni, dusun bambu menyajikan landskaping yang sangat menarik dengan keuinikan yang tersendiri. Antara tarikan utama disini antaranya Lutung Kasarung, Sampan Sangkuriang, Taman bunga, Cafe dan taman permainan kanak-kanak yang sangat cantik Bamboo Playground. Namun, masih ada lokasi-lokasi lain di Dusun Bambu yang tidak kalah menariknya. Seperti Archery Corner & menembak, Paint Ball & ATV, Tegal Pangulinan, Ngampar, Purbasari, dan Kampung Layung. Di setiap tempat di Dusun Bambu tentunya memiliki keunikan dan daya tarik sendiri-sendiri.


Image may contain: tree, plant, sky, outdoor, nature and water

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor, water and nature

Image may contain: 1 person, smiling, tree, outdoor and nature

Image may contain: outdoor

Hari Ketiga
- Fokus utama lawatan arini di sekitar Lembang disebabkan sekarang banyak tempat menarik disini untuk dilawati antara yang sangat popular Farmhouse Susu Lembang. Disini terdapat pelbagai tarikan utama seperti Rumah Hobbit, rasai suasana seperti di kota belanda dengan memakai costume gadis belanda yang boleh disewa dengan kadar yang berpatutan. Jangan lupa juga merasa susu lembang yang femes tu. Agak sedap walaupun akk bukanlah penggemar susu.

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, plant and outdoor

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor

- Kemudian boleh juga singgah di Amazing Art World  (Muzium 3D) yang baru sahaja dibuka berdekatan dengan Farmhouse. Ianya merupakan muzium 3D pertama dibuka dibandung.

- Untuk makan tengahari sambil menikmati pemandangan indah, bolehlah ke Floating Market Lembang mencuba pelbagai juadah unik khas bandung yang dijual diatas sampan. Disini pelawat perlu membeli coin dahulu kemudian barulah boleh membeli makanan yang dijual menggunakan coin tadi. Selain tarikan pasar terapung, terdapat juga taman berkonsepkan japanese, boleh menaiki sampai di tasik, bermain di taman arnab, melihat keindahan bunga segar di green house juga boleh menaiki keretapi mini. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan jika berkunjung ke sini.


Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting and outdoor

- Jika datang ke Bandung dengan anak-anak sekeluarga, pastinya Kampung Gajah adalah tempat yang sangat sesuai. Kampung Gajah adalah kebun binatang (zoo) yang sangat popular di Bandung.


Image may contain: 1 person, smiling, outdoor and close-up

Hari Keempat
 - Mungkin perlukan sedikit kelainan, jika anda datang beramai2 secara berkumpulan, mungkin boleh masukkan tempat ini dalam list anda. Pastinya sangat mengujakan jika ke Trans Studio Bandung bersama kawan-kawan.Merupakan taman tema dalam bangunan terbesar di dunia, ianya merupakan antara tarikan utama pelancong yang berkunjung ke Bandung. Peruntukan masa anda sehari suntuk disini barulah kepuasan maksimum diperoleh. Try semua jenis permainan dari yang lebih relex sehinggalah yang extreme.




Hari Kelima
- Hari ini pergi jauh sikit dari bandung menuju ke Citatah Padalarang, Stone Garden Geopark sekitar 2 jam dari Bandung. Tempat yang masih ramai dikalangan kita tidak mengetahui kewujudan tempat ini. Bagi pencinta alam, haruslah ke tempat ini untuk melihat betapa indanya ciptaan tuhan disamping mencuba beberapa aktiviti yang boleh membuatkan adrenalin anda bergetar. Hammock antara aktiviti wajib yang perlu anda cuba terutama di Tebing Gunung Hawu yang merupakan syurga bagi hammocker.


Image may contain: one or more people, people standing, plant, outdoor and nature


Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature


Image may contain: sky, plant, tree, cloud, grass, outdoor and nature

Image may contain: people standing, mountain, sky, outdoor and nature

Image may contain: mountain, sky, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, sky, mountain, outdoor and nature

Image may contain: 1 person, standing, sky, mountain, outdoor, nature and water

Shopping di Pasar Baru memang tidak boleh ditinggalkan. Kiranya ini merupakan tempat wajib jika datang ke Bandung. Disini jika diberi masa 1 hari suntuk pun tidak cukup untuk menjelajah setiap aras bangunan Pasar Baru.


Hari Keenam
- Kawah Putih di Ciwidey juga tempat wajib singgah jika ke Bandung. Kawah kesan dari aktiviti gunung berapi sangat cantik kerana airnya yang kebiruan akibat sulfur di dasarnya. Bau belerang yang kuat juga masih boleh dihidu.


Image may contain: 1 person

- Selesai lawatan di kawah putih, singgah sebentar di Gampling Lakeside Rancabali dan bolehlah menikmati makan tengahari di atas kapal besar iaitu sebuah restoran diberi nama Pinisi Resto


Image may contain: 1 person, smiling, standing, sky, bridge, mountain and outdoor

Image may contain: sky, cloud, mountain, outdoor and nature

Image may contain: one or more people, sky and outdoor

- Taman Love Soreang juga merupakan tarikan baru yang masih tidak ramai dikalangan pelancong Malaysia yang datang. So klu rasa nk bergambar atas kapal terbang mcm kat iceland tu, tp xmampu nk kesana jauh bnor. Moh dtg sini, 2 jam saja dari bandung.


Image may contain: sky, outdoor and nature

Image may contain: sky, mountain, cloud, outdoor and nature

- Taman Uncal juga antara tempat yang akk rekomen untuk datang jika ingin merasai dan melihat sendiri kebun rusa. Walaupun saiz taman ini tidaklah besar, namun dengan keunikan rusa liar dan berpeluang memberi makan rusa secara lebih dekat, menjadi tarikan utama kesini disamping tiada tiket masuk dikenakan. Ya!!! Ianya percuma...

Hari Ketujuh
- Sebelum bersiap nak balik ke KL semula, mungkin boleh singgah lagi di Pasar Baru yang dibuka seawal jam 9 pagi untuk membeli beberapa ole-ole disaat akhir.



- Dalam perjalanan ke airport pula, jangan lupa singgah di Kartika Sari dimana ianya sebuah gedung yang menyajikan pelbagai jenis kek gulung, brownies, biskut serta ole-ole khas bandung.


Image may contain: 1 person


Wahhh....rasa seperti penuh sungguh jadual yang akak cadangkan selama seminggu di Bandung. Pastinya perlu banyak tenaga kan. Jadi disini akak nak kongsikan pula beberapa tempat makan menarik yang ianya bukan sekadar rumah makan sahaja, tapi menyajikan panorama landskaping yang sangat menarik. Banyak jalan perlu banyak makan juga supa tenaga cepat refill kan. Akak ni jenis berjalan suka jalan-jalan cari makan juga lebih-lebih lagi kalau berada di Indonesia. Pelbagai juadah harus dicuba.

Tempat makan menarik sekitar Bandung yang akak pernah rasa dan recommend pada uols semua:-

1. Kampung Daun


2. Sapu LidiDikelilingi oleh sawah yang rimbun, makan di Sapu Lidi pasti membawa anda khayal seketika dengan pemandangan desa yang tenang dan aman. Restoran ini terkenal dengan makanan Sunda tradisionalnya yang berkisar antara Rp. 21.000 – Rp. 31.000

Image may contain: 1 person, outdoor and nature

3. Ayam Penyet Surabaya


4. Rumah Makan Lesehan Sunda

Image may contain: 1 person

5. Restoran Sederhana Masakan Padang

Image may contain: food and indoor

6. Gampoeng Aceh

Image may contain: outdoor

Image may contain: indoor

7. Pascal Food Market Ini adalah food court yang terkenal dan sangat happening di Bandung! kalaukorang ngah pening nak makan apa atau restoran dimana di Bandung, baik kesini saje sebab pilihannya sangat banyak, dan enak-enak!

Banyak lagi sebenarnya tempat makan best di sekitar Bandung. Cuma akak senaraikan beberapa sahaja yang teringat difikiran ketika ini.

OK, bagi sesiapa yang akan keBandung, ataupun dalam perancangan kesana, disini akak senaraikan beberapa tour guide yang bertauliah dan telah bekerjasama dengan akak sebelum ini. Apakata petik nama akak Kak Nurul pada mereka semua, pastinya mereka akan kenal. Manalah tau dapat harga special nanti.

1. FB Fantasy Holidays milik Pak Erwin
2. FB Suki Van Java milik Pak Suki
3. FB Desfarindo Jom Cuti
4. Pak Wahyu +62 812-96638314
5. FB Jafra Tour
6. FB Dicky Wahyudi

























EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...