Thursday, October 17, 2013

PHNOM PENH-SIEM REAP, CAMBODIA 3-6 JULAI 2013 (PART I)

Salam Sayang Semua.... 
ok kali ni agak cepat aku update trip ke phnom penh dan siem reap ni sbb xsmpi 3 bulan pun aku dah update. Biasanya dah basi trip aku 7-8 bulan pun masih xupdate kat blog lg. Kali ni trip aku ke Cambodia seramai 10 orang termasuk Mia Iris yang comel tu lah. Trip kali ni yg follow family aku, mak mertua, mkcik dan cousin. 

Mesti ramai tertanya2, ape yg ada di kemboja yang membuatkan aku pergi kesana. Huhuhu...matlamat utamanya adalah bg memenuhi mission aku utk pergi sebanyak mana tempat2 yang mempunyai kejaiban dunia xkisahlah inya secara semulajadi ataupun ciptaan manusia. So, misi aku kali ini adalah untuk ke Angkor Wat.

Tiker seperti biasa aku beli dulu lah di Airasia. Harganya klu xsilap RM138 return. xingat dah harga bpe tp tulah harganya. Pakej aku amik dgn ustaz yahya dr kemboja. ustaz ni mmg famous kat msia, ramai yg kenal lah. Leh tgk FB dia di https://www.facebook.com/UstazYahyaCambodia ataupun
 website http://www.ustazcambodia.com/

Beberapa info yang perlu tahu sebelum ke cambodia :

1. Matawang negara kemboja adalah Riels (KHR) tetapi anda perlu tahu yang dimana2 sahaja tempat perlancongan di kemboja adalah menggunakan matawang USD sebagai urusniaga. Anda xkan dengar peniaga2 disana berusus niaga dgn matawang mereka. Jadi lebih senang tukar matawang USD

2. Kemboja boleh doketegorikan sebagai negara miskin susah, jadi kiranya berpeluang ke kembuja, singgahlah ke Kampong Cham iaitu sebuah perkampungan islam di Phnom Penh utk menghulurkan sumbangan ataupun sekiranya singgah dimana2 masjid, bolehlah masukkan sumbangan anda di Tabung masjid.

3. Jangan lupa try durian di kemboja. wooo sedap gler besar2 tu...makan 2 ulas pun xtentu lg boleh abis sbb mmg besar kot...

4. Rasanya xpayah nak tukar duit byk sgt kot sbb xde ape sgt nak di shoppingkan di kemboja. Dipendekkan cite, kemboja bkn tmpt shopping even duit diorg lg rendah tp kualiti brg pun agak rendah so beli kat msia je sudah.

5. Rancang perjalanan anda sebetol2nya. Jika hendak pergi ke Siem Reap, adalah bagus sekiranya mendarat di Phnom Penh, dan kemudian balik KL dr Siem Reap. So jimat masa dan tenaga xder lah nak kene patah balik selpas tgk Angkor Wat tu ke Phnom Penh. Jauh jugak tu jarak perjalanan diantara Phnom Penh ke Siem Reap lebih kurang 6-7 jam jugak termasuk berhenti rehat.

6. Hati2 nak beli pakej direct dr agen di kemboja krn byk kes penipuan yang menyamar sbg ustaz kemboja siap minta hulur bantuan utk masyarakat Champa yang susah di kemboja tp bantuan tak disampaikan. Ustaz yang aku rekomen ni ok terbaekkk...insyallah belom ada lg kes2 dr agensi ustaz yahya.
  
Berikut merupakan details perjalanan yang aku sediakan sendiri kemudian aku beri kepada ustaz yahya. Aku wat research sikit2 kemudian aku susun jadual dan aku pastikan aku leh cover byk tempat selama 4 hari aku ke kemboja.

Tapi malangnya ada spoil sikit jadual aku sbb seminggu sebelum berlepas, AirAsia memaklumkan bahawa flight berlepas aku terpaksa dilewatkan disebabkan masalah operasi. Sepatutnya aku berlepas 6.45pg tp ditukar ke 3.00ptg. Dah rugi satu hari jadual aku. Tp aku dah inform pada ustaz yahya utk kita try cover jugak semua tmpt yg aku nak gi. Mungkin agenda shopping terpaksa dikurangkan lah nmpknya.

4D3N PHNOM PENH - SIEM REAP, CAMBODIA
TARIKH BERLEPAS : RABU, 3 - 7 - 2013
PENERBANGAN        : AIRASIA (AK 1476)
MASA                            : 1500 HRS (3.00AM)
TARIKH PULANG    : SABTU, 6 - 7 - 2013
PENERBANGAN      : AIRASIA (AK 1475)
MASA                          : 1640 hrs ( 4:40PM)

ATUCARA

Hari 1 : KUALA LUMPUR – PHNOM PENH (L/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Phnom Penh, peserta akan disambut oleh wakil kami dan akan dibawa untuk melawat melawat bandar Wat Phnom, Yeay Penh’s statue, Victory Monument dan Tuol Sleng Genocide Museum. Tengahari akan dibawa menikmati hidangan makan di restoran halal. Selepas itu, sambung semula lawatan ke National Museum, Royal Palace, Silver Pagoda, Riverfront  dan Killing field. Makan malam di restoran dan check in berehat di hotel.




Hari 2 : PHNOM PENH – SIEM REAP (B/L/D)
Sarapan pagi kita di kedai dalam perjalanan, makanan istimewa orang kampung, menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Siem Reap dengan mengambil masa 6 jam, dan bila sampai di siem riep kita melawat sepenuh hari di Angkor – The South Gate of Angkor Thom, Bayon, Baphoun, Elephant dan Leper King Terrace, Phimeanakas, Ta Prohm. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas makan tengah hari, meneruskan lawatan ke Warisan Dunia bagi Angkor Wat iaitu antara 7 keajaiban dunia dan melihat matahari terbenam di Gunung Bkheng. Makan malam buffet di local restaurant dengan menyaksikan persembahan Tradisional Kemboja dan berehat di hotel.

Hari 3 : SIEM REAP / TONLE SAP / PHNOM PENH (B/L/D)
Selepas sarapan di hotel dan memulakan lawatan dengan melawat Kampung Terapung di Tasik Tonle Sap, merupakan tasik terbesar di Asia untuk merasai kehidupan nelayan. Makan tengah hari di local restaurant. Selepas itu, singgah di masjid untuk solat dan seterusnya menaiki kenderaan persendirian seperti kereta/bas/van untuk ke Phnom Penh dengan mengambil masa 6 jam. Sampai sahaja di Phnom Penh, sambung atucara dengan activity membeli belah di membeli belah di Russian Market. Makan malam di local restaurant dan terus sambung membeli belah di Night Market sehingga jam 10.00malam kemudian balik berehat di hotel.

Hari 4 : PHNOM PENH – KUALA LUMPUR (B/L)
Sarapan pagi di hotel check out. Jam 10.00 pagi. Kemudian anda akan dibawa untuk menyambung aktiviti membeli-belah di Central Market sehingga jam 12.30 tengah hari, dan selepas itu kita akan menikmati makan tengahari terakhir di Phnom Penh. Jam 2.30 petang, berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.
                                                          
Harga Termasuk Semua item kat bawah ni ustaz yahya cas aku USD 220:                                                                                                                   
1.                  3 Malam penginapan di hotel
2.                  Makanan Halal bfast, lunch dan dinner kat restoran halal
3.                  Pemandu pelancong bahasa melayu
4.                  Pengangkutan bas berhawa dingin
5.                  Bayaran masuk ke tempat-tempat lawatan  
6.                  1 botol air per orang per hari
7.                  Tips

 Penginapan :

         Tempat/Tarikh
Hotel
Phnom Penh, 3 Julai 2013
New York Hotel Phnom Penh
Address
:
No. 256, Monivong Blvd, Phnom Penh, Cambodia.

Siem Reap, 4 Julai 2013
Address
:
Ta Neuy Street, Wat Bo Village, Sala Komreuk Commune, Siem Reap City, Cambodia

Phnom Penh, 5 Julai 2013
   
    Paragon Hotel
Address : No. 219B, Sisowath Quay (River Side)

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. I/Allah, bulan 10 2014 saya akan jejakan kaki ke Siem Reap selama 3 hari dan begerak ke Phnom Penh selama 2 hari .Tq bg maklumat dan jemput singgah blog travel saya sis .. tq.
    mamatselekeh.blogspot.com

    ReplyDelete

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...