Monday, May 13, 2013

PULAU PANGKOR, MALAYSIA (15- 17 April 2011)

Salam semua............

Entry kali ni aku cite pasal tmpt yg aku pegi dalam negeri pulak lah ye. Asyik cite gi oversea je,
 mcm lah aku ni byk duit sgt kan. Tp malaysia aku xlupakan.....
sbb aku dah abis pergi semua negeri yg ada kat malaysia ni. 

Nilah sume ahli keluarga syarikat tmpt aku bekerja


Tempat yg aku pergi kali ni adalah sebuah pulau perlancongan antara yang paling terkenal lah kat malaysia iaitu Pulau Pangkor. Aku pergi ke sini atas program hari keluarga syarikat tempat aku bekerja. So, kiranya semua adalah makan tanggung berak cangkuk lah sbb xkuar satu sen pun. Time pergi ni aku berdua dgn husband lah (husband pun free jgk tau). Apatah lg time ni br je nk masuk 6 bulan kahwin, so leh jgk sambung honeymoon kitorg. Heeeheeeheeee...

Aku menginap di Pasir Bogak di Pangkor Bayview kerana salah satu sbb pilih chalet ni sbb diorg ada Swimming pool... so staff2 yg ada bwk anak, mmg swimming pool lah tmpt diorg suka... 

Masih sedondon tau.....romantik kan...hahahah


Macam biasa, nk ke pulau pangkor haruslah ke Jeti di Lumut dahulu kemudian ambil feri utk eke pulau pangkor. Tapi, kitorg dah amik pakej dgn Pangkor Bayview, jadi segalanya dah diuruskan oleh pihak chalet. Mereka dah menungggu group kitorg kat jeti lumut.


Group yg pergi ni dalam 30 org jgk lah termasuk anak2 kecik, suami dan isteri staf. So dlm entry kali ni byk jgk lah muka2 baru yg korg akan tgk kan. xmacam entry2 sebelum ni, korg just tgk muka aku berdua dgn husband je dlm gmbr2 yg aku post. untuk makluman, aku pergi satu fmily besar jgak memandang kan aku satu ofis dgn abah aku. so automatik mak ayah suami isteri dan adik aku pun join jugak trip ni. hehehe...

Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 8 orang) boleh diatur semuanya oleh pihak chalet tmpt kami menginap tu. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Kalau korg nak mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju pun boleh, just bgtau je hotel tu, nnti diorg leh uruskan. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Antara tempat yang aku pergi adalah :-

  • Kilang Satay Fish SPK
    mcm biasa ni gmbr aku dan suami lah kat kilang satay yg famous kat pangkor ni

     Ni pulak gmbar cik munirah dan en syafriel ye

    ha...kat sini lah nk shopping produk2 hasil laut tau. Macam2 ada....

  • Taman Fu Lin Kung

  • Pekan Pangkor

  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung



    Tgk tu masih sedondon...tema oren..

    Sebahagian staf dan keluarga PRONICE SDN. BHD.

  • Pantai Pasir Bogak
 Selain itu, kitorg jugak ada buat Majlis Penyampaian hadiah dan penganugerahan utk pencapaian sepanjang tahun bekerja. Time ni lah pengumumam BONUS dan KENAIKAN GAJI akan bos bgtau. Malam kedua kitorg buat lah PERTANDINGAN KARAOKE dan MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH ni. Selain tu pad sebelah petang juga diadakan acara SUKANEKA. mmg meriah lah bersukan, gelak nye lebih dr sukan. HEHEHEH....... Sukaneka ni dibahagikan kepada 2 kumpulan GROUP A dan GROUP B.  





Antara sukaneka yang dijalan kan :

  • Boleh sepak pantai lelaki dan perempuan

  • Bola tampar pantai

  • Isi air dalam botol

  • Lari dalam guni

  • Tarik tali
 
Aku dapat tmpt ke2 acara KARAOKE kategori Duet dgn laki aku. Tau tak aku nyanyi lagu ape, ACI-ACI BUKAK PINTU. hampeh giler lagu, padahal byk lg lagu sedap2. Sbb laki aku xreti byk lagu. Hanya lagu P.rAMLEE JE YG DIA TAU...STRESS JE TIME NI...


Semua staf diwajibkan amik bahagian dm karaoke ni. klu staf xnyanyi, kene hantar wakil keluarga, suami atau isteri lah bg nyanyi sikit. Jom layan sikit gambar2 semasa pertandingan karaoke ni dan juga semasa malam anugerah cemerlang.

 DEDEK

 HALIM

 SYAFRIEL

 MUNIRAH

 SYAFIQ & ISTERI (LIN)

 AZMI & ISTERI 

 USTAZ TAMRIN (BOS) & ANAK LELAKI DIA (HAIKAL)

MAZRI & ISTERI (IKA)

 KAK SHIELA & SUAMI (MIZAN)

RAZI


Oklah, setakat ni dulu aku cite pasal company aku punye family day. Insyallah ada masa aku update trip2 aku yg lain ye. 




No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...