Thursday, October 17, 2013

SHANGHAI-BEIJING, CHINA 12-18 NOV 2012 (Part 1)


Assalamualaikum Semua Pembaca Setia 
Travelog Mamma Mia
(Ada ke blog aku ni pembaca setia??? Hahaha...perasan GLAM plak)


 Payah betol nak mulakan kata2 kat blog ni sbb nya otak ngah tepu, xde idea yg nak diilhamkan utk dicoret. Tu sebab byk travel2 yg aku pegi tp xupdate kat blog ni. So skrg ni ngah push jgak diri ni utk update trip ke SHANGHAI + BEIJING 8 hari 6 malam. Ni adalah family trip yang aku pergi pada 11-18 Nvember 2012. Yang join trip ni mak ayah aku, mertua aku, abg dan adik ipar aku dgn isteri dan anak masing2, aunty uncle dan juga cousin2 aku. So total sume yang pegi adalah 19 dewasa, 1 kanak umor 1 1/2 dan seorang bayi umor 8 bulan ( tu anak aku lah tu yg baby tu).  

 Ni lah baby Mia Iris Ariana yang br je masuk 8 bulan masa trip ni
 
Sampaikan tour leader yang follow kitorg tu Mr Jerry Lum pun cakap, ni 1st time dia bawa group yg ada baby paling kecik. Sebab nye masa aku pegi tu musim WINTER, so cuaca sgt sejuk, dia tkot baby xselesa atau xleh nak rasi dgn cuaca kat sana. Tapi aku bgtau, baby aku tu mcm mak nye jgak, adventure so dia mesti akan ok. Jerry ni orang Klang je umornye 28 tahun tp comei je mcm kanak2 riang. Bagus jugaklah bawak tour leader dr msia ni, sebab nnti senang kita nak interact dgn org kat china memandangkan diorg tu xbrapa nak pandai ckp English. 

Vacation aku kali ni menggunakan servis dari travel agent cuti-cuti muslim bersama HONHUB TRAVEL di klang. Person in charge yang prepare semua documentation group aku ni adalah Mr Azalan. Pakej all in flight+ground (nett tau xperlu byr ape2 lg) adalah RM2888 adult termasuk domestic flight dari shanghai ke beijing.

OK ni ksah perjalanan aku. Flight kami menggunakan direct flight by MAS. Seperti biasa, klu travel long journey memang akan guna MAS krn nk selesa apatah lg bawa baby kan. Yng penting mkn byk kali dan sedap. Perjalan aku dr klia ke Shanghai mengambil masa 4 jam. Dan balik nnti dr beijing ke klia mengambil masa 6 jam.

Antara beberapa perkara yang anda perlu tahu keadaan disana sebagai persediaan awal. Ini travel agent aku lah yang bagi supaya nnti jgn ada apa2 prob.

Day 1 : KL - SHANGHAI (11 nov 2012)


Flight kitorg jam 1.40 pagi, maknanya dah masuk 12 nov lah tu tp kitorg dah ada kat airport jam 10 malam. Reason kenapa sampai awal. sbb kitorg mmg suka lepak kat KLIA lama2. hahahah... nk makan2 lg, nak shopping coklat dan nak menunggu semua group trip ni sampai. Selain tu, nak dengan taklimat sikit dr tour leader kitorg. 
Kat bawah ni aku sertakan details flight aku.
12 NOV KUL/PVG MH 386 0140 / 0640
18 NOV PEK /KUL MH 393 1610 / 2235


1st kitorg gi Shanghai dulu. Reason why kenapa kitorg gi shanghai dulu adalah sebab :
Shanghai kitorg plan xde nak shopping sgt sbb pricey sikit dr beijing. So pada awalnya trip ni akan menaiki bullet train ke beijing dr shanghai. So klu kitorg gi beijing dulu, sure menggondong2 barang dgn beg nnti. Susah plak. So baik gi shanghai dulu, melawat2, usha2 barang dan survey2 harga je. Klu shopping pun sikit2 je dulu. 
So xdelah beg berat nnti masa nak naik flight domestic ke beijing. 
Airport di shanghai adalah PUDONG INTERNATIONAL AIRPORT.
 


Masing2 dh pakai wnter coat dr msia sbb nk jimat space dlm luggage. Macam aku ni bawak smpi 4 coat, haruslah bayangkan betapa besar beg. klu tidak nnti dlm gambar baju sama je. Tengok je susunan beg kat atas tu.

Pose dulu sebelum naik flight. Klu korg perasan, klu aku holiday big group mcm ni, 
org yg gi nye sama je muka2 nye. Aku mesti gi ngan fmily2 je.

 Aku dan mr hubby yang sentiasa ceria dan romantik, kerrrr?
























Wednesday, May 29, 2013

HO CHI MINH CITY-MYTHO-MEKONG-VUNG TAU (PART II)

Salam semua.

 ok, hari ni aku sambung cite pasal ho chi minh ye. Nak kene abiskan jugak story pasal HCM ni sebelum aku nk beralih story utk trip2 yg lain plak. Tapi sebelum nak terus sambung ke hari keempat aku berada di HCM, aku nak sambung story pasal malam tahun baru si HCM dulu. New Year di HCM mmg meriah dgn jutaan motor membanjiri bandar HCM. Semua rakyat keluar utk menyambut new year. Bandar HCM dihiasi dgn limpahan lampu2 neon yang berwarna warni dengan pelbagai jenis dan disusun mengikut kreativiti mereka. Jom tgk beberapa gambar yg dapat aku snap dr dalam van je. Jalan terlalu sesak, org terlalu ramai, jadi aku dan family xjadi nk turun lah memandangkan aku pun time tu berot memboyot preggy kan.


Sebenarnya aku ada amik video malam new year ni, tp try upload byk kali xberjaya. So malas nk fikir panjang, aku xjadilah  upload.
Entry sebelum ni pasal HCM part 1 aku terlupa nak story satu lg benda menarik di sini. 
Nak tau tak ape bendanya???
Kat HCM ni terdapat byk sgt kedai2 yang menjual helmet kura-kura dan majoriti boleh dikatakan semua penduduknya yg menggunakan motosikal menggunakan helmet kura2 ni. Klu kat malaysia sure xlepas kot dgn SIRIM dan juga xlepas dgn JPJ. Terdapat pelbagai bentuk, corak dan warna helmet yang pelik menarik dan jelik ada dijual disini.

OKlah, aku sambung story aku pasal trip HCM ye. Aku sambung dari hari keempat aku kat sana.

HARI KEEMPAT

HO CHI MINH - MEKONG DELTA (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel. Harini punye program adalah melawat Mytho dan Mekong Delta dan berpeluang menaiki sampan menyusuri sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara. Perjalanan dari HCM nk ke jeti ni mengambil masa klu xsilap lebih kurang 2jam jugaklah. Berpeluang jugak menaiki bot melalui Sungai Tien untuk melawat 4 pulau, Long, Lan Qui, Phuong

Ni kat jeti untuk menaiki bot ke pulau

Dijeti terdapat banyak gerai2 jualan kraf.
 Harga ok lah tp kene pandai tawar menawar

Kemudian, aku dibawa bersiar-siar di Pulau Thoi San untuk melawat kilang gula-gula kelapa tempatan, lawatan ke kebun di Qui Islet dan menikmati hidangan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan Don Ca Tai Tu Nam Bo iaitu persembahan muzik rakyat Vietnam

Selesai kat sini, dibawa pula ke ladang lebah untuk merasai atau membeli madu lebah yang asli. Peluang melawat rumah Encik Nam Ngo untuk menikmati teh madu. Dirumah ni terdapat sarang lebah yang disimpan dan juga diorg ni membela ular. Geli aku tgk tau...
Siap ada ular2 yang dimasukkan dalam botol2 kecik dikatakan dijadikan ubat kuat.



Seterusnya lepas selepas minum teh madu kat umah en. nam ngo, aku dan yg lain2 dibawa menaiki sampan kecil yang di kayuh oleh penduduk setempat menyusuri anak sungai kecil untuk ke bot besar. Naik sampan kecik ni pun sampai traffic jam kat anak sungai tu, berlanggar2 dgn sampan yang lain. Tp pengalaman lah jgak kan sbb kat tempat sendiri mmg xder lah nak naik sampan.


Sampai je di bot besar untuk bawa kitorg pulang ke jeti, kitorg dihidangkan dengan air kelapa semasa berada di bot. Memang sesuai sgt bg air kelapa, siap boleh kasi belah untuk mkn isinya.


 Berakhirlah lawatan aku kat delta mekong ni. Sampai je kat jeti, mmg dah terasa laparlah kan. Orang mengandung mmg cepat rasa lapar. Lgpun dah dekat kul 1 local time, br smpi ke jeti. Nak pergi restoran tu pun xtau jauh ke dekat. Rupanya arini lunch kitorg kat satu lg tempat yang best. Bukan restoran cantik dan besar seperti hari2 sebelumnya, tp hari ni makan tengahari kami dimasak oleh penduduk islam kat Mytho yang menginap di sebuah masjid kecik. Kat sini mmg dia buat mcm gerai2 kecik lah tp masakan nye mmg sedap lah. Lepas lunch boleh terus solat kat masjid ni.



Lepas selesai lunch dan solat, terus pulang ke HCM dan balik ke hotel kerana dh petang sekitar jam 3ptg. Jadi aku pun dah penat, just rest je kat hotel termasuk yang lain2 jgak. Tp dalam jam 5 ptg, kaum2 hawa kuar lah ape lg, terus ke Ben Tanh Market tu...tu lah tmpt kitorg. Klu kitorg hilang pun, suami2 dah tau nk cari kat mana. Aktiviti bebas arini sampailah ke lewat ptg, dan jam 8mlm giude amik kitorg utk dibawa mkn mlm. Berakhirlah hari ke4 kitorg lepas mkn, balik tido. Tp kitorg xtido terus, tp jalan2 lg pergi ke pasar malam di sekitar lorong dan jalan yang berdekatan dgn hotel kitorg tu.


HARI KELIMA

HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (B/L)
Arini adalah can nk rest dan tido lama sikit, xde nk rushing2 gi bfast atau nak bangun awal2 pg sgt ke sbb guide akan amik kitorg jam 12 tgh ari. So lpas bfast tu, aku dan my mom serta mak mertua aku sempat lg tu abiskan sikit lg duit shopping ke ben tanh. Tp sebelum pergi, dah make sure brg2 dah siap packing sbb nanti senang nk terus check out.  Arini last day aku kat sini. Rasa mmg dah xsabar nak balik plak rindu msia sudah.

Last day ni ada satu lg tempat aku dibawa melawat iaitu Reunification Palace. Dulu dipanggil sebagai Independence Palace, dan merupakan antara landmark/mercu tanda kat Ho Chi Minh. Didesigned oleh arkitek bernama Ngo Vit Th. Dan jua merupakan rumah dan tempat kerja President Vietnam Selatan masa perang Vietnam dulu. Tapi aku xmasuk pun dalam tempat ni sbb dah tau mesti mcm muzium je. Just amik gmbar jelah nmpknye. Nak masuk kene bayar tai tp xingat brapa cas nye.



Selesai bergambar dan usha2 dr luar tmpat ni, kitorg dibawa untuk lunch kali terakhir di HCM. Atas meja siap ada list menu khas utk group aku tau. Tgk dr menu dah mcm menyelerakan al-maklumlah kan time HAPPY HOUR mmg sume suka lg2 klu time lapar gler. Lunch terakhir aku di RESTORAN HALAL@SAIGON yang sebelum ni aku dah pergi tp utk dinner hari yang pertama.




Selesai makan dan kami solat dulu sbb kat restoran di berdepan je dgn masjid. So solat siap2 kang senang. Berakhirlah percutian aku bersama keluarga selama 5 hari 4 malam di Ho Chi Minh @ Saigon. Memang dapat aku simpulkan yang HCM ni sebuah tempat syurga membeli belah utk kaum hawa dan juga tempat mempunyai penduduk yang menggunakan motosikal yang banyak lebih kurang 6 juta pengguna motosikal di vietnam tau. Byk glerrr... Yang pasti insyallah mungkin aku akan dtg lg ke sini utk tujuan shopping shj ataupun ke daerah vietnam yg lain yg pasti mengujakan. Mungkin akan cuba ke daerah seperti DALAT, HOI AN, HUE, DANANG dan HANOI pulak, insyallah akan menjadi kenyataan.



ok sampai sini dulu cerita aku pasal HCM, hope jumpa uols lg di next trip2 aku nnti. 
BYE






































EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...