Wednesday, May 29, 2013

HO CHI MINH CITY-MYTHO-MEKONG-VUNG TAU (PART II)

Salam semua.

 ok, hari ni aku sambung cite pasal ho chi minh ye. Nak kene abiskan jugak story pasal HCM ni sebelum aku nk beralih story utk trip2 yg lain plak. Tapi sebelum nak terus sambung ke hari keempat aku berada di HCM, aku nak sambung story pasal malam tahun baru si HCM dulu. New Year di HCM mmg meriah dgn jutaan motor membanjiri bandar HCM. Semua rakyat keluar utk menyambut new year. Bandar HCM dihiasi dgn limpahan lampu2 neon yang berwarna warni dengan pelbagai jenis dan disusun mengikut kreativiti mereka. Jom tgk beberapa gambar yg dapat aku snap dr dalam van je. Jalan terlalu sesak, org terlalu ramai, jadi aku dan family xjadi nk turun lah memandangkan aku pun time tu berot memboyot preggy kan.


Sebenarnya aku ada amik video malam new year ni, tp try upload byk kali xberjaya. So malas nk fikir panjang, aku xjadilah  upload.
Entry sebelum ni pasal HCM part 1 aku terlupa nak story satu lg benda menarik di sini. 
Nak tau tak ape bendanya???
Kat HCM ni terdapat byk sgt kedai2 yang menjual helmet kura-kura dan majoriti boleh dikatakan semua penduduknya yg menggunakan motosikal menggunakan helmet kura2 ni. Klu kat malaysia sure xlepas kot dgn SIRIM dan juga xlepas dgn JPJ. Terdapat pelbagai bentuk, corak dan warna helmet yang pelik menarik dan jelik ada dijual disini.

OKlah, aku sambung story aku pasal trip HCM ye. Aku sambung dari hari keempat aku kat sana.

HARI KEEMPAT

HO CHI MINH - MEKONG DELTA (B/L/D)

Sarapan pagi di hotel. Harini punye program adalah melawat Mytho dan Mekong Delta dan berpeluang menaiki sampan menyusuri sungai Mekong yang merupakan sungai terpanjang di Asia Tenggara. Perjalanan dari HCM nk ke jeti ni mengambil masa klu xsilap lebih kurang 2jam jugaklah. Berpeluang jugak menaiki bot melalui Sungai Tien untuk melawat 4 pulau, Long, Lan Qui, Phuong

Ni kat jeti untuk menaiki bot ke pulau

Dijeti terdapat banyak gerai2 jualan kraf.
 Harga ok lah tp kene pandai tawar menawar

Kemudian, aku dibawa bersiar-siar di Pulau Thoi San untuk melawat kilang gula-gula kelapa tempatan, lawatan ke kebun di Qui Islet dan menikmati hidangan buah-buahan tempatan sambil dihiburkan dengan Don Ca Tai Tu Nam Bo iaitu persembahan muzik rakyat Vietnam

Selesai kat sini, dibawa pula ke ladang lebah untuk merasai atau membeli madu lebah yang asli. Peluang melawat rumah Encik Nam Ngo untuk menikmati teh madu. Dirumah ni terdapat sarang lebah yang disimpan dan juga diorg ni membela ular. Geli aku tgk tau...
Siap ada ular2 yang dimasukkan dalam botol2 kecik dikatakan dijadikan ubat kuat.



Seterusnya lepas selepas minum teh madu kat umah en. nam ngo, aku dan yg lain2 dibawa menaiki sampan kecil yang di kayuh oleh penduduk setempat menyusuri anak sungai kecil untuk ke bot besar. Naik sampan kecik ni pun sampai traffic jam kat anak sungai tu, berlanggar2 dgn sampan yang lain. Tp pengalaman lah jgak kan sbb kat tempat sendiri mmg xder lah nak naik sampan.


Sampai je di bot besar untuk bawa kitorg pulang ke jeti, kitorg dihidangkan dengan air kelapa semasa berada di bot. Memang sesuai sgt bg air kelapa, siap boleh kasi belah untuk mkn isinya.


 Berakhirlah lawatan aku kat delta mekong ni. Sampai je kat jeti, mmg dah terasa laparlah kan. Orang mengandung mmg cepat rasa lapar. Lgpun dah dekat kul 1 local time, br smpi ke jeti. Nak pergi restoran tu pun xtau jauh ke dekat. Rupanya arini lunch kitorg kat satu lg tempat yang best. Bukan restoran cantik dan besar seperti hari2 sebelumnya, tp hari ni makan tengahari kami dimasak oleh penduduk islam kat Mytho yang menginap di sebuah masjid kecik. Kat sini mmg dia buat mcm gerai2 kecik lah tp masakan nye mmg sedap lah. Lepas lunch boleh terus solat kat masjid ni.



Lepas selesai lunch dan solat, terus pulang ke HCM dan balik ke hotel kerana dh petang sekitar jam 3ptg. Jadi aku pun dah penat, just rest je kat hotel termasuk yang lain2 jgak. Tp dalam jam 5 ptg, kaum2 hawa kuar lah ape lg, terus ke Ben Tanh Market tu...tu lah tmpt kitorg. Klu kitorg hilang pun, suami2 dah tau nk cari kat mana. Aktiviti bebas arini sampailah ke lewat ptg, dan jam 8mlm giude amik kitorg utk dibawa mkn mlm. Berakhirlah hari ke4 kitorg lepas mkn, balik tido. Tp kitorg xtido terus, tp jalan2 lg pergi ke pasar malam di sekitar lorong dan jalan yang berdekatan dgn hotel kitorg tu.


HARI KELIMA

HO CHI MINH – KUALA LUMPUR (B/L)
Arini adalah can nk rest dan tido lama sikit, xde nk rushing2 gi bfast atau nak bangun awal2 pg sgt ke sbb guide akan amik kitorg jam 12 tgh ari. So lpas bfast tu, aku dan my mom serta mak mertua aku sempat lg tu abiskan sikit lg duit shopping ke ben tanh. Tp sebelum pergi, dah make sure brg2 dah siap packing sbb nanti senang nk terus check out.  Arini last day aku kat sini. Rasa mmg dah xsabar nak balik plak rindu msia sudah.

Last day ni ada satu lg tempat aku dibawa melawat iaitu Reunification Palace. Dulu dipanggil sebagai Independence Palace, dan merupakan antara landmark/mercu tanda kat Ho Chi Minh. Didesigned oleh arkitek bernama Ngo Vit Th. Dan jua merupakan rumah dan tempat kerja President Vietnam Selatan masa perang Vietnam dulu. Tapi aku xmasuk pun dalam tempat ni sbb dah tau mesti mcm muzium je. Just amik gmbar jelah nmpknye. Nak masuk kene bayar tai tp xingat brapa cas nye.



Selesai bergambar dan usha2 dr luar tmpat ni, kitorg dibawa untuk lunch kali terakhir di HCM. Atas meja siap ada list menu khas utk group aku tau. Tgk dr menu dah mcm menyelerakan al-maklumlah kan time HAPPY HOUR mmg sume suka lg2 klu time lapar gler. Lunch terakhir aku di RESTORAN HALAL@SAIGON yang sebelum ni aku dah pergi tp utk dinner hari yang pertama.




Selesai makan dan kami solat dulu sbb kat restoran di berdepan je dgn masjid. So solat siap2 kang senang. Berakhirlah percutian aku bersama keluarga selama 5 hari 4 malam di Ho Chi Minh @ Saigon. Memang dapat aku simpulkan yang HCM ni sebuah tempat syurga membeli belah utk kaum hawa dan juga tempat mempunyai penduduk yang menggunakan motosikal yang banyak lebih kurang 6 juta pengguna motosikal di vietnam tau. Byk glerrr... Yang pasti insyallah mungkin aku akan dtg lg ke sini utk tujuan shopping shj ataupun ke daerah vietnam yg lain yg pasti mengujakan. Mungkin akan cuba ke daerah seperti DALAT, HOI AN, HUE, DANANG dan HANOI pulak, insyallah akan menjadi kenyataan.



ok sampai sini dulu cerita aku pasal HCM, hope jumpa uols lg di next trip2 aku nnti. 
BYE






































No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...