Monday, December 10, 2018

THE HIDDEN GEMS OF BAKU, AZERBAIJAN


Trip ke Baku akk adalah negara kedua selepas iran dalam siri misi terjah ke negara2 caucasus. Setelah berada 5 hari di iran, akk fly dr Tehran ke Baku menggunakan Buta Airlines. Perjalanan Tehran ke Baku hanya mengambil masa 1jam 10 minit sahaj. Umum mengetahui akk terjah mestilah membawa 2 budak cilik tu MIA dan FAYYADH. my kids yg super hyper xreti dok diam. Jom akk share skit info berkaitan Baku azerbaijan.
Baku merupakan ibu negara bagi Azerbaijan. Bandar Baku ni terletak rendah pada paras laut disepanjang Laut Caspean. Walaupun Baku dahulunya dikenali sebagai sebuah bandar lama bersejarah, namun pembangunan yang amat pesat membuatkan Baku menjadi sebuah kota metropolitan yang amat menarik untuk diterokai. Percayalah, bagi korg yg pertama kali datang ke Baku, pasti akan jatuh cinta dengan tmpt ni.
Untuk ke Azerbaijan, rakyat Malaysia perlu memohon visa samada secara online atau on arrival. Akk buat secara on9 yer harga 24usd sorg. Permohonan amat mudah, borang pun agak ringkas. Proses cepat dlm 1-2 ari visa akk dh dpt dr email.
Matawang Azerbaijan adalah Manat. So bleh bwk euro, usd, pound untuk tukar di airport nnti kerana di Malaysia akk cari2 xde jual plak kat area KL ni. 
Rate nya lebih kurang 1 manat = RM2.50

Tak ramai org yg akk jumpa di Baku yg boleh bercakap english dgn fluent atau setidaknya boleh berbahasa sedikit. Namun begitu, tidak perlu risau, walau mereka xboleh bercakap english dgn kte, diorg reply bahasa diorg, mcm ayam itik bercakap, namun effort utk tolong kte tu yg best. So far akk jumpa org yg baik2 jer kat Baku dan i'm feel very safe in Baku. Most of the time after 3pm, akk akn berjalan pusing Baku ni seorang diri sahaja selepas hantar nak ke hostel untuk rehat. Mak akk akan tlg jaga, akk sambung jalan beria2 posing sana sini.
Tempat paling happening dan sgt murah utk shopping adalah di 28 May underground market. Kat bawah ni mmg ttmpt local muda mudi shopping. Murah dan segala benda ada.
Date : 3-7 Dec 2017
Fly from Tehran to Baku by Buta Airlines : RM350/pax 
Accomodation : Azeri Hostel Family Room 4 malam : RM320 (High Recomended Location Staff Facilities Very Good)
Transportation : 
- Airport transfer return : 40manat : RM100/ percar
- Rental car 24 hrs : 110 manat : RM260
- Transport per car to Gobustan National Park : 15 manat : RM35
- Beli Fridge magnet 1.5 manat x 10 ketul : RM40

Antara tmpt yg uols bleh pegi just by walking sahaja. Satu hari leh pegi semua tmpt dlm list ni. Akk yg bwk anak ni peruntukkan 2 ari utk cover semua tmpt ni sbb bwk budak kecik ni melambatkan perjalanan kte. Semua tmpt yg akk gi ni free jer xde kene bayar pun.
1. Maiden Tower
2. City Boulevard
3. Baku Old City Walls
4. Fountain Square
5. Old City (Icharishahar)
6. Museum Centre
7. Hard Rock Baku
8. Shirvanshah Palace
9. Maryts’ Lane And Flame Towers
10. 28 May Street and Bulbul Avenue
11. Grand Stand F1 Baku
12. Milli Park
13. Mohamad Mosque
14. Opera vs Ballet theater
15. Berlin Bear Buddy

Untuk tmpt2 menarik yg agak jauh dr city centre, akk sewa kete sehari. Perlukan international driving lesen yer. Pastu left side drive tp xde ape besa sgt ok jer rasanya drive.
1. Atesghah Fire Temple 4manat (RM10)
2. Yanar Dag (Burning Mountain) 2manat (RM7)
3. Gobustan National Park / Mud Volcano / Rock Art Cultural Landscape / Gobustan Museum
4. Heydar Aliyev Centre
5. Baku Ferris Wheel

Klu uol rasa nak holiday mcm berada di europe tp dengan budget yg rendah, dtg lah ke Baku. Uols pasti akn jatuh cinta pandang pertama dgn Baku.
Utk melihat video dan info berkaitan Yanar Dag bleh tekan link dibawah:

Untuk melihat Video dan info berkaitan Gobustan National Park boleh tekan link dibawah:

Info berkaitan Atesghah Fire Temple bleh tekan link dibawah:

No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...