Friday, May 5, 2017

ISTANBUL TURKI


Salam syg buat semua friends FB dan followers mommypacker dan juga xlupa buat semua pembaca TravelogMamamia. Ok ni sambungan cerita dlm siri kembara di bumi eropah akk yg lalu selama 25 hari. 


Negara pertama utk pit stop adalah Tehran. Akk dh pun share pengalaman akk disana. Skrg akk nk share pit stop akk yg kedua iaitu Istanbul Turki. 



Istanbul adalah bandar utama di Turki yang terbahagi kpd 2 bhagian iaitu Eropah dan Asia di seluruh Selat Bosphorus. Its Old City mencerminkan pengaruh budaya banyak empayar yang pernah memerintah di sini. Di daerah Sultanahmet, terdapat Roman era Hippodrome selama berabad-abad, tapak perlumbaan kereta kuda, dan obelisk Mesir juga kekal. Ikonik Byzantine Hagia Sophia mempunyai kubah yg tinggi sejak dr abad ke-6 lg.



Akk menaiki penerbangan Pegasus Airlines iaitu low cost airlines dr Turki. Penerbangan amik masa 4 jam dr Tehran ke Istanbul. Di Istanbul akk pit stop selama 3 hari 2 mlm shj. Akk menaiki flight awal pg pd jam 3.30pg krn ingin maksimumkan masa di tehran. Jadi kene bijak dlm merancang jadual jika ingin berjimat tetapi nk pergi byk tmpt. 



Alhamdullilah jam 7.30pg akk slmt landing di Sabiha Gokcen Airport. Ni adalah airport ke2 di Istanbul agak jauh dr city center. Klu menaiki low cost airlines akn landing kat airport ni. Klu naik international airlines akk depart dan landing di Atarturk International Airport yg agak dekat dgn city center.



Jarak dr Sabiha Gokcen Airport ke city center amik masa 2 jam jgak bergantung kpd traffic. Geng akk ni seramai 4 org decide utk naik airport transfer shj yg akk dh deal dgn pihak hotel. Malas dan penat nk naik public transport so kasi can nk rest dlm kete jap. Kos one way dr airport adalah €50. Di istanbul kebanyakkan tour & kdai mewah menggunakan matawang euro dlm harga mereka. Tp klu nk byk guna Lira boleh jgak. Jadi kami pun share lah 50euro tu berempat.



Jam 11pg dpt msuk bilik check in awal. Best nye nikmat btol dpt rest melunjur kan kaki. Maklumlah dah pulun energy masa kat tehran smalam. Bilik yg ditempah utk quadraple mmg terbaek. Request bilik dgn view cntik. Email pihak hotel supaya kte sentiasa keep in touch dgn diorg. Dptlah bilik special kat tingkat atas skali. Tingkat atas tu ade satu je bilik dan Cafe utk breakfast. Yg lg best nye kitorg dpt kebenaran utk buat pantry kafe tu mcm rumah sndiri. So kat 5th floor tu mmg akk dan kwn2 konker jelah buat mcm rumah sndiri sbb mane ade org lain. 



Berikut rate penginapan akk di istanbul :

Seatanbul Apart Hotel
⁃ Lokasi 4* (10mnit jln kaki ke Blue Mosque dan Haghia Sopia)
⁃ Facilities 4* (Tp kli ade lift akk bg 5* terus. Sbb akk dok 5th floor nk view cntik punye psl tp xde lift jenuh gak lah)
⁃ Staff 4*
⁃ Room 4* (Bercih cntik dan selesa)
⁃ Breakfast 3* (Basic bfast)



Hari pertama di Istanbul selepas dh recharge energy rehat bagai, kul 2ptg akk dan kwn2 mulakan lawatan.

⁃ Blue Mosque
⁃ Hagia Sophia
⁃ Grand Bazaar & Arasta Bazaar
⁃ Topkapi Palace
- Basilica Cistern
⁃ Jln2 area europe side of Istanbul
Otw blik mlm tu singgah bazaar sayur dan buah2an utk beli brg nk masak buat mkn mlm. Normally kul 9mlm dh balik bilik. Kene jaga keselamatan jgak sbb kte perempuan yer. 



Hari ke2 di Istanbul sepatotnya jadual akk adalah ke Bursa tetapi kami kepenatan smalam dan terlajak tido bngun lewat so cancel ke Bursa. Sbb klu nk ke bursa feri gerak seawal jam 7pg. So dr hotel nk ke jeti feri amik masa 30mnit maknanya kul 6 akk dh kne smpi jeti. Tp xpe walaupun xde rezeki nk ke Bursa, kte tukar plan B plak. Tu yg best nye klu travel sndiri sesuka hati nk tukar2 plan.



So ari ke2 di istanbul akk tukar plan nk amik tour plak. Tour naik Bosphorus Cruise, Naik cabel car di Pierre Loti Hill, Golden Horn dengan hrga €27 seorg. Tu pun setelah sesi tawar-menawar. Harga permulaan €35. Hotel yg akk dok ni ade skali travel agent. Utk tour ni ade 2 sesi pg atau ptg. So akk amik yg ptg kul 2-5ptg. Pg tu akk gi grand bazaar lg pastu shopping lah mane kdai je jumpa shopping.



Utk tour akk kasi 4* utk bosphorus cruise. Tp ni time winter lah, sejuk ya amat dgn angin yg kuat. Ok 20 minit pertama dlm cruise ni je dpt bertahan dok kat upper deck yg open space tu. Lpas tingkat atas kosong dh semua sbb sume trun dok tingkat bwh yg tertutup ade heater. Sedap plak time ni dok dlm heater. Naik cruise ni amik masa 1 jam jgak lah. 



Menaiki cabel ke ke Peirre Loti Hill mmg lah sgt membosankan sbb xsmpi 2 minit dh smpi stesen. Rupanya cabel car tu pendek jer lalu atas kawasan perkuburan. Tp yg best nye kat sini adalah pemandangan dari atas hill ni nmpk satu istanbul dan mmg sgt cntik. Kemudian tour menaiki bas ni dibawa ke kawasan Asia Side of istanbul. Jln2 sekitar taksim. Dan kemudian dihntr blik ke hotel. 



Smpi di hotel rest secukupnya. Akk lepak hotel je. Kwn lain ade yg sambung menyoping. Akk arini turn masak, so mlm kedua akk masak kari ayam dan sup sayur. Sambal ikan bilis pedas mencengkam tu mmg buat selera terangkat lagi lah. Sambal ni bertahan smpi hari2 terakhir akk di italy tau. 



Hari terkahir di istanbul hari ni hari ke3. Program pagi ni spt biasa jln2 lagi mencari ape yg tak puas lg kat istanbul ni. Akk mcm biasa gi mane pun suka cari makanan je. Jln skit beli mkn. So akk xshopping sgt pun. Dugaan btol menahan nafsu shopping ni kan apetah lg dpt travel buddies kuat shopping lg lah akk rasa tergugat. 



Kul 11pg akk gerak ke ke Atarturk International Airport menggunakan transfer dr hotel shj. Sorg €5 so satu kete bsor €20 jelah. Perjalanan dr hotel ke airport amik masa 20-30 minit shj. Akk akan menaiki penerbangan Turkish Airline ke Heathrow London. 



Berikut akk perincikan berpelanjaan sepanjang berada di istanbul:

1. Tiket flight Pegasus Airlines Tehran - Istanbul = RM410
2. Penginapan di Seatanbul Apart Hotel utk 2 mlm RM400/4 org = RM100
3. Airport transfer pegi dan balik 
Sabiha Gokcen to hotel €50/4org = RM60 sorg
Hotel to Atarturk Airport €20/4org = RM25
4. Bosphorus Tour €27 sorg = RM130
5. Makan minum €20 sorg = RM100
6. Lawatan Blie mosque = Free
7. Lawatan Hagia Sophia = Kene byr tp sbb beratur panjang akk xjd masuk. Tgk dan posing dr luar shj
8. Lawatan tmpt2 yg lain sume free.
9. Duit shopping spend RM500 sbb beli turkish delight, kekacang, fridge magnet dan tshirts.



Ada apa dengan Istanbul?



1. Masjid Sultanahmet / Blue Mosque



Masjid paling gah yang menjadi antara mercutanda Istanbul. Dibina pada awal 1600, ianya menggabungkan elemen arkitektur Byzantine daripada jirannya, Hagia Sofia.



Masuk percuma.



2. Hagia Sofia



Merupakan gereja pada zaman pemerintahan Byzantine, ditukar menjadi masjid oleh Sultan Muhammad Al-Fateh setelah beliau menakluk Istanbul (Constantinople pada masa itu). Lukisan mural Kristian pada dinding Hagia Sofia tidak dimusnahkan sebaliknya hanya diplaster. Kini ianya dijadikan muzium dan campuran elemen Kristian dan Islam dapat dilihat disini.



Bayaran masuk 30 Lira.



3. Topkapi Palace



Istana Sultan Uthmaniyyah. Istana ini mempunyai beratus bilik, namun hanya sebahagian sahaja yang boleh dikunjungi pelawat. Selain artifak barangan kegunaan diraja, beberapa artifak penting dunia Islam dipamerkan disini termasuk jubah dan pedang milik Nabi Muhammad SAW.



Bayaran masuk 30 Lira.



4. Basilica Cistern



Sistem takungan air yang dibina pada zaman Byzantine. Antara lokasi penggambaran untuk filem Inferno.



Bayaran masuk 20 Lira



5. Grand Bazaar



Antara pasar tertutup yang terbesar dan tertua di dunia yang menempatkan lebih dari 4000 kedai didalamnya.



6. Spice Bazaar



Adik kepada Grand Bazaar, juga lebih dikunjungi warga lokal. Jikalau tak mahu pening kepala berjalan di tempat yang besar dan ramai orang, boleh berkunjung kesini.



7. Bosphorus Cruise



Menaiki feri merentas selat Bosphorus yang menghubungkan Istanbul Eropah dan Istanbul Asia.



8. Tunel



Antara keretapi bawah tanah tertua di dunia yang menyambungkan stesen Karakoy dan Beyolgu.



9. Menyantuni kekucing



Di Istanbul, kucing sangat banyak, gebu dan besar-besar. Orang Turki sangat sayang suka melayan dan memberi mereka makan. Ikut jugalah cara mereka, jangan tersilap pegang anak anjing sudah lah.



10. Salt Bae



Ok yang ini akk tak pernah jumpa, kalau ada yang pernah selfie dengan dia cuba post kat komen.



Oklah stakat ni shj catatan perjalanan akk dibumi istanbul turki utk kali ini. Insyallah tahun dpn akk akan kesini lg utk misi jelajah eropah edisi ke3 dengan lebih mencabar dan pastinya mencari sesuatu pengalaman yg baru. Nantikan sambungan akk di london nnti krn dr istanbul akk akn fly menaiki Turkish Airlines ke Heathrow London.


Jom layan beberapa moment akk selama berada di istanbul.....

No automatic alt text available.

Dari tehran akk menaiki Pegasus Airlines utk ke Istanbul. Oklah flight ni selesa...Low cost airlines mcm AA jgk.

Grand Bazaar tmpt wajib pegi kat istanbul. Syurga shopping disini. Rasanya dibagi sehari pun xckup nk jelajah tmpt ni. Akk rasa dpt msuk 4-5 lorong je. Klu xsilap ade lebih 50 lorong kat sini 



Background pic....BLUE MOSQUE..




Berejam kat kedai ni ngah deal postage lampu2 yg cntik gilos ni. Akk2 dlm trip ni dh meroyan nk beli... Tp memandangkan istanbul br pit stop ke2 kitorg selepas Tehran, ade 8 negara lg nk redah, nmpknye hasrat nk mengangkot lampu2 ni kecundang lah.

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and indoor
Cntik bangat kan lampu kat sini buat hiasan kat umah... Rohaizah Raz Zana Rosli Adeline Suhaimi smpi terbawak2 mimpi psl lampu ni.

Image may contain: 1 person, smiling, sky, shoes and outdoor
Hagia Sophia adalah sebuah muzium yg dah berusia beratus tahun... Cntik kan bangunan kat blakng akk tu...

Image may contain: 2 people, people standing and drink
Menapak skit beli mkn... jln skit kedepan beli lg mkn... Sbb akk mmg suka try food kat negara org...

Image may contain: 2 people, people standing
Benda wajib beli bila dtg turki adalah turkish delight..... Mkn smpi kenyang free testing segala mcm siap dgn air teh... xckup minta lg diorg layan jer janji korg beli 

Image may contain: 4 people, people standing
Borong tshirts plak. Rasanya kat kdai brother ni lebih 30 helai tshirts kitorg borong..... 
Berkampung kat sini... 

Image may contain: 5 people, people standing
Beratur bang aiii nak masuk basilica cistern.

Image may contain: 3 people, people standing, tree and outdoor
Malu bertanya sesat jalan kannnn.....
Akk mmg rajin bertanya.... Peramah pun ye jgak.....

Image may contain: 3 people, people standing, shoes, hat and outdoor
Atas bukit pun mkn lagi... Sweet corn panas2 mmg sedap plak

Image may contain: 1 person, outdoor and close-up
Nak naik bosphorus cruise....Atas kapal sgt sejuk ok...serius ni bkn main2...-2'c tau dgn angin bertiup kuat...

Image may contain: 1 person
Pilih lah pakej mane yg korg nak. Pilih sblm beli tiket tu...

Image may contain: 3 people, people smiling, hat and outdoor













No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...