Thursday, May 4, 2017

TRIP JELAJAH VIETNAM NOV 2016

Coretan Trip Jelajah Vietnam 10day bersama 2 org anak 30/10 - 8/11/2016


Semua yg ditulis adalah ketika masih dlm trip. Akk letak dlm satu fail sbg kenangan so post ni akk C&P je ape yg tertulis dlm hp akk. Trip ni akan menjadi kenangan akk nnti sbb mmg ianya menguji mental fizikal akk travel bersama 2 org anak secara bacpackers.


Kl - Hanoi - Dalat - Nha Thrang - Danang - Hoi An - Hue - Danang - KL
(Saigon, Muine & Vungtau akk xgi sbb dh pegi trip2 sblm ni.)


Trip jelajah vietnam Day 1 by Mommypacker
1.00mlm-Berkampung di klia2 cost naik Grab Taxi dr cheras RM75 utk satu kete.
2.00pg-Smpi klia2 lepaking smbil kids buat honar kat airport
4.00pg-Wrap luggage cost RM15.60 pastu drop luggage. Settle trus ke boarding gate.
5.30pg-Fly to hanoi cost one way tix by AA RM140 exclude luggage, insurans dan meals
Add ons cost - RM120(25kg,insuran&meals)

*Penerbangan dr kl ke hanoi amik masa 3 jam 30 minit
*Waktu dihanoi kurang sejam dr msia. 
*Smpi dihanoi, akk dh booked taxi. Xleh naik bas sbb kids dah lemau tahap gaban. Dia punye ngantok smpi xnk trun flight. So naik taxi USD18=RM75
*Check in Hotel Cheering Hanoi kat area old town utk 2 mlm cost USD46.80=RM196.60
*Cuaca agak dingin sesedap rasa sejuk nye sbb diutara vietnam sejuk berbanding klu go HCM atau vungtau. Nnti bile dh naik ke tanah tinggi di Dalat cuaca berkabus dan lg sejuk dr hanoi.


Day 2 trip jelajah vietnam by mommypacker
1. Melawat Tasik Hoan Kiem di tgh2 bndr Hanoi. cost free..... Dr hotel ke tasik walking dlm 15mnit
2. Melawat Ngoc Son Temple yg famous dgn icon white tiger tu.....dekat dlm tasik hoan kiem tu cross jambatan merah. Masuk kene byr 15,000dong
3. Hanoi Street Food
4. Dong Xuan Market (Wholesaler) bkn mcm kenanga kat kl tu tau. Dia kedai2 tepi jln sepanjang jln berlorong2. Rambang mata xtau nk beli. satu jln jual spesis brg yg sama jerrr. Harga diorg letak mula2 mahal. pepandailah tawar klu berkenan. 
5. Nisa Restaurant yg dulunya owner org msia tu skrg dh xde kdainye. Menapak punye jauh nk gi mkn skali kdai dh xde.
6. kat sebelah je lorong hotel ade restoran halal PK Spice serve indian, pakistan food. Restoran cntik selesa toilet pun bersih sgt. Harga food pun berpatutan. Akk anak beranak mkn set combo 1 price 150,000 dong.... tp tmbh lg ayam goreng crispy 85,000 dgn mango lasi 35,000
7. 2 jam akk berjalan akhirnya mia tewas juga. dia xlarat makanya akk kene lah dokong dia smpi hotel.


Jelajah Vietnam Day 3 by Mommypacker (Hectic Day)
8.30 pg - pickup at hotel by agent yg akk dh booking utk tour halong bay full day
9.00 mlm - smpi hotel dengan lemau nye

Note:
1. Price utk 1 day halong bay tour Usd45 utk pakej deluxe. Ape beza superior dgn deluxe adalah bus&boat serta service.
2. Travel agent punye berlambak sepanjang old quater kat hanoi ni. So korg blwh survey lah sehari dua sblm plan nk gi halong bay. Akk tanya 2-3 agent harga rate antara usd 60-80. Aik mahal lah plak. Sbb tourist org luar yg deal. So akk booked dgn kaunter hotel je. Suruh hotel bookingkan dpt murah terus usd45
3. Perjalanan dr hanoi city ke halong bay 4 jam utk 170km. Lama gler dok dlm bus sbb jln diorg xde hyway so kne meredah byk province dan klu perjalanan lncar xde traffic jam bleh smpi dlm 4 jam klu tak lg lama lah.
4. Akk amik pakej deluxe so utk mia dan fayyadh no charge sbb dia bg kowtim free utk mia. Selamat diorg free. Tp klu amik superior mia kene byr 50% dr harga dewasa usd40. Sbb free utk kids 4thn kebwh shj. Mia dh lebih 4thn setengah.
5. Smpi di halong bay lebih kurang 12.30tghari tiket nnti agen uruskan. Pastu trus masuk boat. Lunch dh disediakan. Akk dh request awal2 masa booking utk lunch akk anak beranak no meats.... just seafood, fish & vegie.
6. Tour di halonng bay mkn masa 4 jam cruising. Lepas lunch bleh naik level atas boat layan view sbb halong bay ni termasuk dlm Unesco World Heritage.
7. Klu korg amik pakej bermalam dlm cruise pun best jgak sbb yg pakej ni boat nye lain. Lg exclusive dan besar. Tp hrga nya pun mmg mahal lah.
8. Ade 2 pit stop masa naik boat. Fishing village dan gua yg akk xingat nama nye. Gua ni one way ok, so klu nk masuk pastu dh jln suku, xleh patah bik sbb one way. Kne teruskan jgk. ade 400 stairs utk hiking gua ni.
9. Kat fishing village lepak2 smbil layan view atupun bleh naik sampan atau kayak yg harganya 40,000dong.
10. Sblm masuk halong harbour, iaitu jertty utk naik criuse, korg akan cross jambatan yg mane disebelah kiri adalah new land of halong yg mane dimiliki oleh seorg usd billionair yg pertama dr vietnam. So byk boat cruise kat halong bay tu dia lah yg punye. Kat sebelah kanan jambatan plak ada oyster farm yg dimiliki oleh local people. Mmg murah harga oyster yg fresh ni bleh dpt usd1 utk sekilo.
11. Kul 5ptg local time abis tour halong bay, meredah lg 4 jam utk balik smula ke hanoi. Kul 9 mlm br akk smpi hotel. Jgn lupa klu korg gi mane2 tour, tips jgn lupa bg ye. Klu tak muka crew tu mmg mcm muka kesian. Hahaha
12. Dr halong utk cross ke border china hanya 2 jam shj perjalana. So next time korg bleh plan trip hanoi pastu ke china trus.

*Arini fayyadh mabuk laut. Dah nak blik ke harbour tetiba dia muntah yg byk sgt. Pas muntah, muntah lg dan muntah lg. So akk pun mmg bau muntah jelah baju dh masam. Naik bas nk blik hotel, fayad muntah lg smpi lembik sbb dia lapor tp bila mkn skit muntah blik. Nasib akk mmg dh prepare bwk pelbagai jenis ubat. So akrg fayad dh tido sbb dia pun lemau kepenatan. Mia je still hyperactive.
*Mia plak arini terkencing dlm seluar kat dlm bas otw ke halong bay sbb dh xtahan. Kat hanoi 4 season so skrg nk msuk winter mmg agak sejuk dan berangin. Mia ni asyik nk terkencing je plak. So akk mmg dh prepare baju dan extra pampers utk kes2 tertentu mcm ni.

Jelajah Vietnam Day 4 by Mommypacker
Setelah semalam Fayydh kene sindrom muntah2 sepanjang perjalanan pulang dr halong ke hanoi, di bawa pulak mia demam panas dr mlm tadi sehingga ke arini, jadi program pg ni dibatalkan atas faktpr kesihatan anak2. So akk cancel nk smbung jejalan di hanoi city. Tp pg kul 7 akk trun bwh hotel sekitar lorong kat hotel ni utk beli sayur utk buat sup.
So kul 1 tghari akk checkout dr Cheering hotel hanoi utk ke Noi Bai International Airport utk fly ke Dalat menggunakan penerbangan Jetstar pd jam 3.30ptg. Transfer ke airport suruh hotel yg arrange sbb anak demam so xleh nk gi jln kaki. Sbb mia pun terbaring je lat stroller, fayyadh plak akk kene dokong.
Tp malangnya bile smpi airport dh siap checkin, flight plak delay smpi kul 5ptg br fly dan smpi ke Dalat 7.30 smpi airport dah mlm. Kat sini 5.30ptg dah gelap sgt.
Smpi airport, trus amik teksi utk ke Trung cang Hotel di Dalat city. kos dr airport le hotel 360,000 dong pkai meter taxi. agak jauh jgak dr airport ke pekan menaiki bukit mcm nk gi cameroon tu. Dah lah mlm gelap gelita cuak jgak dgn keadaan hujan lg.
Kul 9.00 mlm akk smpi hotel trus checkin. Time ni keadaan amat super kebuluran. Anak2 dah kepenatan dan kelaparan. Mia dlm proses nk recover dr demam. Fayyadh plak alhamdulillah dh xde muntah2. Smpi hotel trus buat mi sup segera sbb tu yg paling cepat masak bebudak dh lapar kesian. Lepas bg bdak mkn brlh akak dan mak mkn nasi dan sup sayur panas2 kat tmpt sejuk ni. Huh lega rasanya.....
Selesai semu uruskan anak2 bg ubat kat diorg siruh tido sbb besok awal pg nk join group utk dalat city tour. Cadangnye nk buat tour sendiri tp memandangkan hujn xhenti trun, jd akk join je tour yg ade sorg 249,000 dong 1 day dalat city tour include lunch dan mia kene byr 70% dr harga dewasa. Masa akk booking tour ni, akk beli skali tiket bas utk ke Nha Thrang pd 4/11 jam 1tgahari.
Mlm ni akk anak beranak tido awal sbb penat ya amat melayan anak xsihat. Nasib dlm flight semuanya tido. Tp masa flight delay kat airport, ya rabbi, menangis meraung bagai.
Tido awal, sbb nk recharge energy utk besok plak dgn harapan mia akan cepat sembuh dr demam panas.

Jelajah Vietnam Day 5 by Mommypacker
Arini bfast di hotel dah include. Roti kepok besor mcm kat france tu mmg famouse kat vietnam ni. Akk anak beranak mkn roti tu cicah kopi jelah selain bread toast dgn jam. Semalam hujan lebat sehinggalah ke pg ni. Terfikir mcm mane nk buat city tour ni.
Jam 8.30pg van pickup utk dalat city tour. Agent akan pickup dr byk hotel smpi penuh lah satu van. So join tour mmg best dpt kenalan dr mcm2 bangsa dan negara.
Kemana akk gi utk city tour ni dgn harga 249,000 perperson, meh sini akk habak skit.
1. Dalat Cathedral (yg ni akk xtrun dr van pun sbb hujan renyai2, lgpun dgn bdak. Pastu just nk tgk bangunan church je)
2. Art House Gallery
3. The Old Railway Station
4. Showroom Flowers
5. Valley of Love
6. Stop over at Da Lat jam workshop to enjoy & taste specialties yg ade kat Dalat

12.00 - 12.45 tghari having lunch dah include dlm pakej tour. Akk dh request vegeterian food shj.
1.30tghari smbung tour smpi kul 4ptg utk melawat ke tmpt berikut:
7. Datanla Waterfall (akk naik roller coaster lat sini byar lain harga 70,000 berdua dgn mia)
8. Buddist Meditation Monastery & Arafise Lake (hujan lebat akk xtrun dr van. Lgpun tmpt buddha. Dan fayad plak tido dlm van)
9. Robin Hill (akk naik cable car 50,000dong sorg, mia 30,000)

Abis tour akk suruh driver stop akk kat Pasaraya BIG C utk beli stok mknan dan shopping sbb murah. Kul 5.30 ptg smpi bilik naik teksi dr big c. Klu xhujan bleh je jln kaki 1 km je tp faham2 jelah kan. cost taxi 17,000dong
Shopping kat big c akak abis 1,200,000 dong. Mlm ni akak masak sodap skit. sbb dh shopping kat big c td. Goreng ikan tenggiri dgn sup cendawan lg tu. Br lah anak2 selera mkn ade ikan klu tak asyik kasi sayur je.
Ok smpi sini dulu coret akk utk arini. Doakan akk selamat smpi ke pengakhiran penjelajahan.

Trip Jelajah Vietnam Day 6 by Mommypacker
Setelah semalam mendapat perkhabaran yg kurang bagus bahawa jalan utama ke Nha Thrang berlaku tanah runtuh sbb musim hujan disini. Byk lawasan dibahagian utara vietnam dinaiki air dan banjir. Makanya tiket bas yg telah akk beli dr The Sinh Tour utk ke Nha Thrang telah dibatalkan atas alasa mn bas atau kenderaan lain xdpt melalui jln tersebut sehinggalah ianya diperbaiki. Jadinya puaslah akk mencari cr bagaimana caranya nk ke Nha Thrang sbb akk dh booking tiket train. Dipendekkan cerita pd jam 11.00pg akk diberitahu yg jln sudah boleh dilalui skit krn batu2 yg besar sudah dialihkan. Makanya senanglah hati akk ni klu tidak mcm2 cara akk fikirkan nk kuar dr dalat ni.
Setelah akk berjaya dptkan tiket sleeper bas ke nha thrang pd jam 2pm yg mengambil masa 5jam dr dalat, akk pun checkout siap2 dan tinggalkan luggage di hotel.
Kul 11.30pg akk kuar hotel cr taxi utk ke Crazy House. Antara 10 rumah terpelik yg ade kat dunia ni yg di list oleh tripadvisor. So dtg dalat mesti kene dtg sini tgk sndiri. Cost naik teksi ke sini 26,000dong dan tiket masuk ke crazy house 40,000 adult. mia fayad free msuk. Balik pulak akk menapak sikit lah sehingga ke jln besar smbil layan2 view pekan dalat ni. Pastu naik teksi blik hotel smula sbb kul 1.30 bas pickup utk ke Nha Thrang. Taxi blik 17,000dong
Tiket sleeper bas ke Nha Thrang dr Dalat 125,000 dong perjalanan 5 jam. Mia bleh je naik free tp akk amikkan dia seat sendiri kasi lebih selesa so senang dia nk tido nnti. Kul 2 dr dalat smpi Nha Thrang kul 7mlm.
Ape lagi bermula lah sesi berkejaran sbb akk kene amik teksi dr tmpt bas ke train station sbb kene check in 30minit sblm time sbb train ni mmg on time ye xde tnggu walau seminit pun. Hujan turun dgn lebatnye di nha thrang akk meredah hujan dgn 5 beg dan 1 stroller mencari taxi tp ramai sungguh yg tlg akk faham kan brg yk dgn kids lg.
Alhamdulillah akk sempat smpi di train station jam 7.25 mlm. Kat vietnam 5.30 dah gelap gelita ye. Lega rasa gate train blom bkak lg. Semput gak lah berkejaran arini. 7.30 tepat gate utk boarding dibuka, ape lg mari kita berkerumun masuk lah dgn brg2 yg byk. Masuk je akk trus gi toilet mandikan fayad sbb dia poop plak....
15 minit kemudian train pun smpi, kitorg trus naik lepas check tiket. Akk gerabak no8 seat 25 & 26 katil bawah dan 27 katil atas utk mia.

Dlm train akan mereput selama 10jam. Dlm dock ade 6 katil so lg 3 katil tu org2 yg lain lah share dlm dock kite tu. Dh settle susun brg semua, kids pun dah dok elok2, akk pun ape lg buatkan maggie sup jelah utk diorg sbb dh kelaparan seharian xmkn dr naik bas td. setiap gerabak ade disediakan toilet, sinki dan tmpt air panas air sejuk. Air mineral juga akan diberi.
Budak2 dh kenyang, mandikan mia plak, ok kasi diorg main2 dulu sejam kemudian 2 org budak ni tido dgn aman nye sehinggalah smpi. Bebudak dah tido masa akk plak utk mkn. Buat air kopi cocah dgn biskut. Sedapnye sejuk2 ni minum air panas. Sejuk ok dlm train ni....
Kul 7pg akk selamat tiba di Danang Train Station. Alhamdulillah.....

Trip Jelajah Vietnam Day 7 by Mommypacker
Alhamdulillah selamat smpi di Danang arini kul 7pg. Lepas dh dpt taxi trus ke hotel utk check in sbb dh request utk early check in kat Dana Pearl 2 Hotel btol dekat dgn Han River.
Dr train nk ke hotel dlm 10-15 mnit shj. Cost ke hotel 27,000 dong. Byk saje teksi saje menunggu dpn train station so senang lah kan.
Smpi hotel rest sgn secukupnya sbb bdan sakit2 mlm td xbrapa nk tido dlm train. Lepas dah sejam rest mandi2 semua, akk kuar gi cari tour utk ke Hoi An. Klu nk naik teksi saje pun boleh. Tp akk saje nk join tour group nk dgr ape dia cite. So akk booking dgn Danang Travel. Akk pilih trip kul 4 ptg ke mlm sbb leh layan sunset kat Hoi An dan mlm di sana cntik dgn lantern. Cost utk join group termasuk dinner 500,000 dong seorg. Mia fayad free.
so nak tnggu 4ptg lmbt lg, nk tido kat hotel pun mata xleh lelap, makanya akk gi shopping kat Han Market jalan kaki jer dr hotel 5-10 minit je dekat sgt. Nak shooping ikan masin, udang kering, kekacang, baju, kasut, souviner etc semua ade kat sini. Pepandailah bargain yerr
Sejam jejalan kat han market, akk beli baju bebudak dah abis nk pkai semua dh kotor xsempat basuh jadinye beli je lg 3 psg sorg. Pastu beli lah buah mangga 50,000dong sekilo dptlah 3 biji sedap manis. Beli fridge magnet dan skit souviner.
Settle kat han market, gi jejalan sekitar bndar danang sepanjang waterfront han river. Han River ni dpn hotel akk je btol2 mengadap. Cantik pemandangan waterfront nmpk han bridge dan dragon bridge.
Kul 12 perot pun dah lapor ape lg mr google tlg akk carikan restoran halal sbb malas nk masak kat hotel lgpun stok mknan dh nk abis pun. Skali jumpa lah Mumtaz Restaurant Halal Indian Crusine ni. Huh leganya syukur sgt dpt mkn nasi lauk pedas kari ayam naan tandoori. Dekat jer dgn hotel jalan kaki 5-10 minit jgak. Balik hotel smula utk rest sejam sblm van tour pickup jam 3.30ptg.
Kul 3.30 van puck utk tour ke Hoi An Ancient City. Dr danang nk ke hoian amik masa 45minit. Sblm smpi ke hoian akan pit stop kat tmpt ukiran patung marble tu dan pit stop dekat Marble Mountain.
Kul 5.15 ptg tp sbnrnya kat sini dh gelap sgt akk smpi lah di Hoi An. Cntik tmpt ni dipenuhi lantern mewarnai langit gelap. Boleh menaiki sampan smbil letakkan lantern candle korg dlm sungai. Panjang sgt klu nak akk cite sume pasal Hoi An ni. Korg nk tau lebih google jelah yer.
Kul 8 gerak blik ke hotel. San akk rest lah kepenatan sbb mlm ni bebudak mengaruk meragam jer. Kat Hoi An byk jual toys apelg bebudak buat perangai menangis melalak. Hujan plak turun xhenti2.... Sekejap je hujan stop dlm 30 mnit pastu hujan berterusan. Akk terbatas nk explore keseluruhan hoi an lg pula nk snap gmbr air hujan kacau plak.
Kul 8.40 akk smpi danang dan stop kat waterfront utk tgk dragon bridge tu kuarkan api dr mulutnya. Hanya utk hari sabtu dan ahad je tau nk tgk dragon ni kuatkan ape. Punyelah ramai org dh tnggu kat tepi han river ni nk tgk. Lepas dpt tgk jalan kaki balik hotel dekat je.
Smpi hotel time to rest dgn secukupnya utk sbb besok nk guna byk energy lg.

Trip Jelajah Vietnam Day 8 by Mommypacker
Arini akk ke Ba Na Hills. Gerak dr hotel 8pg ke Ba Na Hills dan perjalanan amik masa 45minit.
Smpi di sana, taxi akn drop kt bwh je pastu kene naik cable car tanpa henti terpanjang di dunia iaitu selama 17minit. Sepanjang menaiki cable car ni korg akn menikmati pemandangan yg superd cntik tp time akk gi kabus ya amat tebal susah nk snap gmbr ditambah lg cuca kejap2 trun hujan.
Ba Na hills ni umpama kota perancis lah mcm kat colmar bukit tinggi tu tapiiii ni lg best lg cntik dan lg besar.
Akk spend time kat sini smpi kul 3ptg pastu blik smula ke danang utk ke My khe beach. Skrg ngah ombak tinggi so byklah kaki surfing mat salleh lepaking sepanjang pantai ni. Lgpun danang br je lepas menganjurkan 5th Asean Beach Games kat pantai ni.
Tu je tmpt akk gi arini sbb lepas kul 5ptg nk gi tapau mkn kat mumtaz restoran lg.


Day 9 in Vietnam.... 

Dah xsabar nak balik msia....


Jom layan beberapa pic yg akk nk share dgn uols sepanjang berada di sini.

Image may contain: 2 people, outdoor
Nak dpt amik gambar bertiga mcm ni mmg susah sgtlah...gigih meraih simpati minta tlg org amikkan gambar. Pic ni kat tgh2 bandar Hanoi. Paling gigih akk jln2 satu town jln kaki shj. Tp klu anak dh penat xlarat nk jln, so kenelah tahan teksi balik hotel.

Image may contain: 2 people, people standing, text and outdoor

Halong Bay Day Trip......fuh mmg mencabar dan memenatkan. Jauh ya amat. 

Image may contain: mountain, sky, outdoor, nature and water

Tak dpt merasa nak naik sampan ni kat halong bay sbb bawak 2 org anak yg ngah hyper tu. Kang bahaya plak diorg xreti dok diam dlm sampan tu.

Image may contain: 3 people, mountain, sky, outdoor, nature and water

Kat sini bolehlah suruh crew2 kapal kita tu amikkan gmbr. Ni kat gua akk xnaik. Dok bwh jelah smpi group semua smpi. Fayyadh sukalah masuk gua tu, tp Mia mmg xkan lah nak masuk penakot alam tu...

Image may contain: 1 person

Sleeper bas. Suasana dlm bas yang akk naik dari Dalat nak ke Nha Thrang. Fayyadh xreti dok diam asyik merayau je dlm bas xmau tido.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Suasana dlm gerabak train. Perjalanan 10 jam dr Nha Thrang ke Danang. Nasib sepanjang mlm perjalanan ni budak tido dgn nyenyak nye...

Image may contain: outdoor

CRAZY HOUSE di Dalat.......Mmg crazy rumah ni...

Image may contain: 2 people, people standing, shoes and outdoor
Ba Na Hills di Danang....L;u nak rasa sejuk atas bukit tempat cantik mcm kota france, bleh lah kesini. Tp tix masuk mahal lah skit yer...Tmpt sumpah mmg cntik sgt berkali ganda cntik dr Colmar Tropicar kat Pahang tu.














No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...