Tuesday, July 9, 2019

MELBOURNE ROADTRIP 8H6M (KEINDAHAN NEGARA KANGGAROO)

AsSaLAMuaLAiKuM ChUoLSsSsS......



Halo halo halo...... lama kan akk tak bersiaran. Huhuhu nasib blog xsempat bersarang spider lg. Its normal ok klu dah blik trip 5-6 bulan, tp kat blog xupdate story mory berkaitan trip lepas. Ok kali ni nak fokus cite psl trip MELBOURNE 2.0 plak yer. Memandangkan lately byk plak geng2 akk yg nak holiday ke negara Aussie, so kenelah kite pantas update details yg berkaitan.

Pada bulan April 2017 akk dah gi Melbourne jgk tp time tu fokus trip lain skit sbb nak wat roadtrip menggila bermula dr sydney kemudian balik semula ke KUL drpd Melbourne and time tu akk depart dr main terminal iaitu Tullamarine Airport di melbourne city. So klu nak tau story giler akk masa wat roadtrip sydney to melbourne tu chuolsss leh tekan link ni https://travelogmammamia.blogspot.com/2018/12/roadtrip-sydney-ke-melbourne.html

So nak dijadikan cerita, pada bulan Julai 2018, tetiba AirasiaX buat hal sbb diorg bagi tiket RM551 return ke Melbourne. Perjalanan Kul - Mel amik masa selama 8 jam tau korg. 8 jam tuuuuu....tiket plak harga mmg menggila tahap murah punyer....Promo tersebut Airasia buat sempena perpindahan airport landing bg penerbangan low cost carrier spt Airasia, Jetstar,dll. So time tu tanpa berfikir panjang, tanpa bertanyakan pd ahli keluarga, akk pun gamble jer beli tiket untuk semua ahli keluarga. Niat dihati gitu nampak baik sgt kan...nak bwk family bercuti ke Aussie gitu. So makanya dengan pantas akk pun belilah 5 tiket dewa, 2 kanak-kanak dan 1 baby Total 8 pax semuanya. So lepas beli tnggu jelah smpi masa MAC 2019 untuk kite fly ke Melbourne 8 bulan gak menunggu. Date ni akk pilih sbb nak kene time cuti sekolah penggal pertama. Maklumlah dak mia tahun ni dh masuk darjah 1 so kene berkira jgaklah bila time cuti. Asyik ponteng sekolah je ni mama dia ajar katanya.

Harga tiket return kul-mel-kul
Ok trip kali ni xdelah gelabah sgt sbb tempat dah pernah pergi kan cumanya kali ni kite fokus di kawasan VICTORIA sahaja. Route perjalanan adalah seperti dibawah. Mcm mane nak gi ke tmpt2 lawatan seperti jadual tu, ape lg search saje di GPS atau waze saje. Mostly tu sume tmpt popular so senang nak cari.



JADUAL TRIP MELBOURNE 21-28 MAC 2019 (8 HARI 6 MALAM)

21/3/2019 KHAMIS 
10.00 mlm Dijangka tiba di Avalon Airport Melbourne
11.00 mlm Settle urusan luggage dan kereta sewa di airport
11.30 mlm Check in Cario Bay Motel di Geelong hotel 10 minit dr airport (recommended)

22/3/2019 JUMAAT 
8.00 pg Menyediakan makan pagi di hotel untuk bekalan
10.00 pg Checkout dan mulakan tour 
10.30 pg Halfday tour ke WERRIBEE OPEN RANGE ZOO

1.30 ptg Singgah solat jamak zohor asar di Masjid Geelong
3.00 ptg Gerak menuju ke APOLLO BAY melalui coastal way 
Torquay - Bells Beach - Anglesea - Kennet River
7.00 mlm Dijangka di di BIG4 Apollo Bay Pisces Holiday Park (high recommended)
Check in rehat prepare dinner

23/3/2019 SABTU 
8.00 pg Sediakan bfast dan bersiap
10.00 pg Checkout dan tour GREAT OCEAN ROAD (GOR)
Cape Otway Lighthouse - 12 Apostle - Loch Arch Gorge - Warrnambool - Port Fairy
4.00 ptg Bergerak menuju ke BALLARAT perjalanan 3 jam
7.00 mlm Dijangka tiba Eureka Stockade Holiday Park (recommended)

Check in dan rehat

24/3/2019 AHAD 
8.00 pg Menyediakan makan pagi di hotel untuk bekalan
9.30 pg Checkout dan mulakan tour
10.00 pg Dijangka tiba di SOVEREIGN HILL
2.00 ptg Bergerak pulang ke Melbourne City
5.00 ptg Singgah di Naturipe Fruits amik masa disini selama 1 jam shj
Layan sunset di ST KILDA. Jalan-jalan sekitar kawasan st kilda
Luna Park - St Kilda Beach - St Kilda Esplanade Market - Palais Theather - St Kilda Pier - 
Eureka Skydeck – Royal Botanic Garden
8.00 mlm Check in di Melbourne HFN Apartments aktiviti bebas (view awesome)

25/3/2019 ISNIN 
9.00 pg Selepas bfast, bergerak menuju ke Pulau Phillip 
10.00 pg Perjalanan dari Melbourne city ke Phillip Island ambil masa 2 jam setengah 
12.00 tghari Singgah di Peguin parade – chocolate factory – nobbies center - San Remo
2.00 ptg Dijangka tiba di A Maze & Thing di Phillip Island
8.00 mlm Pulang semula ke Melbourne city singgah di Brighton Bathing Boxes 
Shopping di Chemist Warehouse
Selesai shopping balik apartment semuala aktiviti bebas

26/3/2019 SELASA 
8.00 pg Bfast di apartment
9.00 pg Shopping souviner di Queen Victoria Market
11.00 pg Gerak menuju ke Puffing Billy Railway perjalanan amik masa selama 1 jam
4.00 ptg Shopping di DFO South Wharf
6.00 ptg Window shopping di Elizabert Street
8.00 mlm Aktiviti bebas

27/3/2019 RABU 
9.00 pg Checkout dan ready utk hari terakhir di melbourne
10.00 pg Jalan di sekitar bandar Melbourne
Salt Pink Lake - Eye of Melbourne - Marvel Stadium – Dockland Port - Flinders Street Station - Yarra River 
2.00 ptg Solat di City Mosque
3.00 ptg Singgah di Royal Archade 
Window shopping di Chinatown dan Melbourne Central
7.00 mlm Gerak ke Avalon Airport perjalanan 1 jam
8.00 mlm Ready untuk check in dan drop luggage
10.45 mlm Fly back to KL


28/3/2019 KHAMIS
4.00 pg Safely arrive at KLIA2

Berdasarkan jadual kat atas tu, antara tempat- tempat yang dikenakan tiket masuk adalah :-

Utk lebih details senarai tiket masuk boleh tekan link berkaitan

1. Weribbee Open Range Zoo - 37aud (adult) 19.50aud (kid 5-12) 

https://www.zoo.org.au/werribee
2. Sovereigh Hill - 57aud (adult) 25.60 (kid 5-12) 

http://www.sovereignhill.com.au/
3. Cape Otway Lighthouse - 19.50aud adult 7.50aud (kid 5-12) 

https://www.lightstation.com/
4. A maze n thing - 46aud (adult) 

https://www.amazenthings.com.au/ 
5. Puffing Billy Train - 59aud (adult) 39aud(kid) return tix belgrave-lakeside
https://puffingbilly.com.au/

Berikut pula merupakan kos penginapan bagi tempat2 berkaitan :-

1. Cario Bay Motel Geelong (1 mlm) RM285 X 3 QUEEN BED ROOM (Total RM855.00) 6 PAX
2. Eureka Stockade Holiday Park (1 mlm) RM390 X 1 STANDARD CABIN FOR 6 PAX (Total RM390.00)
3. Big4 Apollo Bay Pisces Holiday Park (1 mlm) RM620 X 1 CABIN WITH 2 BEDROOM FOR 6 PAX (Total RM620.00)
4. HFN Apartment (3 mlm) RM590 X 1 APARTMENT 2 ROOMS FOR 6 PAX 3 NIGHTS (Total RM1770.00)

TOTAL COST PENGINAPAN KAMI SEKELUARGA = RM3,635.00

Kos pengangkutan :-

1. Sewa kereta Full Size Van KIA CARNIVAL 7 Seat unlimited milleage Auto selama 7 hari full coverage RM1,470.00 
2. Minyak petrol  RON95 (3x isi minyak penuh) RM570
3. Parking dan tol (dlm city mostly sume tmpt kene byr parking) RM96
4. Sewa GPS 7 hari RM250

TOTAL COST PENGANGKUTAN = RM2,386.00

OK.....skrg sampai masanya kita layan plak gambar2 awesome sepanjang perjalanan trip ni.


OK dah bersiap sedia....Checkpoint 1st di KLIA2

YEAHHH...we are arrive at Avalon Airport after struggle 8 hrs

Happy fresh...
Day2 dh ckup rehat selepas smalam seharian perjalanan lewat mlm br dpt check in.
Pg2 kids still happy xmeragam lg

Singgah di HALAL MART geloong city. Di geloong byk jgk komuniti islam

Menaiki tram panjang layan wild animal di Weribee Open Range Zoo
Ni waktu yg sesuai untuk bonding time dgn kids...
Diorg suka tmpt ni. Mmg rare tgk zebra sebelah kiter jer
Unta siap julur kepala masuk dlm tram lg
Masjid Geelong yg juga merupakan islamic centre bg masyarakat muslim di sini.
3x teragak2 nak masuk dlm kawasan masjid kerana tiada signboard mengatakan bangunan ni sebuah masjid kerana rekabentuk nyer seakan gereja. Tetapi pak waze kata you have been arrive. Rupanya mmg asal bangunan ni adalah sebuah gereja. Masuk dlm masjid masyallah semuanya lengkap bersih dan besar. Imam masjid berbual dgn kami sambil membawa kami meninjau2 kawasan sekitar masjid.

Siap plan tema baju lagi putih+biru ketika di apollo bay

Syukur sgt bila dpt bawa fmily holiday mcm ni. Mmg terasa sgt bonding time nyer tu
























Sunday, May 26, 2019

TRIP JELAJAH BORNEO 1-5 MEI 2019 (SABAH)


Borneo Trip SABAH with 2 kids
Short trip just a day before ramadan....Happy sharing uols...


Kota Kinabalu - Keningau – Tambunan – Ranau – Kundasang – Kota Belud – Tuaran – Tamparuli – Karambunai – Kota kinabalu



FLIGHT : Malaysia Airlines return RM218.00/pax
PENGINAPAN :
Keningau - anggerik boutique hotel RM77.00 (twin room)
Kundasang - Ren Hana Kampungstay RM157.00 (triple room)
Kota Belud - Times Traveller Lodge 2 RM75.00 (Deluxe twin room)
Kota Kinabalu - Qlio Hotel RM153.00 (twin room)
SEWA KERETA : NH Rent A Car
Jenis Saga FLX auto 5 hari total RM380
+6010-814 8484 En. Ikhsan
Total isi minyak : RM130.00 (3x isi sbb byk main bukit engin berderau kuat mkn minyak)
Jadual xplan sgt....sbb tiada kerisauan mind set...alah dlm Msia jer....xpyh nk research sgt lah....skali menggagau jgk bila smpi tmpt baru xtau nk gi mane.
So inilah jadual redah tak tentu arah mommypacker dan anak2...
Day 1 - Rabu (1 Mei 2019)
- Departure time 1.30tghari then touch down jam 5 ptg
- Amik kete sewa yg dah siap booking then shoot drive ke KENINGAU perjalanan hmpir 3 jam sbb slow n steady jln berkabus dan gelap takde lampu jln. Dan perjalanan melalui kawasan berbukit bukau. Dan yg paling best pemandangan nye Masyallah...cantik.... Banjaran Kroker tu mmg dijamu sepanjang perjalanan ke Keningau.
- Lebih kurang jam 8 mlm smpi di pekan Keningau then trus dinner kat restoran seri keningau betol2 bersebelahan dgn Hotel tmpt dimana kami menginap. Ni antara restoran yg terkenal disini.
- Dah kenyang trus check in rehat dan tido. Hotel pun selesa lah ckuplah utk sekadar melelapkan mata sebelum bsok pg checkout plak utk ke next destinasi.
Day 2 - Khamis (2 Mei 2019)
- Bfast di restoran seri keningau lg trus heavy bfast mkn nasi campur kul 10pg.
- Pastu tour di sekitar bandar KENINGAU. Antara tmpt sempat mommy usha2 seketika:
* Oath Stone
* World War Memorial Park
* Ansip Ferry Memorial Park (xtau ape motif pegi sini. sume sbb google punye psl.)
* Tamu Ground
* Crocker Range Park
- Settle pusing2 kat keningau dlm kul 12 gitu trus ke TAMBUNAN perjalanan dr pekan keningau lebih kurang 1 jam. Smpi di tambunan trus city tour ape yg ada kat tambunan ni. Ape lg tanya mr google lah. So antara sempat terjah tanpa dirancang:
* Tugu Pahlawan
* Taman Sejadi Refflisia Tambunan
* Pasar Tamu Tambunan (Tamu Ground)
* Sinurambi Viewpoint (highly recomended utk pergi tp jln nak kesini sengsara. klu bwk 4x4 oklah sesuai. Jalan berbukit xde tar...berbatu sejauh hmpir 15 mnit. Jln sunyi sbb industri perlancongan sini br nak naik. Tp bila smpi atas, masyallah cntik nyer...nmpk keseluruhan pekan Tambunan)
- Settle jalan2 di tambunan, meneruskan perjalanan lagi ke pekan RANAU. Perjalanan amik masa lebih kurang 1 jam setengah. Makan dan rehat2 kejap kat sini sebelum meneruskan perjalanan ke Kundasang.
-Check in di kundasang dan jalan di pasar mlm kundasang.
Day 3 - Jumaat (3 Mei 2019)
- Arini plan nk jalan2 sekitar kundasang saje. Antara tmpt biasa lah org lain pergi tp mommy byk gak skip sbb bkn 1st time dtg...cuma kali ni trip 1st time bwk mia & fayyadh.
* Desa dairy farm
* Dataran sayur kundasang
* War memorial
* Sabah Tea
* Tagal fish spa, kg luanti
* Kinabalu Park
* Nabalu park
- Makan tghari dulu di Restoran Syah Adillah sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Belud yg mengambil masa selama 1 jam setengah.
- Smpi di KB trus ke Cabana Retreat bayaran masuk RM5 khas utk bergmbr sahaja time sunset. Tak dpt check in sini sbb time nk booking tu fully booked plak. So check in tmpt lain kawasan berdekatan jgk lah. Check in kat Times Traveller Lodge 2
Day 4 – Sabtu (4 mei 2019)
- Lmbt jgk checkout google dulu nak gi mana arini kat kota belud ni. So lepas bfast jalan2 sekitar bandar kota belud antara tmpt sempat singgah :
• Pasar Tamu Besar Kota Belud
• Tagal Talungan (Tempat orang berkelah mandi manda)
- Lunch kat Restoran Mayang Sari yang terletak di tengah bandar KB. Kenyang perot pastu gerak ke Kota Kinabalu perjalanan amik masa 2 jam jugaklah tp akk drive kul reles2 dan banyak menyinggah jadi petang dalam jam 5 baru smpi ke KK.
- Smpi KK trus check in di QLIO Hotel yang terletak hanya 5 minit dr todak waterfont berdekatan dgn Hyatt Regency Hotel. Kawasan sgt strategic senang jalan kaki saje kemana2.
- Dinner di TODAK SEAFOOD WATERFRONT. Mmg terbaek murah kene pandai tanya harga. Layan sunset smbil mkn seafood mmg awesome.
Day 5 – Ahad (5 mei 2019)
- Checkout dalam jam 11.00pg kids dah dibagi light bfast dulu dlm bilik. So ktorg checkout dan shopping di Pasar Filipine. Beli lah bilis mata biru tu sekilo RM52. Beli jugak ikan masin kurau, ampang dan kerepek cincin tu buat oleh2. Siap2 packing dalam kotak senang nnti trus check in kat airport.
- Settle shopping terus gi makan lokam bakar dan coconut jelly di jalan sulaman. Dalam 30-40 minit jgk dr bandar KK. Mmg terbaek tempat wajib pegi klu dtg KK. Sedap sgt…pilihlah yg size besor br puas rasa. Selonggok size besar RM15 SIZE KECIK RM10. Jelly dlm kelapa sebijik RM5, klu jelly dlm bekas RM4. 
- Settle mkn, jalan2 sekitar KK
Pantai Tanjung Aru, Karambunai, sutera harbour, Jeselton dan KK waterfront, signal hill, kinabalu city mosque, perdana park, street art graffiti, Ilove KK sign, masjid negeri
- Jam 7 balik airport smm flight balik 9.30mlm…. ok bye sabah untuk kali yang ke3. Insyallah nnti ade rezeki kita dtg lagi.

ANTARA GAMBAR2 PENGINAPAN :

Hotel di Keningau
Homestay di Kundasang
ANTARA TEMPAT BOLEH DILAWATI SEKITAR PEKAN KENINGAU :

Tempat utk shopping local product
Tempat makan wajib singgah harga agak murah























ANTARA TEMPAT SEMPAT TERJAH DI TAMBUNAN :







TEMPAT MENARIK DI RANAU :





TEMPAT MENARIK DI KUNDASANG :






ANTARA GAMBAR KAMI DI KOTA KINABALU :

Seafood heaven kat todak waterforont

I love KK letters

Nilah semua yg dimakan dengan harga RM116

Lokam bakar terbaek di Jalan Sulaman


Pantai di Sutera Harbour

















Wednesday, January 9, 2019

18 hari ROADTRIP di 6 negara BALKAN


BOSNIA - MONTENEGRO -CROTIA - ALBANIA - MACEDONIA - KOSOVO



Perjalanan roadtrip di Balkan bermula dan berakhir di Sarajevo Bosnia. Route akk seperti berikut :

Sarajevo - Mostar - Dubrovnik - Kotor - Bar - Podgorica - Tirana - Ohrid - Bitola - Skopje - Prizren - Pristina - Peja - Rozaje - Podgorica - Sarajevo


Kemudian dr Sarajevo akk sambong lg journey menaiki Wizzair tebang ke Budapest utk ke europe plak selama 10 hari. Tapi xnak story2 cite trip ke europe sbb ianya bkn kali pertama. Route di europe bermula:

Budapest - Zagreb - Ljubljana - London - Paris

Sedikit info perjalanan roadtrip akk di balkan :-

- Memandu di Balkan tidak memerlukan anda memiliki lesen memandu antarabangsa. Tp klu ada lg bagus lah.

- Tidak digalakkan memandu waktu malam disebabkan bentuk muka bumibalkan yang bergunung ganang. Anda xkan dpt jangka apa yg akan terjadi sepanjang perjalanan. Agak bahaya jika memandu diwaktu malam. Kebanyakkan jalan berada di tebing2 gaung, dilimpahi dgn keindahan alam ciptaan tuhan dan laut yang terbentang luas.

- Perjalanan dari Mostar ke Kotor mmg betol2 di tebing bukit. Separuh jalan nya masih belum siap berturap dan berbatu. Jika memandu di waktu mlm mmg sgt bahaya dan kerana itulah jarang nmpk kereta local memandu lebih dr jam 8mlm.

- Di balkan tidak banyak laluan yg ber tol. Dari Sarajevo ke Mostar ade masuk hyway sekejap dikenakan tol. Tetapi di Macedonia kebanyakkan jalan nya hyway selesa memandu tetapi mempunyai lebih dari 3 tol. Bayaran tol boleh dlm matawang euro tetapi bakinya akan diberi mengikut matawang negara masing2.

- Jika menyewa kereta, dan bercadang utk cross border negara2 balkan, haruslah memberitahu pihak company rental car. Mereka akan beri GREEN CARD dgn bayaran 30euro per car. Jadinya, ketika cross border, tunjukkan document kereta, green card dan pasport korg semua.

- Sewa kereta di Balkan perlu ade card credit. Wajid kne ade, Cash tidak diterima. CC juga penting utk mengisi minyak. Contohnya anda memandu cross border dan ketika itu anda tiada matawang negara tersebut, jadi anda bayarlah guna CC. matawang euro tidak diterima di stesen minyak yerrrrr

- Pastikan kereta sewa anda dh dipasang winter chain klu anda bercadang dtg ke balkan musim winter. Tp winter bukanlah musim yg bagus utk anda travel ke balkan.

Tuesday, December 18, 2018

LIVE update dari Hatyai

Salam semua...


Ok 1st time update live ketika dlm trip. Hari ni jam 10.50 pg menaiki ETS dr Kl Sentral ke padang besar. Beli tiket 15 hari sblm tarikh departure. Harga RM79 utk dewasa selepas diskaun 25% promosi di bulan Dec dan kanak-kanak RM55 harga tetap xde diskaun. Trip ke hatyai just utk JJCM saje xde plan xde itti xde draf. Just terjah memandangkan ini bukan kali pertama akk ke hatyai. Tahun lepas juga pergi bawak mia dan fayyadh. Tapi tahun ni bawak mia sorg shj.

Perjalanan berjalan lancar. Dr kl sentral ke padang besar ambil masa 5jam setengah. Proses cross border juga amat lancar kurang lebih 10minit shj. Sgt berbeza tahun lepas akk pergi ketika hjung minggu. Ya ampun 2jam beratur tak smpi2 lg turn nk cop pasport.

Smpi di padang besar dh siap2 tanya teksi sapu. Siap2 nego dr padang besar ke hatyai smpi hotel Grand Plaza Hotel 1000baht. Oklah share 5 org memandangkan ade 3org lg kwn akk yg follow trip ni. Grand plaza utk 2mlm blik deluxe twin RM240 Nak murah lg dok jauh skit dr area lee garden. Tp better dok sini senang melepak bawah lee garden cari mkn.





Ok skrg ngah melepak dlm bilik.kekenyangan selepas belasah tomyam seafood super pedas. Pastu pekena 5 cucuk sate ayam 10baht/pcs size besor, sotong bakar size kecik 5pcs/100baht. Pastu beli mangga potong sebijik 40baht, ABC semangkok 50baht.

Alamak gmbr mkanan excited sgt terus belasah terlupa nk snap. Ni je yg sempat snap sblm beli.








OK byeeeee
salam syg dr mommypacker di hatyai




EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...