Tuesday, July 11, 2017

TIPS MEMANDU DAN JADUAL PERCUTIAN KE HOKKAIDO

Assalamualaikum dan salam syawal yg ke17 bagi tahun 2017.


Seperti yg sedia maklum dikalangan followers akk di FB dan juga insta, ramai yg mengetahui di awal syawal aritu akk beraya di Hokkaido Japan. Ianya bukanlah suatu trip yang memang dirancang dr awal tetapi bila tetiba mata ternampak promo AA ke Sapporo sebulan sebelum berlepas hanya RM56 sehala, apalagi tanpa berfikir panjang terus booking utk sekeluarga tanpa mengambil kira tiket balik berapa pulak harga ketika itu. Dan akhirnya belilah tiket balik dengan harga RM649 seorg dan ianya masih berbaloi lagi kerana tempoh penerbangan dalam masa sebulan shj. Oklah xnak celoteh panjang, baik kte straight to the point saja. 


Total harga tiket flight return KUL-SAPPORO = RM 705.00 
exclude luggage dan meals on board.

Sedikit info ringkas mengenai Hokkaido:-
- Hebat! Cantik! Sejuk! - Ni adalah 3 perkataan yang akk gambarkan secara amat ringkas mengenai Hokkaido.


HEBAT nya Hokkaido kerana banyak faktor. Di Hokkaido terkenal dengan laluan dalam terowong. Kte sedia maklum kos membuat laluan terowong memang sgt tinggi, tp dengan kecanggihan yg ada di japan, jika anda memandu di Hokkaido, setiap 5-10km mesti akan melalui terowong terutama jika melalui Hokkaido Expressway.

CANTIK nya Hokkaido tidaklah dpt digambarkan dengan kata-kata. Udara yang bersih, langit biru, bunga berwarna-warni, bukit bergelombang dan keagungan gunung antara pemandangan yang sangat menakjubkan.

SEJUK di Hokkaido. Salji putih merangkumi tanah sejauh mata dapat dilihat adalah tarikan utama disini. Tapi musim sejuk di hokkaido agak ekstrem dimana suhu nya pernah mencecah -41'c. Jadi jika anda mmg sukakan salji yg memutih, bolehlah cuba dtg dimusim sejuk cuma perlu diingatkan, masa siangnya sgt singkat dan kedai disana juga byk yg tutup. Musim panas di Hokkaido mmg sgt berbeza dgn musim panas di tempat lain kerana suhu siang nya sekitar 18-23'c dan malamnya 15-7'c. Sejuk bukan??? Sangat menyegarkan dan selesa untuk bercuti di musim panas Hokkaido. Tidak ada tempat lain seperti Hokkaido, di mana anda boleh melakukan persiaran, makan, bermain dan anda akan berpuas hati sepenuhnya.

- Memandu di Hokkaido memerlukan anda memiliki Lesen Memandu Antarabangsa. Walaupun cara pemanduan nya sama seperti Malaysia dimana pemandu berada disebelah kanan, tetapi lesen memandu Malaysia tidak sah disana. Dan jika anda membawa anak kecil, tidaklah diwajibkan untuk menyewa car seat atau booster sepertimana ketatnya syarat di Aussie ataupun NZ.

- ETC merupakan kad seperti TnGo dimana memudahkan jika anda memandu di Hokkaido. Boleh sewa dengan pihak company rental car dengan kadar sewaan 324yen. Dan kos tol akan dikira ketika kita pulangkan kereta nanti. Jika tidak menggunakan ETC, anda juga boleh membayar tol secara tunai.
w
- Anda juga boleh membeli pas Hokkaido Expressway. Pas ni agak berbaloi sekiranya anda banyak melalui jalan lebuhraya. Maksudnya jika membeli pas selama 5hari yg bernilai 5100yen, jika kos tol selama 5 ari tu lebih dari itu, maka selebihnya tidak akan di cas. Kerana maksimum charges tol selama 5hari adalah 5100yen shj. Jadi rancanglah perjalanan anda sebaiknya dan gunakan pakej2 yg ditawarkan dr pihak tourism hokkaido dan juga company rental car sebijak yang boleh.

- Jika anda merancang untuk memandu seluruh Hokkaido secara ringroad, peruntukan masa diperlukan sekurang2nya adalah 10 hari. Tapi disebabkan masa yang terhad, akk hanya ke Hokkaido selama 7 hari shj dan ini route yg akk guna selama disana.


- Tempat yang akk terjah selama 7 hari adalah Chitose, Sapporo, Otaru, Shakotan, Rusutsu, Noboribetsu, Shiraoi, Asahikawa, Biei, Furano dan Muroran. Akk akan share dengan uols antara tempat menarik di setiap daerah yang akk pergi tu. Tapi sayang sekali, tak sempat nak ke Hakodate. If uols dtg, please tambah sehari dua lagi utk ke Hakodate.


Total harga sewa kereta Honda Fit selama 7 hari = RM1480.00 
termasuk fully coverage dan sewa ETC RM156.00 
Kos minyak dan tol = RM650
TOTAL KOS SEWA KERETA, MINYAK DAN TOL = RM2286.00

Berikut akk share draft perjalanan selama akk. Uols bleh jadikan panduan if merancang utk memandu di hokkaido.


Kalau nk tahu lebih details, bolehlah add akk di FB Nelyany Jamil ataupun email nurulelyany@yahoo.com juga boleh follow Instagram Nelyany Jamil
Insyallah sebarang pertanyaan akan akk jawab sekiranya akk tahu.

Untuk penginapan pula akk booking melalui Airbnb, Booking.com dan Agoda. Berikut details penginapan selama berada di Hokkaido:-

Sapporo - Airbnb Kazumi Apartment 2 malam = RM 908.00
Furano - Guesthouse Furusato Furano 1 malam = RM450.00 (11,550yen)
chitose - Khaosan Chitose Family Hostel 2 malam = RM 900.00 
Rusutsu - Rusutsu Resort Hotel 1 malam = RM1212.00
TOTAL COST PENGINAPAN SEKELUARGA = RM3470.00

Ok sekarang akk nak share dengan uols tempat2 menarik di setiap daerah yang akk pergi. Sebelum tu jom layan dulu video amatur simple2 yg akk buat ni. So that mana lah tau bila tgk vid ni korg lagi excited nak ke hokkaido.





CHITOSE

Odori Park (entrace free)

Sapporo Clock Tower (entrace free)

Sapporo TV tower (entrace free)

Hokaido Gov Building (entrace free)

Sapporo Mosque  (entrace free)

Mt. Moiwa Ropeway (600yen return)

Mt Okura Ski Jumping  Stadium

Rera Chitose Outlet Mall

OTARU

Otaru Canal (entrace free)

Music Box Museum (entrace free)

8 Layers Ice Cream (580yen)

Sakaimachi Street (entrace free)

Kitaichi Venitien Art Museum (entrace free)

Otaru Mosque (entrace free)

Otaru Denuki-koji (entrace free)

Shakotan

Cape Kamui (entrace free)





Asahikawa

Hokkaido Ice Pavillion




Bear Farm



(entrace fees 1200yen adult and 700yen kid 
package ice pavillion + bear farm)

Biei

Blue Pond (entrace free)





















Tuesday, June 20, 2017

Chartered Flight MAS Airbus 380 Kul- Madinah Al Mukarramah



Pengalaman menaiki penerbangan Malaysia Airlines Airbus 380 Kelas Pertama Chatered dari Kuala Lumpur ke Madinah Al Mukarramah Kuala Lumpur.

No automatic alt text available.

Syukur alhmdulillah, pada 22 Mac hingga 2 April akk diberi peluang utk menunaikan ibadah umrah bersama suami tersayang. Pakej diambil dari syarikat Andalusia. Tapi status kali ini akk bukan mahu bercerita mengenai pakej umrah sbb akk tahu ramai dikalangan kita yg sudah ke sana. Kali ini akk nk share pengalaman menaiki kapal terbang yg besar Airbus 380 Kelas Pertama. Tujuan utama post ini bukanlah utk menunjuk2 apetah lg riak, tetapi lebih kepada penceritaan seorg traveller yang sudah biasa menaiki kapal terbang tetapi kelas ekonomi tetapi baru inilah kali pertama menaiki dengan kelas pertama. Rezeki Allah sape yang tahu kan. Akk pun selalu berangan mimpi di siang hari sahaja nk dok seat mcm ni. Tapi perancangan Allah tu memang terbaek, ditakdirkan akk dpt merasa sewaktu nk ke tanah mekah.

Ok secara ringkasnya mengenai seat first class ni seperti berikut lah:

 1. Check in
Ok bab ni paling best. Al maklumlah bila mengikuti pakej jemaah umrah ni adalah sgt ramai. Beratus2 org. Utk flight yg akk naiki ni shj ade 300++ penumpang jemaah haji. Jadi selepas urusan pemberian pasport dan boarding pass, mmg lah penuh sesak bahagian imigresen dan check in. Tetapi utk business dan first class ni ade kaunter khas, jadi mmg mempercepatkan proses dan dpt berada di boarding gate dgn segera. Klu tidak mmg beratur panjanglah.

Selain tu, pintu masuk ke kapal terbang juga berbeza dgn lorong kelas ekonomi. Utk flight MAS Airbus 380 yg akk naik ni business class di tingkas atas dan first class ni tingkat bawah dihadapan kelas ekonomi. Hanya ada 8 kerusi shj utk first class ni. Klu kelas ekonomi byk skit lah.

 2. Seat
Dah msuk dlm flight dgn di usher oleh pramugari yg molek bertudung litup sopan pakaian nye menuju ke tempat duduk akk mengikut no yg ade di bording pass. "Ok hajjah ni tempat duduk hajjah. Semoga perjalanan hajjah berasa selesa. Sekiranya mahukan ape2 boleh panggil saya" kata pramugari tu. Sedap hati tgk klu sopan2 mcm ni bertudung litup.

Smpi di di tmpt duduk tgk kerusi besor dan ade 2 kerusi. Maksudnya klu ade penumpang lain nk dtg tmpt kte bk borak2 ke, dia bleh lah duduk situ. Akk dok seat tu rasa longgar sgt plak. Biasa dok seat sempit je kaki pun tercepit xleh melunjur. Yg ni dah dok tmpt besor rasa lonely plak.... Husband kat sebelah nk borak tp jauh lah jarak  sedepa bezanya.

Seat dah lah sgt besar dan bleh adjustable mcm kerusi urut osim tu. Nk baring abis jd katil pun bleh. Nk adjust ke dpn ke blakang semua pun bleh. Meja mkn pun super besar.

 3. Entertainment
Tgk tv besor 32' ni dgn pilihan hiburan yg byk memang membuatkan penerbangan 8 jam terasa seperti sekejap saje. Tp xdelah akk dok mengadap tv jer. Sambil tu zikir selawat sebanyaknye sbb kte kan nk ke tanah suci.

Sblm depart anak kapal akn offer pelbagai jenis newspaper utk dibaca.

 4. Luggage compartment
Utk first class tiada storage compartment kat atas seat seperti economy tu. Beg letak bwh seat dpn shj dan amat luas.

 5. Meals on board
1st diorg akn tanya nk minum juice ape. nk apple, oren, tea, coffee ke bleh request dan akan di serve dgn peanut. Akk xckup sepeket pastu minta lg.

Sebelum fly diberi pilihan menu, so nnti diorg tanya nk menu yg mane so order lah. Ade 2 pilihan menu. Dan 2 jam sblm landing akn di serve lg food juga ada 2 pilihan. Food MAS bg akk so so jelah xbpe kne dgn tekak. Akk suka lg food yg beli dlm flight AA. Opppsss....

Ape lg nk review ye psl ni....
oklah stop smpi sini dulu..... Xnak merapu panjang lebar sgt....
Sebelum menutup kisah bagaikan mimpi ni, meh akk nak share sedikit gambar2 keadaan seat 1st class ni.

Image may contain: indoor
Lampu dh dimalapkan, ready setup seat utk tido
Image may contain: indoor
1st class dpt masuk paling awal. So mmg kosong jelah lg flight ni
Image may contain: people sitting and indoor

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor
Kaki bleh melunjur kat seat dpn mcm ni. Seat tu jika ada kwn2 dtg
mpt kte nk borak2 bolehlah dok kat situ.
Image may contain: one or more people, people standing and indoor
Tempat simpan jacket dan baju. Bleh juga simpan hbeg dlm almari ni.
No automatic alt text available.
Button utk adjust seat
Image may contain: 1 person, smiling, sitting
Peace No War!!!!







Jom Ronda2 Lombok

TRIP 5 SEKAWAN KE LOMBOK 4H3M

Salam ramadhan ke 26 buat semua pembaca blog mommypacker.

Image may contain: 4 people, motorcycle and outdoor

Trip akk dan kengkawan yg sepatotnye seramai 7 org ke Lombok ni mmg syok sakan abis. Walaupun hanya 5 org je yg dot pergi akhirnya. Aku mmg syoklah sbb pegi dgn kengkawan enjoy sakan keris 2 belah tinggalkn kat kg kasi adik dgn mak aku jaga...... Tp tuhan je yg tahu betapa rindunya dgn Mia & Fayyadh setiap mlm sblm tido mesti kene Facetime dulu. Berikut akk share details perjalanan dan persediaan utk trip kali ni yg semuanya akk buat secara DIY:-

1. Tiket pegi balik ke Lombok aku beli dgn harga RM150 seorg. xde luggage xde meals. sume bwk beg sandang jerr... Naik AA ye... Perjalanan kul ke lombok amik masa selama 3 jam dan akan smpi di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok.

Image may contain: outdoor

2. Tukaran IDR masa aku pegi agak mahal maklumlah ringgit kn tgh jatuh skrg ni dpt 1 juta = RM319

3. Berjumpa dgn geng semua kt KLIA2. Aku naik ERL je RM35 sehala dr KL Sentral.

Image may contain: 1 person, smiling, indoor

4. Penginapan mcm biasa Booking.com dan Agoda menjadi tmpt aku buat booking membooking.
       
        Lombok Senggigi Hotel - 1 malam Standard Room 
(IDR405,000=RM116)
  Image may contain: 2 people, people sitting, table and food
        
D'Gillian Bungalow Gili Trawangan - 1 malam Double Room 
(IDR400,000=RM115)
     
   Sunsethouse Lombok Senggigi - 1 mlm Deluxe Room Pool Access 
(RM150)
Image may contain: one or more people, people sitting, table and indoor

5. Dr airport ke Senggigi atau Mataram bleh naik Bas Damri hanya IDR35,000 tp bas henti2 lah ye mahu sejam setengah utk smpi di senggigi. So klu ramai mcm kitorg naik teksi ulat lg murah cepat dan selesa tp kne pndai nego. IDR200,000 satu kete avanza utk kitorg berlima.

6. Lombok senggigi hotel aku bleh recommend pd korg semua sbb nye dekat town dan mudah nk cr mkn walaupun nk ke hotel kene menapak lah skit ke dlm ikot lorong kecik. Tp hotel cntik selesa.

7. Nk ke Gili (pulau) ade 2 jeti samada nk naik private speed boat atau public boat. klu public boat kene pegi Bangsar Harbour dan klu nk naik speed boat korg leh tanya teksi tu ade 2@3 tmpt pengusaha speed boat.

8. Pegi ke gili kitorg naik speed boat. Dr hotel nk ke jetty suruh hotel col kan Teksi Blue Bird saje. Guna meter so bleh budget lah xpyh nego2. Satu boat private IDR500,000 so bahagi lah utk 5 org. Dlm 10-15 minit dh smpi Gili Trawangan. Dr gili balik ke senggigi aku naik public boat IDR25,000 sorg. Amik masa 30-45 minit utk smpi ke jetty.
Image may contain: 3 people, people sitting
Suasana dlm public boat dr gili trawangan ke bangsal harbour.
Akk duduk sipi2 bontot je crown penuh
Image may contain: 4 people, ocean, sky, outdoor and water
Menaiki speed boat utk ke gili trawangan
9. Ade 3 gili utama iaitu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. So jgn lupa utk jelajah 3 pulau ni. Nak ke pulau2 ni, bleh survey harga pakej island hoping kat gili trawangan nnti. Byk je org jual pakej kat pulau tu. Pilih ikot budget korg lah yer. Tp mostly yg akk survey 3 tmpt, harganya lebih kurang sama je.

10. Tiada kenderaan bermotor dibenarkan di gili. So samada korg jln kaki ataupun naik basikal utk ronda2 sekitar gili.

11. Mamat2 Indo di gili mmg hebat speaking. Xde nye dia nk layan sgt org msia. Diorg lebih suka layan mat dan minah saleh smbil speaking lepaking kat Bar.

12. Klu dok kat senggigi, bleh jln sekitar pekan byk travel agen dan tmpt sewaan motor. Sehari IDR75,000 ye. So klu korg sewa start kul 12 tghari, pulangkan bsok lebih kurang waktu tu jgaklah. xperlu lesen antarabangsa, tunjuk lesen Msia saja. Pastikan sewa motor yg agak baru skit so puas hati. LGpun mcm kes kitorg ni, mmg dh plan nk merempit sakan redah satu Lombok pkai motor jer. So makesure condition motor bagus.

13. Klu nk pegi tour di gili, snorkelinng tour ke, island tour ke, melambak agen sepanjang jln kat gili tu. Survey jelah semampu yg boleh sbb hargany lebih kurang sama jerrrr.

14. Klu korg power, meh terjah mcm kitorg ni. Merempit naik motor jelajah sehingga ke Lombok tengah, lombok barat dan lombok timur. Bleh bayangkan tak betapa kematu bontot dok atas motor berejam2 jelajah Lombok. Hampir 12jam kitorg dok atas motor utk jalan2 sekitar Lombok. Walaupun merempit, hati2 yer keselamatan dan undang-undang jalanraya harus dipatuhi.

15. Jgn lupa juga buat jln2 cari mkn di gili dan di senggigi. Seafood is everywhere..... mmg heaven abis.... Banyak pilihan dan harganya murahhhh.....

16.  Ptg di gili jgn lepaskan peluang utk ke Ombak Sunset smbil menaiki buaian kayu kat pantai smbil menikmati panorama sunset. Time ni org ramai so kne que yer nk posing kat sini. Makesure dtg timing yg btol. Takot nnti lewat sgt, air dh naik xmerasalah nk naik buaian ni...

17. Pastikan pandai menaiki basikal klu ade hati nk pusing satu gili sbb klu stakat jln kaki mmg area2 centre jelah. Naik basikal buat satu pusingan gili trawangan. Mmg superb best. Dpt explore byk tmpt.

Image may contain: 4 people, bicycle and outdoor

18. Selain holiday di lombok, akk juga ada misi jalan-jalan cari makan kat sana. So akk akan review skali tmpt2 makan yg sempat akk terjah selama di lombok.


Meh akk share ittinerary yg sgt skema ni so that korg yg plan nk kesana xdelah blur kan. If ada masa lebih, pegi 6h5m so cukup masa utk ke gunung rinjani dan pulau komodo. Dan juga skrg dh femes pulau kenawa. Akk pun nnti insyallah mesti akan repeat smula ke lombok sbb ada hati nk buat trip ke flores plak lepas ni. So let check it out jadual perjalanan kitorg selama di lombok.

No automatic alt text available.
No automatic alt text available.
Antara destinasi dan aktiviti yg sempat diterjah dan buat sepanjang 4hari.....

- Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air

Image may contain: 1 person, glasses, tree, close-up and outdoor

Image may contain: 4 people, people standing and outdoor

No automatic alt text available.


- Pantai Ombak Senja (sunset beach di gili trawangan)
Image may contain: ocean, sky, outdoor, nature and water

Image may contain: sky, ocean, water and outdoor

Image may contain: one or more people, sky, ocean, twilight, outdoor and water


- Island hoping & Snorkeling
Image may contain: 1 person, standing, ocean, sky, outdoor and water

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting, ocean, outdoor, water and nature

Image may contain: 1 person

- Sasak Village Sade
Image may contain: 1 person, outdoor

Image may contain: sky, cloud, outdoor and nature

No automatic alt text available.

- Pasar Seni (Art Market)
Image may contain: 1 person, plant and outdoor



Image may contain: 3 people, people smiling


- Sukarara Weaving (Tenunan khas songket lombok)
Image may contain: 1 person

Image may contain: 1 person, standing and indoor


- Banyu Mulek Pottery 
Image result for banyumulek pottery


- Pantai Kuta (surfing area)
No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

- Tanjung Aan


Image may contain: one or more people, ocean, mountain, sky, outdoor, nature and water

- Air Terjun Sendang Gile
Image result for air terjun sendang gile

Image result for air terjun sendang gile

- Pantai Pink


Image result for pantai pink lombok

- Bukit Malimbu Point
No automatic alt text available.

Image may contain: ocean, sky, mountain, outdoor, nature and water

Image may contain: 5 people, people standing, sky, mountain, outdoor and nature

Image may contain: 4 people

- Senggigi 
Image may contain: 1 person, motorcycle and outdoor

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and outdoor

- Mataram City
Image may contain: 2 people

Image may contain: sky, night and outdoor

Image may contain: sky and outdoor

- Massage
Image may contain: 1 person, smiling

- Lombok tengah, lombok barat
No automatic alt text available.

Image may contain: cloud, sky and outdoor

- Hotel penginapan Lombok Senggigi Hotel, D'Gillian Bungalow dan Sunsethouse Hotel
- Transportation semua kitorg try guna. Teksi, public boat dan private boat, basikal a.k.a speda dan juga
motosikal dan xlupa byk juga jln kaki jerrr
- Budget trip per person RM600 complete flight+accomodation+meals dan segalanya lah perbelanjaan tp xtermasuk budget shopping lah ye......


Berikut antara restoran dan gerai yang sempat akk cuba makan. Dan yg paling best smpi skrg sbb teringat2 kepedasan Ayam Taliwang menu khas dari Lombok.

1. Yessy Cafe 4* (Makanan sedap, layanan bagus, tapi pricey)
    Alamat :Senggigi, Batu Layar, West Lombok Regency, West Nusa Tenggara 83355, Ind
Dibuka : 9AM–11PM
No. Tel : +62 370 693148
Image may contain: night
No automatic alt text available.
Buku menu

No automatic alt text available.
Bil makan utk 5 org
















No automatic alt text available.
Menu wajib cuba klu ke lombok.
Ayam Taliwang & Kangkung Plecing

























2. Rembulan Seafood Restoran 4.5* 
   (Makanan sgt sedap, sgt murah, dan suasana sgt romantik mcm kat Jimbaran Bali cumanya kurang
   lighting suram2 gitu sbb nk dapatkan feel romantik tu kot)
   Alamat : Jalan Raya Senggigi, Km. 6, Batu Layar, Mataram, Batu Layar, Lombok, 
                  Nusa Tenggara Bar., Indonesia

Image may contain: people sitting, table, food and indoor
Kami order yg pakej ade mcm2 seafodd yg penting murah

No automatic alt text available.
Ni pakej yg kitorg amik. Hanya 80,000idr korg boleh belasah
mcm2 jenis seafood. Mmg berbaloi

Image result for rembulan seafood restaurant

3. Rumah Makan Nada Alam Nyaman (Menu Khas Ayam Taliwang) 5*
    Alamat : Jl. Raya Senggigi, Mataram, Lombok 83111 Indonesia
    No. Tel : +62 818-0524-5541                    

Image may contain: sky, tree and outdoor

Image may contain: 1 person
Seperti biasa menu akk order ayam taliwang dan plecing kangkung
No automatic alt text available.
Suasana rumah makan yg selesa tenang. Kitorg siap ketiduran
lg sementara menunggu menu smpi.
Ok, jom layan beberapa gambar geng yang akk baru kenal di trip ini bercuti ke lombok. Walaupun br kenal hanya melalui alam maya dan whatsup, tp meriahnye lain macam tau. Bak 10tahun kenal.

Image may contain: 4 people, outdoor and food
Kat gili trawangan femes ais krim gelato italia ni
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, sky, shoes, ocean, beard, outdoor and nature

Image may contain: 4 people

Image may contain: 5 people, people smiling

Image may contain: one or more people, bicycle, sky and outdoor

Image may contain: one or more people, ocean, sky, outdoor and nature 

Image may contain: 1 person, bicycle and outdoor





















EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...