Assalamualaikum
KALAU tidak banyak, sedikit rasa terkejut pasti ada apabila menjejakkan kaki di bumi Taiwan! Benarlah kata orang, tak kenal maka tak cinta. Mengenali Taiwan khususnya di bandar Taipei memberi pengalaman berbeza, menerbitkan rasa cinta yang tak disangka-sangka.
Kebiasaannya, sebaik tiba di Taipei, perkara paling utama dilakukan pelancong tentunya melawat menara Taipei 101 yang mempunyai lif terpantas di dunia. Ia membawa anda dengan pantas dari tingkat 5 ke tingkat 89 di mana terletaknya balai cerap dalam masa hanya 39 saat. Alhamdulillah kali ni berjaya ke Taipei dengan promosi final call dari syarikat penerbangan Airasia return tiket hanya RM500 sahaja. Tiket dibeli 2 bulan sebelum tarikh penerbangan. Ikotkan hati, Taiwan memang tiada langsung di dalam senarai negara yang ingin dilawati. Tetapi setelah melihat rancangan TV running man membuat misi menaiki roller coaster screaming condor tu, terus hati meronta-ronta hendak kesana.
Trip pendek selama 3 hari ke Taipei hanyalah sekadar trip jalan-jalan cari makan dan ke taman tema sahaja. Jalan sekitar bandar Taipei menaiki public bus dengan kadar tambang yang amat murah. No bas peta semua hanya bergantung kepada google maps sahaja.Sesat dan salah bas itu sudah biasalah nama pun pelancong kan. Masalah komunikasi agak terhad memandangkan route bas semuanya ditulis dlm bahasa cina. Jadinya pandai2 sendirilah nak pastikan untuk berhenti di stop yang mana. Ketika saya berada di taiwan, suhu sekitar 35'c terasa panas betul bercucuran peluh.
TAIPEI TRIP 11-13
OGOS 2017
Penginapan : Daan Park Hotel
FLIGHT DETAILS:
D7
372
|
Kuala Lumpur (KUL)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (KUL)
11 Ogos 2017, 1000 AM (10:00 AM)
|
Taipei - Taoyuan (TPE)
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE)
11 Ogos 2017, 1440 PM (2:40 PM)
|
D7
377
|
Taipei - Taoyuan (TPE)
Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan Taiwan (TPE)
13 Ogos 2017, 2345 PM (11:45 PM)
|
Kuala Lumpur (KUL)
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) (KUL)
14 Ogos 2017, 0420 AM (4:20 AM)
|
ITTINERARY :
DAY 1 FRIDAY
11/8/2017
3.00pm Dijangka
tiba di Taipei
5.00pm Check
in hotel rest
6.00pm Shilin
Night Market, Raohe Street Night Market, Shida Night Market
Rainbow
Bridge & Taipei Cultural Mosque
10pm Balik
hotel
DAY 2 SATURDAY
12/8/2017
9.00am Taipei
101
Chiang Kai -Shek
Memorial Hall
Taipei Fine Arts
Museum
National Palace
Museum
Beitou Plum Garden
& Beitou Public Hot Spring
Taipei Grand
Mosque & dinner area masjid
10.00pm Balik
hotel
DAY 3 SUNDAY
13/8/2017
9.00am Checkout
dan bfast
12.00pm Dijangka
sampai di Leofoo Village Theme Park
7.00pm Gerak
menuju ke airport
11.45pm Flight
balik ke KL
Ketika berada di Taipei, saya memilih untuk menginap di bilik jenis dorm. Satu bilik 5 orang di Daan Park Hotel tetapi ketika sy check in hanya kami bertiga sahaja dlm bilik ni. Bilik sgt best selesa oooo...location pun terbaek. tip nk pilih hostel pilihlah yg dekat dgn intersection senang nnti nk cr transport. Rate harga boleh check di booking.com atau agoda kerana harga berbeza mengikut jenis bilik.
Pas transport yg korg bleh pilih sepajang berada di taipei. |
Beitou City.... 1 jam dr Taipei city. tp klu naik bas lompat2 mcm akk ni, 2 jam br smpi. |
Dah namanya pun trip JJCM santai2 gitu, ape lagi jom layan pelbagai makanan halal yang boleh didapati di sekitar bandar Taipei dengan harga yang berpatutan. Tidaklah susah mencari makanan halal di bandar Taipei kerana terdapat komuniti islam disitu dan juga di sekitar Grand Mosque, juga terdapat banyak restoran halal.
Ni menu paling sedap makan mlm terakhir di Kunming Islamic Restaurant |
Taiwan Rainbow Bridge....Superb... Love river... |
Ok, skrg nak fokus cerita mengenai Leofoo Adventure Theme Park....
Pernah dengar pasal theme park ni...ianya tidaklah sepopular universal studio atau disneyland, tapi kat sinilah terdapat nya roller coaster yang viral running man naik tu. Korg xtau yg mane...meh tgk gmbr kat bawah ni kot korg boleh ingat. Klu xpasti google aje pasti keluar mcm2 cerita psl roller coaster ni. Screaming condor ni berbentuk U shape dengan kelajuan maksima 122km/j
Untuk tiket masuk ke taman tema ni, jika walk in harga nya agak mahal. Jadi sehari sebelum kesini, saya telah membeli secara online melalui apps KLOOK dengan harga jauh berbeza murahnya.
No comments:
Post a Comment