AVATAR TRIP
WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU
WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU
ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
Fuhh lama betol tak update trip2 yang berderet. Trip back to back so mmg sis xsempat nak menaip mengadap blog nk story mory kat sini. Ni pun arini bkn nk update blog sgt pun, lebih kepada nak reply mesej2 dan komen2 kat blog ni, tp alang2 tak terpandang tu, xpelah kita update sikit trip Avatar ni. Sebab nyer beria nak kene update jugak, sbb antara azam 2020, nk update story trip setiap journey kat blog jangan sampai trip jadi basi pulak. So setiap trip mesti dalam tempoh sebelum 6 bulan sis berazam utk update dalam blog. So trip AVATAR ni sis buat masa September 2019.
Sejujurnya sis tak berapa tahu pun tempat yang sis pergi ni. Asalnya wujud trip ni sebab masa promo free seat Airasia tu, sis main main jer mane destinasi yg murah dan xpernah pergi. So, belilah tiket one way ke WUHAN ni xsilap harga RM199.00 time tu. Beli jer dulu masa tu, tak tau lagi ape tempat menarik di Wuhan. Sbb time tu xgaji lg duit nk beli return mcm nk kene jimat jer. So belilah sehala je dulu....tulah antara tips berjimat...
Tapi kan, masa update blog ni WUHAN dah sangat terkenal, disebabkan CORONAVIRUS.... Fuhhh nasib sis pergi bulan sept 2019, klu tidak dh kene kuarantin mau nyer... OK sambong semula cerita pasal tiket tadi. Ok dh beli tiket sehala masa promo free seat lebih kurang 6 bulan jugak sebelum departure date. Sebulan selepas tu baru tringat, lahhh aritu masa promo beli tiket sehala jer, kang nak balik mcm mane pulak xde tiket. Barulah gigih tgk semula route dan ape yang menarik di WUHAN. Alamak, skali buat research, xde ape yang best kat wuhan, bandar biasa jer. Nasiblah badan tiket dh beli lah pulak. So time ni lah otak tetiba jadi genius, kita kaji punya kaji, so ape kata kita buat multicity route. Akhirnya setelah difikirkan kos, saya buat keputusan utk beli tiket balik dari CHENGDU ke kl sengan harga RM305 sehala. Atas faktor byk tempat menarik di Chengdu, maka pit stop terakhir sini lah menjadi pilihan dan harga tiket balik ketika itu yang paling murah.
2 bulan sebelum berlepas, maka bermulalah operasi membuat research hardcore. Setiap research trip apepun sekali dimulakan dulu dengan route ataupun jadual perjalanan. So route saya bermula dari Wuhan dan berakhir di Chengdu. So, amik kita pit stp menarik diantara 2 bandar tersebut. Jadi disitulah saya mula sedar akan kewujudan ZHANGJIAJIE. Sepertinya saya kurang mengetahui sangat nama tempat ini, tetapi setelah mengenali nya sis jatuh cinta tahap kronik kat tmpt ni.
Trip kali ni seramai 5 orang sahaja termasuk sis lah yer. Dan sis publish di FB berkaitan trip ni, utk mencari geng nk join. So 5-6 orang 1 trip tu just nice senang nak handle. Yang paling best klu yg join tu geng2 dah biasa ikot trip dan dah faham perangai each other. Dan menambah kan lagi advantage pada trip ni, salah seorang buddies saya pandai ckp cina, senang giler lah betol2 memudahkan perjalanan memandangkan di kawasan pedalaman payah nak communicate. Beruntung betol dpt cr geng pndai ckp cina ni. Nak nego beli barang pun senang, minta diskaun tak payah beria, sbb diorg excited bila nampak geng gugirls muslim bertudung pandai ckp cina.
OK, berikut antara costing besar yang saya dah settle awal2 booking dari Malaysia lagi. Maksudnya semua urusan tempahan dan bayaran dah confirm fixed price dan dah sharing cost dengan semua travel buddies. So masa travel, kos2 besar kitorg dh xfikir sgt. Just prepare kos2 seperti makan, transport seperti public bas, teksi dan juga private car dengan guide. Kemudian kami prepare untuk duit tiket masuk tempat lawatan dan sedikit duit shopping.
Trip kali ni seramai 5 orang sahaja termasuk sis lah yer. Dan sis publish di FB berkaitan trip ni, utk mencari geng nk join. So 5-6 orang 1 trip tu just nice senang nak handle. Yang paling best klu yg join tu geng2 dah biasa ikot trip dan dah faham perangai each other. Dan menambah kan lagi advantage pada trip ni, salah seorang buddies saya pandai ckp cina, senang giler lah betol2 memudahkan perjalanan memandangkan di kawasan pedalaman payah nak communicate. Beruntung betol dpt cr geng pndai ckp cina ni. Nak nego beli barang pun senang, minta diskaun tak payah beria, sbb diorg excited bila nampak geng gugirls muslim bertudung pandai ckp cina.
OK, berikut antara costing besar yang saya dah settle awal2 booking dari Malaysia lagi. Maksudnya semua urusan tempahan dan bayaran dah confirm fixed price dan dah sharing cost dengan semua travel buddies. So masa travel, kos2 besar kitorg dh xfikir sgt. Just prepare kos2 seperti makan, transport seperti public bas, teksi dan juga private car dengan guide. Kemudian kami prepare untuk duit tiket masuk tempat lawatan dan sedikit duit shopping.
COSTING KASAR
(Sbb cost bersih xingat benda2 kecik xamik kira sgt)
Tiket flight Kul - Wuhan - Chengdu Kul (Airasia) = RM508.50
Tiket flight Zjiajie - Chongqing (Juneyao Airlines) = RM430.00
Tiket train wuchang - xiangyang = RM58/pax
Tiket train xiangyang - zhangjiajie = RM78 hard sleeper
Tiket train chongqing - chengdu = RM57.00
Hotel Home Inn Wuhan = RM45/pax 1 malam
Hotel Zhangjiajie Mini Inn = RM80/ pax 2 malam
Chengdu Flipflop Hostel = RM45/pax 1 malam
Chongqing Inner Apartment = RM70/pax 1 malam
DARI ZHANGJIAJIE, KAMI NAIK JUNEYAO AIRLINES UNTUK KE CHONGQING |
MENAIKI EXPRESS TRAIN DARI CHONGQING KE CHENGDU |
WELCOME TO ZHANG JIA JIE (Avatar World Begins Here) |
TEMPAT DIMANA BERMULANYA KES PERTAMA CORONAVIRUS DIJUMPAI....WUHAN |
JADUAL PERJALANAN
12/9/2019 THURSDAY (KUL - WUHAN)
4.30 pg Berkumpul di KLIA2
6.30 pg Berlepas ke Wuhan
12.00 mlm Menaiki teksi ke hotel taxi besar boleh muat 7 orang
HOME INN (Wuchang Railway Station)
1.30 pg Dijangka smpi hotel dan check in rehat
13/9/2019 FRIDAY (WUHAN)
8.00 pg Sediakan makanan utk bekalan
9.00 pg Wuhan city tour. Luggage tinggal di hotel.
Yellow Crane Tower, Qingchuan Pavilion and Guishan TV Tower
Hubu Lane, East Lake Scenic Area, Wuhan Yangtze River Bridge
Jianghan Pedestrian Street - Qiaokou Mosque 146 Minquan Road Jianhan
Qiyi Street Mosque
4.00 ptg Ambil luggage kemudian ke train station Wuchang
5.00 ptg Menaiki train ke Xiangyang dijangka smpi 7.30mlm
9.15 mlm Menaiki train dari ziangyang utk ke Zhangjiajie perjalanan selama 8 jam30 minit
Overnight di dalam train
14/9/2019 SATURDAY (ZHANGJIAJIE)
6.00 pg Dijangka smpi di Zhangjiajie
6.30 pg Menaiki taxi utk ke hotel dan check in ZHANGJIAJIE MINI INN
Boleh juga jalan kaki sahaj ke hotel 15 minit
9.00 pg Fullday tour Zhangjiajie National Forest Park (Wulingyuan Scenic Area)
Menaiki cable car ke Tianze Mountain (Berjalan di sepanjang laluan gunung di Tianzi)
Yuanjiajie Scenic Area gunung yg dikatakan sebagai inspirasi untuk Gunung Hallelujah Avatar
Menaiki lift kaca Bailong Elavator yg dibina ditepi tebing yg merupakan tertinggi didunia
7.00 ptg Pulang semula ke hotel rehat
15/9/2019 SUNDAY (ZHANGJIAJIE)
8.00 pg Bfast di bilik prepare bekalan makanan
9.00 pagi Halfday tour to TIANMEN MOUNTAIN
2.00 ptg Pulang ke hotel dan checkout
3.00 ptg Gerak ke Hehua airport perjalanan 15 minit
3.30 ptg Dijangka smpi airport urusan check in
5.30 ptg Menaiki flight ke Chongqing perjalanan 1 jam
7.00 ptg Dijangka smpi di Chongqing
9.00 mlm Check in di Chongqing Inner Apartment
16/9/2019 MONDAY (CHONGQING)
9.00 pg Fullday tour Chongqing
Hongya Cave Cultural Centre
Jiefangbei Square (Pedestrian Street)
Jiefang People Monument
Chongqing Mosque (Muslim Mansion)
4.00 ptg Gerak ke Chongqing North Railway Station
6.00 ptg Bertolak dr chongqing ke Chengdu menaiki train perjalanan 2j30minit
8.30 mlm Dijangka tiba di Chengdu terus check in
17/9/2019 TUESDAY (CHENGDU)
9.00 pg Fullday tour chengdu
Panda Research, Shopping di Wang Fu Jing Department Store
Tianfu Square, Pondok Dufu, Jinli Ancient Street, Chengdu Mosque
9.00 mlm Gerak ke Chengdu Airport
11.30 mlm Berlepas ke kul
18/9/2019 WEDNESDAY
5.00 pg Dijangka sampai di KLIA2
Berikut gambar-gambar menarik di setiap tempat yang saya sempat pergi sepanjang trip ni. Insyallah panjang umur murah rezeki, saya nak repeat lagi ke Zhangjiajie dan Chongqing dengan tambahan beberapa tempat menarik lagi untuk kita explore.
Antara tempat menarik di Wuhan;
No comments:
Post a Comment