Cerita
Dari Seorang Wanita Yang Gemar Melancong Bersama 2 Orang Anak Kecil
#Mommypacker
#KisahDikongsikanBerdasarkanPengalamanSendiri
#MungkinBerbezaPendapatDenganSesetengahIbuBapa
Gmbr ketika bercuti ke Hatyai menaiki bas dari Kl Sentral pada bulan Mei lalu |
Kwn2
Fb, Ig dan Blog mungkin sudah tahu yg mana sis seorg yg sgt suka travel dan
mesti bwk anak bersama. Sis ada 2 org anak Mia berumur 5 thn dan Fayyadh 2 thn
7bln. Anak2 sis sudah diajar bawa travel bermula seawal 5bln. Maksudnya trip
pertama diorg ketika berusia 5bln. Trip pertama Mia semasa usia 5bln adalah ke Bangkok
dan Fayyadh pula ke Tokyo.
Juga
mungkin ramai yang perasan, sis kemana saja mmg tidak ditemani suami krn suami
xminat travel. Minat dan kecenderungan kami mmg berbeza. Tp alhamdulillah suami
tidak menghalang minat sis utk teruskan hobi melancong ni selepas kawin dan
juga selepas ada anak. Tetapi syaratnya walau kemana saja, anak harus dibawa.
Jgn nnti bersuka ria melancong, anak ditinggalkan bersama org tua pula yang
terpaksa jaga. Namun sesekali mungkin 2-3 kali dlm setahun ada kalanya sis
tinggalkan juga anak-anak tinggal bersama keluarga utk dijaga kerana trip
tersebut mungkin terlalu extreme utk mereka.
Kadangkala
byk persoalan dikalangan rakan2 media sosial kerap timbul di komen2 dan juga
private message. Bermacam persoalan yg ditimbulkan. Jadi disini sis kongsikan
beberapa persoalan yg mungkin boleh membantu meyakinkan org lain utk tidak
takut melancong bersama anak kecil. Sis kongsikan disini supaya ramai2 dpt
baca, so tidaklah perlu sis nk kene reply sorg2 segala persoalan kan.?
1. Sejak bilakah sis mula minat melancong?
Mula
minat melancong dari zaman remaja lagi bermula umur 20 tahun ketika di
universiti. Ketika di U dulu, sis kerap juga sewa kete berjalan sakan dlm
Malaysia dengan kwan2 buat konvoi raya ataupun jalan-jalan dengan keluarga.
Kebetulan keluarga sis mmg suka melancong dan itu mungkin salah satu penyebab
sis juga begitu. Dari kecil abah dan mama sis selalu bawa jalan-jalan habis
pusing satu Malaysia. Apabila dah besar dah pegang duit sendiri ketika itu mula
melancong jauh sedikit ke luar negara. Kali pertama sis menaiki kapal terbang
ketika itu menaiki MAS ke Kuching Sarawak. Seronok betul rasanya ketika itu.
Umur waktu itu baru sahaja 15 tahun. Kiranya anak-anak sis sekarang untunglah 5
bln pun dh merasa naik kapal terbang kan.
Cumanya
sejak sis berhenti kerja pada Mac 2015 selepas melahirkan anak kedua dan
mengambil keputusan untuk menjaga sendiri menjadi surirumah sepenuh masa,
aktiviti travel sis makin menjadi-jadi plak kerana anytime boleh travel tanpa
perlu nk fkir baki cuti lagi dah. Tapi factor kewangan pulak terhad. Tidak
mengapalah, sis percaya rezeki ada dimana2 sahaja janji kita usaha kan.
2. Macam mana sis mampu uruskan anak-anak
apabila melancong secara backpackers?
Melancong
secara backpackers adalah lebih fleksibal berbanding menggunakan travel agent
kerana ianya merupakan trip kita sendiri sahaja tidak melibatkan orang lain.
Jadinya menguruskan anak-anak lebih senang. Jika anak lapar, pada bila-bila masa
kita boleh berhenti bagi makan pada anak-anak. Jika anak meragam, meraung
menangis, tak perlu lah nak risaukan orang lain berasa tidak selesa dengan
perangai anak kita. Jadi ianya memudahkan urusan kita menguruskan anak. Selain
itu, pembantu juga perlu ada ketika melancong bagi menguruskan anak. Biasanya,
sis akan bawa mama sis untuk jadi peneman ketika melancong kemana-mana.
Cumanya, kaadangkala sis gigih juga pergi melancong hanya kami 3 beranak sahaja
tanpa peneman.
Ketika di Chiang Mai menaiki tuk-tuk. Sorg mengantuk tido, sorg lagi tu pun dah mamai2 nk tido juga kepenatan |
Bila
kita sudah tekad untuk keluar pengembara bersama anak-anak, bermaksud
persediaan mental dan fizikal sudah siap semua kerana kita memerlukan tenaga
yang sangat banyak apabila membawa anak bersama. Kadangkala ada yang mahu
berdukung, kerana sudah penat berjalan. Penah terjadi ketika di Hanoi, anak sis
Mia sudah sgt penat berjalan, dan ketika itu di tak berapa sihat, jadi sis
dukung dia hamper 2km dengan menampung berat 25kg. Tapi byk kali berhenti lah
rasa nak patanh pinggang jap. hehehe Jadinya, apabila persediaan sudah dibuat,
maka berdoa dan tawakal sajalah semoga perjalanan kembara kita dipermudahkan
dlm segala urusan selamat pergi dan selamat pulang semula.
Pesanan,
jgn terlalu fussy dlm sesuatu perkara jika anda melancong bersama anak kerana
jika anda tidak boleh fleksibel dgn mereka, asyik mahu mereka ikut ckp kita
shj, nnti lama2 kita juga yg stress dan menjadikan trip tersebut tidak best.
Just make it simple in everything. Contohnya, jgn lah terlalu mahukan
kesempurnaan dalam semua perkara. Anak nk main kotor tak boleh, semua benda nak
komplen saje, cashier buat keje lambat pun kita dh bising, semua benda kecil2
mcm ni klu itupun tidak boleh ditangani dengan mudah, dan semunya nk dipandang
berat, maka trip tersebut jadi hambar tiada fun.
3. Pengalaman manis dan pahit melancong
bersama anak-anak?
Klu mood mereka tengah ok, barulah dpt snap pic comei2 macam ni. Lagi2 klu dpt kids yg xsuka bergambar mmg susahlah nk ajak posing sama2 |
Pengalaman
Manis sangat byk. Pastinya melancong bersama anak seronok apabila gelak ketawa
mereka sentiasa menjadi penyeri sepanjang ketika melancong. Kita akan lebih
enjoy trip tersebut klu anak-anak sgt
excited dengan tempat baru yg mereka pergi. Contoh spt anak sis Mia, now dia dh
faham dan kenal negara2 yg dia pergi. So skrg yg melekat dihatinya Australia. Fayyadh
pula seorang yang sukakan segala benda disekelilingnya. Dia klu nmpk air
terjun, binatang-binatang ditepi jalan, bangunan yang besar-besar, mesti akan
jadi super excited.
4. Kos tambahan yg perlu disediakan
apabila melancong bersama anak-anak?
Apabil
kita sudah mempunyai anak-anak, pastinya kos melancong lebih tinggi berbanding
melancong bersendirian ataupun bersama kawan-kawan. Selain kos wajib spt
penginapan, pengangkutan, makan minum dan lawatan, jika melancong bersama anak
harus ditambah dengan kos tambahan lain antaranya seperti kos entertainment.
Apakah kos hiburan ni? Maksudny kos tambahan reserve utk mereka.
Contohnya,
anak menangis kerana ternampak permainan di sebuah kedai. Jadinya sis terpaksa
beli daripada mood anak spoil buat perangai sepanjang perjalanan, baiklah
dibelikan permainan tersebut. Klu ada 2 anak maksudny 2-2 org kene dpt
permainan sebab nnti bergaduh berebut pulak.
Ketika di Rumah Mode Bandung. Masing-masing nak mainan. Bila dah dpt, cari port tepi kolam terus main xsabar nk bukak mainan baru. |
Contoh
lain, anak-anak nk makan ice cream, nak main playground berbayar di mall, semua
itu memerlukan kos yang wajib dimasukkan dlm kira-kira ketika membuat
persediaan. Anak sis sgt suka toys, jadinya setiap kali melancong mmg akan
reserve RM200 utk permainan sahaja. Nak buat mcm mane, ikutkan hati mmg
membazir kadangkla beli benda yg sama, tp kenalah faham juga naluri kanak-kanak
mmg sukakan permainan. Seperti mana mereka cuba memahami minat mama nya yg suka
melancong begitu juga kita kene memahami minat mereka. Xgitu kan!!!!
Ketika di Hokkaido, setiap hari bdak 2 org ni makan ice cream. Dah lah mahal klu convert satu ice cream tu rm15-20 tau. fengsan lah mak aiiii... |
5. Bagaimana persediaan utk melancong
bersama anak kecil?
Persediaannya
sama saja seperti mana kita membuat persediaan untuk diri sendiri cumanya ada
extra sedikit sahaja. Antara persediaan yang perlu dipastikan adalah kewangan,
jadual perjalanan yang lebih fleksibel supaya tidak terlalu padat sehingga anak
menjadi terlalu penat atau kebosanan. Selain itu persediaan dari segi packing
luggage juga penting. Seperti sis, kemana saja pergi jika travel secara
backpackers, hanya satu luggage troli size kecil sahaja dibawa utk pakaian
pampers dan segala macam keperluan. Juga beg sandang belakang utk meletak pampers,
baju spare dan juga bekalan makan minum. Kita tidak boleh terlalu bawa terlalu
byk brg kerana kudrat nak jaga beg dan anak-anak sgt terhad. Lagi2 klu anak
super aktif, pantas berlari macam fayyadh tu, sekelip mata klu alpa boleh
hilang dr pandangan.
2 beg ni sajalah sis bawa ketika trip jelajah vietnam selama 10 hari pada nov tahun lepas. Penting utk kte tahu cara packing seminimum yg boleh supaya tak perlu bawa brg byk sgt |
6. Negara mana yang sesuai untuk melancong
bersama anak kecil?
Tidak
ada negara yang spesifik diklasifikasikan sebagai negara yang sesuai atau tidak
kerana bagi sis kemana saja kita boleh melancong asalkan persediaan nya sudah
ada. Tetapi tidaklah termasuk negara2 di zon perang, negara yg mempunyi wabak
virus dan juga negara yang mempunyi kadar jenayah yang tinggi. Selain dari
negara tersebut, Insyallah boleh saje bawa anak melancong bersama. Jika baru nk
memulakan melancong bersama anak kecil buat kali pertama, apa kata cuba dulu
dalam Malaysia sahaja. Kemudian apabila confident level sudah makin tinggi,
berganjak jauh skit ke negara2 jiran kita seperti Indonesia dan Thailand.
7. Apa kebaikan bawa anak-anak melancong
bersama?
- - Anak seawal usia 2 tahun sudah mengenali
Negara yang mereka pergi. Walaupun Fayyadh baru berusi 2 tahun 7 bln ketika
ini, tetapi dia sudah tahu klu nak naik elephant kene pegi Thailand. Klu nak
tempat sejuk pergi Jepun.
- - Ketahanan mental dan fizikal anak juga
bertambah. Mereka sama-sama membuat aktiviti seperti mama mereka buat. Mendaki
gunung, meredah hutan, mandi sungai, panjat pokok dan macam-macam lagi aktiviti
yang boleh menguji ketahanan mereka.
Gmbr ketika di Stone Garden Geo Park Citatah Padalarang Bandung. Setelah 30 minit mendaki bukit, akhirnya berjaya juga mereka berdua ni smpi ke puncak |
- Hubungan mama dan anak juga semakin hari semakin erat. Punyalah erat, sampai nk gi toilet kids nk ikot. Mengekor saja kemana pergi. Naik rimas pun ada jugak kadang tu sbb nk berkepit saja dengan mak nya.
- - Ketika melanconglah anak-anak sis tidak
terdedah kepada laptop, tv, ipad dan ipong segala mcm gadget yang adalah. Mmg automatic
diork lupa psl gadget. Sbb di tempat baru, byk benda mereka excited nk explore.
Klu dirumah ya ampun, masing2 main gadget saje smpi leka segala benda.
8. Siapakah yang selalu menemani sis
ketika melancong tanpa suami?
Klu
korg perasan, Mesti sudah mengetahui Mama kesayangan sis lah yg selalu menemani
ketika sis melancong kemana saja. Kadangkala adik-beradik juga kerap juga
mengikut sis melancong. Cuma tidaklah sekerap dengan mama kerana mereka bekerja
terbatas dengan kekangan cuti. Tidak seperti mama, dah pencen jadi anytime bleh
follow sis. Mama seorg yg aktif alhamdulillah masih kuat pada usia 60thn sgt
suka melancong secara backpackers.
No comments:
Post a Comment