TRIP SURABAYA/BATU/MALANG/MT BROMO/MADURA
Salam sayang uols. Nah akk share dgn uols semua details sape2 yg nk gi surabaya. Kat sini akk dh share jadual yg akk buat masa akk gi trip ni. Kat sana akk guna pak supir nama nya Pak Asyirin. Boleh hubungi beliau klu korg nak kan khidmat sewa kereta dan pemandu skali. Ni no hp dia klu nk whatsup pun boleh jgk +628123247347
Trip akk selama 5 hari ini seperti jadual yg akk beri dibawah, setelah berbincang bagai...berbalas2 whatsup dan whatsup call lg, akk pun setujulah dgn harga RP3,550,000 da termasuk semua kos sewa kereta, supir, tol utk ke madura dan parkir. Utk penginapan akk booking online saje dr agoda dan booking.com manakala utk tiket masuk ke tempat lawatan bila dh smpi situ br beli tiket.
DAY 1 - 29/1/16 Jumaat
8.30 MLM - DIJANGKA TIBA DI JUANDA AIRPORT
9.00 MLM - MAKAN MALAM DI KEDAI RAWON SETAN (FEMES KAT SURABAYA NIIIII) - lepas dh rasa mkn kat sini, xdelah sedap mane pun tp harga nye mahal ya rabbi
10.00 MLM - CHECK IN HOTEL 88 JLN EMBONG KENONGO 11
Menurut penceritaan pak supir, kdai ni hanya bkak lewat ptg hingga jam 2pg. Tu sbb namanya setan krn muda mudi byk melepak waktu mlm mcm setan. Katanya lah.... |
Hotel ni ok, menu bfast pun sedap mcm2 ada. Bilik pun cntik, selesa bersih. |
DAY 2 - 30/1/16 Sabtu
8.00 PG - BFAST DI HOTEL
9.00 PG - MULAKAN CITY TOUR SURABAYA (Monumen kapal selam,
jambatan suramadu, House of semporna, Klenteng Hok Tiek Hian & tugu terkenal surabaya) - jambatan suramadu adalah jambatan yg menghubungkan diantara madura dan surabaya.
11.00 - JALAN2 KE MADURA. MELAWAT TEMPAT TENUNAN KAIN SERTA BATIK TULIS ISTIMEWA MADURA DAN MERASA KEENAKAN BEBEK GORENG TERKENAL DI BEBEK SHINJAY.
1.00 TGHARI - SOLAT ZOHOR DI MASJID CHENG HO
2.00 PTG - SHOPPING DI PASAR TURI SURABAYA
4.30 PTG - SOLAT ASAR DI MASJID AMPEL (MAKAM WALI SONGO)
5.30 PTG - MELAWAT DAN SHOPPING DI PASAR ARAB BLAKANG MASJID
AMPEL
7.00 MLM - SOLAT MAGRIB DAN MAKAN MALAM DI WARUNG BU KRIS
8.30 MLM - SHOPPING DI PASAR MALAM KODAM LIMA BRAVIJAYA
(Hanya dibuka sabtu mlm shj) - jgn lepaskan peluang pegi pasar ni mmg best sgt besar dan happening
10.00 MLM - PULANG KE HOTEL DAN REHAT
Jualan kurma di Pasar Arab di belakang Masjid Ampel |
Tugu ikon surabaya. Pertemuan buaya & jerung. Nak tau kisah mcm mane dpt nama SURABAYA, kenelah dtg sini nnti pak supir cite |
Tol nk masuk jambatan suramadu |
Welcome to Madura..... |
Di perusahaan keluarga yg membuat tenunan dan batik istimewa dari madura |
Masjid Ampel (Sunan Ampel) dimana terdapatnya makam wali songo. Di sepanjang lorong ke masjid ini juga akan melalui lorong yg digelar Pasar Arab yg menjual pelbagai brgan spt kurma, kismis, jubah, kopiah, inai dan mcm2 lg |
Bergambar dihadapan monumen kapal selam. |
Jambatan Suramadu yg menghubungkan Surabaya dan Madura. Nak cross jambatan ni kene lalu tol |
DAY 3 - 31/1/16 Ahad
8.00 PG - BFAST DAN BERSIAP UTK CHECK OUT
9.00 PG - GERAK KE MALANG YG MENGAMBIL MASA HMPIR 3 JAM
12.00 TGHARI - MELAWAT LADANG APPLE KESUMA AGROWISATA DAN
TAMAN MANIATURE JAWA BARAT
1.00 TGHARI - KLU SEMPAT KE AIR TERJUN MALANG COBAN RONDO
1.30 TGHARI - LUNCH DAN SOLAT ZOHOR DI RESTORAN BERDEKATAN
2.30 PTG - MELAWAT JAWA TIMUR PARK (JATIM2)
5.30 PTG - MINUM PETANG DI BAKSO ARIEF (FAMOUS DI MALANG)
7.00 MLM - SOLAT MAGRIB DI MASJID TIBAN MALANG DAN DINNER DI
RESTORAN ALU-ALU
8.00 MLM - THEME PARK BATU NIGHT DAN UPTOWN MALANG
10.00 MLM - AKTIVITI TAMAT DAN CHECK IN DI VILLA BIRU 111
Batu Green Park - highly rekomended utk menginap kat homestay ni. Tuan rumah sgt baik hati dan rumah sgt cntik
Oleh krn JATIM PARK 2 ni sgt besar, adalah lebih bagus sewa speda ni. 3 jam hanya RP100,000 saje. Mmg layan abis naik benda alah ni siap buat racing lg |
Time ni baru terasa jakun tgk epal |
Melawat ladang epal.... Punyelah puas mkn epal kat sini. petik trus ngap |
Mia & Fayyadh paling suka tmpt ni JATIM PARK 2. Macam2 ada mmg kene peruntukan sehari klu kesini. |
Berlatar belakangkan Air Terjun Coban Rondo Masjid Tiban.Sgt unik rekabentuk masjid ni dan pelik pun ada jgk. Tu br tgk luar bgunan dh rasa pelik, klu korg tgk rekaan dlm, lg lah rasa pelik. Mmg klu xbiasa, bleh sesat masuk masjid ni sgt besar dan byk lorong |
DAY 4 -1/1/16 Isnin
8.00 PG - BFAST DAN BERKEMAS2 UTK CHECK OUT
9.00 PG - LAWATAN KE MUSEUM ANGKOT MALANG & MOVIE STAR
STUDIO - highly rekomended utk pegi tmpt ni. mcm xsangka kat indonesia ada tmpt hebat mcm ni
12.30 TGHARI - MAKAN TGHARI DAN SOLAT ZOHOR
2.00 PTG - BERTOLAK MENUJU KE BROMO YG MENGAMBIL MASA SELAMA
1 JAM 30 MINIT
4.00 PTG - CHECK IN DI HOMESTAY
8.00 MLM - DINNER DAN REHAT
Jom layan sebentar beberapa pic akk di
Museum angkot & Movie Star Studio
DAY 5 - 2/1/16 Selasa
3.30 PG - BERSIAP GERAK MENUJU KE GUNUNG BROMO UTK MELIHAT
SUNRISE PERJALANAN MENGGUNAKAN 4X4 (CUACA SGT SEJUK PLZ PREPARE)
7.00 PG - BFAST DAN SOLAT
DI GUNUNG BROMO
7.30 PG - HALFDAY TOUR GUNUNG BROMO
1.00 TGHARI - DIBAWA MAKAN LUNCH DAN PULANG KE HOMESTAY UTK
CHECKOUT
2.00 PTG - BERGERAK MENUJU KE SURABAYA DAN SINGGAH DI PUSAT OLE2 SEBELUM KE AIRPORT
4.00 PTG - DIJANGKA TIBA DI JUANDA AIRPORT
6.30 PTG - FLIGHT
PULANG KE KUALA LUMPUR
Sebelum nk tutup cerita berkenaan trip ni, jom layan beberapa pic kemuncak trip ni iaitu ke Gunung Bromo. Ketika akk pegi sini, xdpt smpi sehingga pasir hitam kat penanjakan tu sbb bromo ngah meletus time ni.
Salam cik.nk Tanya harga 3.5 juta tu termasuk jeep dan tiket masuk ke bromo ke.t kasih
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi singgah ke blog saya....happy sharing sis.... Jemput like dan follow FB dan IG sy juga Nelyany Jamil (Mommypacker) utk dapatkan update info trip dengan lebih pantas.
DeleteMenjawab soalan encik, harga 3.5 jt tersebut adalah utk kos sy nyatakan diatas sahaja. Jadi maksudnya tiket ke bromo, bayaran jeep tidak termasuk.
Terbaik
ReplyDelete