Sunday, May 14, 2017

BERNINA EXPRESS SWITZERLAND


ASSALAMUALAIKUM.....


Happy monday morning uols. Smalam kte dah celebrate mothers day kan. Mesti semua follower akk celebrate best2 dgn family masing2. Ok kali ni akk nk share antara pengalaman akk yang paling tak ternilai rasanya apabila dpt merealisasikan impian utk menaiki Bernina Express di Switzerland. Pada awalnya agak bercinta jgaklah masih was2 sama ada nak naik atau tak sbb bila tgk harga tiket di website sentiasa mahal. Tp klu hati tu dah memberontak nak jgak, mahal mcm mane pun gigihkan jgak beli tiket. Seperti mana yg diketahui, Swiss merupakan sebuah negara high cost living. Jadi segalanya disana adalah amat mahal. Utk pengangkutan train sahaja akk spend almost RM1000 walaupun hanya berada di swiss selama 2 hari. Ye....sgt mahal pengangkutan disana.

Sebelum akk cite lebih panjqang, jom layan video yang akk 
sempat lah buat sikit utk kasi uols sume feel nak pegi kesini.



 BERNINA EXPRESS SWITZERLAND

- Salah satu lintasan alpine paling hebat: iaitu Bernina Express dari Chur / Davos / St. Moritz ke Valposchiavo - Tirano. 

Image may contain: one or more people, train and outdoor

- The Bernina Express adalah sebuah kereta api yang menghubungkan Chur di Switzerland untuk Poschiavo di Switzerland dan Tirano di Itali oleh menyeberangi Swiss Engadin Alps. Akk memilih route dr Chur ke Tirano. 

No automatic alt text available.
Route utk train bernina. Dr Chur sehinggalah ke Pontresina amik masa dlm 1 jam 30 minit
kemudian tukar train. Pontresina ke Poschiavo amik masa dalam 40 minit.
Poshiavo ke Tirani ni barulah akan naik panaromic train lebih kurang 30 minit.
Panaromic Train ni tingkapnye besar mmg puas utk layan view.

- Purata masa perjalanan: 4 jam 0 minit
End: Tirano

- Jenis perkhidmatan: kereta api Inter-bandar operator semasa: Rhaetian Railway

- Tempat: Graubünden, Switzerland, Negeri Sondrio, Italy

- Menikmati panorama melalui laluan yg diiktiraf oleh UNESCO Welterbe RhB sebagai antara laluan keretapi yg mempunyai panorama glacier terbaek.

- Laluan keretapi ini akan melalui glasier gunung. Akk pergi pd musim winter, jadi pemandangan salju memutih mmg memukau mata tanpa sempat berkelip kerana terlalu terpukau dgn ciptaan Allah swt.

- The Bernina Express menghubungkan utara Eropah dengan Selatan sebagai laluan kereta api yang tertinggi di seluruh kawasan Alps, jambatan antara wilayah bahasa dan budaya.

- Jalan kereta api ini melalui pergunungan Albula dan Bernina. Mempunyai 55 terowong, 196 jambatan dan cerun sehingga 70 per mille, namun perjalanan menaiki kereta api ini terasa spt sgt lancar walapun melalui tebing curam, laluan licin dan train ni menguasai dengan mudah. 

- Paling menarik pengalaman menaiki train ini adalah tingkapnya yg boleh dibuka dan membenarkan butiran salji memukul ke muka kite apabila train bernina ni meluncur laju di landasan nya. Mmg sgt memukau.

- Pada 2253 meter di atas paras laut, bumbung RhB, yang Ospizio Bernina. Di sini keseronokan alam semula jadi dan pengalaman budaya menjadi satu, di sini mereka menjadi pengalaman yang paling indah di Alps. Laluan dari Thusis - Valposchiavo - Tirano tergolong dalam tapak Warisan Dunia UNESCO dan merupakan ciri penting di dalam Kereta Api Rhaetian.

- Keseluruhan perjalanan dari Chur ke Tirano memakan masa lebih 2 jam. Jadi dlm keadaan yang sejuk ni, perut akan sentiasa lapar. Adalah sangat 'rare' melihat org menaiki train dan berkelah dlm train kan. Tp itulah yg akk buat dgn kwn2. Masing2 bukak bekal nasi berlaukkan sambal ikan bilis yg super pedas bersama kicap. Pastu masak pulak air dan buat air kopi. Memang pengalaman yang takkan dapat dilupakan.

Image may contain: 1 person, sitting and indoor

Meh akk nk share dgn uols betapa teruja nye akk dapat merasai sendiri pengalaman menaiki train ni. Akak doakan semua kawan2 akk dapat juga berpeluang merasai pengalaman mcm ini.

Image may contain: sky, tree, cloud, outdoor and nature

Image may contain: 2 people, snow, mountain and outdoor

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: cloud, sky, outdoor and nature

Image may contain: sky, tree, snow, train, outdoor and nature



















No comments:

Post a Comment

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...