Monday, May 6, 2013

MEDAN, INDONESIA (13-16 OCT 2010)

Salam semua. 

Sebelum memulakan ape2 pun kata2, mestilah ucapan salam yang mendahului segalanya. Untuk post pertama travel yang aku nk share ni adalah trip ke Medan selama 4 hari 3 malam. Trip ni adalah sempena HONEYMOON ku tau. Aku berkahwin pada tarikh 10.10.10 pada hari ahad. 2 bulan sebelum majlis, abah ku telah menyuruhku membeli tiket Airaisa secara online. Katanya survey jelah mane2 tempat menarik dan murah kerana tiket tu dialah yg sponsor. So aku survey punye survey, last2 dpt lah tmpt ni yang bernama Medan. Kalau tak silap aku harga tiket ketika itu RM86.00 lah sorg. jadi aku telah membeli 7 tiket. 2 utk aku dan suami, 2 utk mama dan abah ku dan 2 tiket lg utk abah dan mak mertua ku dan 1 tiket lg utk nenek ku, yang mana tiket ni semuanya di sponsor oleh abah ku.

Nak dijadikan cerita, sebelum nk gi tu, kan lg 2 bulan dah beli tiket, sajelah war2 kan pada semua fmily members yg lpas kwin nnti aku gi honeymoon kat Medan sekali dgn parent&parent in law. Last2 nk dipendekkan cerita, ramai plak yg nk join honeymoon aku ni. Dipendekkan cerita lg, semua yg join trip ni adalah 18 org terdiri drpd pakcik, makcik, nek, biras, sepupu sepapat, dan adik beradik serta ipar duai. Dahsyat kan, xpenah dibuat org gi honeymoon bawak fmily 1 bas skali.


Tu dia gambar semua yang join trip ke medan ni pada 13 - 16 Oktober 2010, hanya 3 hari selepas majlis perkahwinan ku. Gambar tu diambil di hadapan Istana Maimoen, Medan

Trip aku ke sana menggunakan Travel Agen lah kerana ramai kan, so klu nk terjah main urus semua sendiri mungkin agak kelam kabut memandangkan group ni mcm2 golongan usia. So aku menggunakan khidmat Fantasy Holiday sebuah syarikat perlancongan di Medan. Dari mana aku dpt travel agent ni, huhuhu... dari kenalan aku jgak utk trip yg penah aku pergi sebelum ni. Harga pakej all in semua settle xtau ape, bawak duit shopping je, harganya RM380.00 sahaja.Tapi harga tu xtermasuk airport tax di Medan ye, kene byar kat airport medan masa nk balik nnti. Harga airport tax di Medan Rp75,000. Oklah, mcm panjang lebir membebel ni, aku teruskan dengan jadual perjalanan aku bermula dari LCCT Airport.

Flight dr LCCT agak pagi lah klu xsilap jam 8.45pg. Time tu hati berbunga2 mekar, al-maklumlah org baru kahwin lah katakan. Oleh kerana yg pergi ni ramai ahli keluarga yg join, so makesure semua nye kne smpi airport awal 2 jam sebelum depart. Flight ke Medan kejap je dlm 45 minit, so oklah. Tak berapa suka flight lama2 ni, boring.

 Dihadapan Airport Polonial Medan. Ni airport tentera memandang kan medan xde airport sendiri kan.



Orang baru kahwin, sedondon gitu. Jgn jeles ye...

Sesampai je di Medan, kami terus di bawa melawat Istana Maimoen yang mana merupakan antara istana yg indah dengan struktur senibina nya.

Pemandangan di hadapan istana maimoen dah juga didalam bangunan istana.

Berikut aku sertakan jadual keseluruhan perjalanan aku ke medan selama 4 hari 3 malam. kalau nk cerita satu memang lenguh tangan nk taip. memandangkan trip ni aku guna travel agen, so xdelah yg adventure sgt utk dikongsikan.

Hari Pertama (LCCT - MEDAN - PARAPAT)


Kami disambut oleh pemandu pelancong apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Polonia di Medan. Berhenti di pusat tukaran wang berlesen. Lawatan kami diteruskan dengan  melawat Istana Maimoon untuk melihat Istana Sultan Deli yang dibina pada tahun 1888 dan  ke restoran tempatan untuk makan tengahari. Setelah makan tengahari, kami dibawa ke Parapat Danau Toba. Dalam perjalanan ,kami berhenti di Paten Shop untuk membeli produk makanan tempatan seperti Teng Teng atau Ting Ting. Tiba di Parapat, sebuah bandar di tepi Danau Toba. Kami samapai di Parapat lebih kurang jam 6.00 petang. Memandangkan waktu ketika itu dh lewat ptg, dgn perjalanan yg jauh dlm 5 jam, jadi kami terus dibawa mkn malam di Restoran Silaturahim dan kemudian barulah check in di Danau Toba International Cottage.


Pemandangan dari atas bukit dimana restoran cafe hotel terletak. Memang indah pemandangan dari sini sambil menikmati sarapan pagi yg enak.
 Aksi aku dan husband yang baru je 3 hari kahwin. hehehe...romaktik kan...


Ha, tgk berapa ramai kroni aku bawak utk sama2 join honeymoon aku.


Hari Kedua (PARAPAT - PULAU SAMOSIR - BERASTAGI)
 
Setelah bersarapan pagi di hotel, kami ke Tasik Danau Toba dan perjalanan diteruskan ke Pulau Samosir dengan kapal feri selama sekitar 45 minit. Mengunjungi Perkampungan Tomok untuk melihat makam kuno Raja Sidabutar, kemudian melawat Perkampungan Ambarita untuk melihat kerusi batu yang terkenal dan tempat pelaksanaan Raja Siallagan. Kemudian kami kembali ke Parapat untuk makan tengahari. Setelah makan tengahari anda akan terus ke Berastagi. Dalam perjalanan berhenti di Simarjarunjung untuk menikmati teh halia dan pisang goreng yang terkenal. Berhenti di air terjun Sipiso Piso untuk melihat air terjun setinggi 110 meter  dan pandangan yang indah dan luar biasa dari Danau Toba dari sisi utara. Kami teruskan perjalanan ke Berastagi. Setelah tiba di Berastagi melawat Pusat Pasar Buah tropika untuk membeli buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga. Selepas itu kami check in di Hotel Green Garden dan menikmati makan malam yang enak di hotel tersebut.

 Menaiki feri private ke Pulau Samosir

 Aktiviti di perkampungan ambarita dan tomok







Pemandangan sekita kawasan Airterjun sipiso-piso


Di hadapan hotel tempat kami menginap di Brastagi. Dari 1st day smpi nak balik aku dan husband still sedondon. huhuhu.....ramai yg jeles..

Hari Ketiga (Brastagi-Medan)

Sarapan di hotel,kami terus kembali ke Medan melalui Sibolangit dan Sembahe. Tiba di Medan di mana kami terus di bawa melawat Lovely Galeri dan Toko Batik. Selepas makan tengahari anda akan dibawa membeli belah di Pasar Ikan Lama ( bazaar ) dan Medan Mall. Daftar masuk hotel di Medan dimana kami mennginap di Alphine Hotel kemudian jam 8.00 malam kami dibawa makan malam di restoran tempatan.





Hari Keempat (Medan - KL) 
 
 Sarapan di hotel, kemudian aktiviti bebas dan sehingga jam 12.00 pagi. Kemudian kami check out untuk dibawa makan tengahari di restoran Lubuk Idai. Memandangkan flight balik kami malam, jadi ape lg, sambung shopping lah di Sun Plaza shopping mall terbesar di Medan. Jam 6.00 petang selesai shopping kami dibawa utk makan malam di Merdeka Square, tempat yang mmg happening di waktu malam yang terakhir di medan sebelum dihantar ke lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke KL.


Sekian sajalah coretan aku tentang trip ke Medan. Nantikan trip2 yg lain juga. Nak kene rehat sekejap kerana jari-jemari dah lenguh menaip.

Untuk banyak lagi gambar2 memori aku di Medan, boleh lah tekan link di bawah ni untuk melihat pic2 yg lain.

https://www.facebook.com/media/set/?set=a.159895144030889.32185.100000312125136&type=3



















4 comments:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete
  2. PT.ENJOY HOLIDAY MEDAN TOUR AND TRAVEL
    Add : Medan,North Sumatera - Indonesia
    Telp : 06180019762
    Fax : 06180019782
    Mobile : 085270126984 (Whatsapp)
    Email : enjoyholidaymedan@gmail.com
    Web : http://www.enjoyholidaymedan.com/
    Web : http://www.enjoyholidayindonesia.com/
    Blog : http://discover-medan.blogspot.com/
    Blog : http://enjoyholidaymedantravelandtour.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Melawat ke Medan dan tasik toba , sila dicuba layanan dari TIARA TOURS
    Harga pakej sangat murah dengan layanan best

    Sila contact wa : +62 853 5898 2828 atau hantar email tiaratoursindonesia@gmail.com

    Sila click www.tiaraasia.com

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami dari Herry Cuti Bajet Medan menyediakan Pakej percutian bajet ke Medan, Indonesia dengan harga yang sangat bajet tapi selesa dan menyenangkan. Pakej termasuk semua, anda hanya perlu bawa duit untuk shopping. Tidak risau lagi kos tambahan. InsyaAllah Semua Happy...(^_^)



    Hubungi kami untuk harga Menarik lagi Jimat $$$$$:

    Facebook: Herry Cuti Bajet Medan
    Instagram: herry_tour_medan
    Email: herrycutibajetmedan@gmail.com
    Call/WhatsApp:
    +62 813 9788 0156 (Herry)------->>>>****INDONESIA****
    +6013 4618637 (Ina)------------->>>>****MALAYSIA****

    ReplyDelete

EKSPEDISI KE PERGUNUNGAN AVATAR DI ZHANGJIAJIE CHINA

AVATAR TRIP WUHAN - XIANGYANG - ZHANGJIAJIE - CHONGQING - CHENGDU ASSALAMUALAIKUM SEMUA.... Fuhh lama betol tak update trip2 yan...