TRIP JEJU 7 Hari 5 Malam (13-19 JULAI 2019)
ASSSALAMUALAIKUM
CHUOLS…..
HELLO
HELLO HELLO…
Ceriakan i uols arini.
Mestilah ceria lg seminggu kan nak celebrate birthday i yg ke tut tut
tut…hahahaha. Kita update post bln July ni semua ceria2 belaka. OK alhamdulillah
dah selamat seminggu balik dari trip Jeju, Korea selama 7 hari 5 malam dengan
geng2 spt biasalah. Followers tegar yg dah ade cop mohor kat dahi. Semua trip
mommypacker klu bleh diorg ni nak ikot. Kan xgitu kan…. So kali ni kite just gi
satu MPV jer 7 org semua. Dan mestilah i yg lead dan uruskan everything from A
to Z.
Rancangan ke Pulau Jeju
ni xdelah masuk dlm wishlist pun. Kiranya bkn target dendam kesumat nak gi sbb
Korea kan i is xminat sgt…hahahah…jgn kecam ok sape2 pembaca blog akk yg pro
kpop ker….tp ade jgk drama korea yg akk layan. Ok nak habak tiket gi Jeju ni
kite beli masa promo Airasia. So belilah pada bln 8 tahun lepas. Yoyoyo…hmpir
setahun tu beli tiket….bln 7 tahun ni br dpt gi. Sbb nyer mmg masa beli tu dah
target nak gi bln 7. Lgpun last year trip berderet sgt sebulan smpi 2x tiap2
bln plak tu. So makanya belilah promo tiket jeju ni melangkau setahun. Dengan
harga yg sangat sangat sangat berbaloi, dapatlah I beli 3 tiket berharga
RM427.00/pax bawaklah sekali MIA dan FAYYADH munchy 2 org ni xleh nak tinggal
kenelah hangkot. So total tiket utk 3 orang RM1281.00 return tiket by AirasiaX.
Dah beli tiket buat2 lah lupa…2 bln sebelum tarikh berlepas br lah pulun
planning mcm2 booking ape yg patot. OK sblm I story lebih psl details trip, akk
habak mai sat sedit info berkenaan pulau jeju.
PULAU JEJU (JEJU-DO)
Harga tiket return masa beli bln 8 last year |
- Adalah pulau terbesar
di Korea dan terletak di sebelah selatan korea.
- Terkenal sebagai sebuah
pulau volcanic atau pulau lava juga sebagai Hawaii Korea Selatan
- Pulau jeju terbentuk hasil
daripada kesan aktiviti gunung berapi (volcano)
- Di tengah-tengah pulau
jeju terdapat pula Gunung Hallasan iaitu gunung tertinggi di Korea setinggi
1950m
- Pulau jeju mempunyai 4
musim dan cuacanya sederhana sepanjang
tahun aman dan selesa
PREPARATION
Peta Pulau Jeju dan lokasi tempat-tempat menarik di jeju |
Berikut antara
persediaan yg simple yg I buatlah yer utk ke jeju memandangkan tiap bln travel
so xdelah prepare ape sgt pun. But this article i buat so that nnti kot la ade
yg baca blog ni, boleh refer utk trip uols ke jeju soon.
1. Beli tiket (klu korg leh dpt RM400-RM600 jgn fkir lama2 terus beli tu harga
superb murah. Normal price rm600-800. Klu over RM800 rasanya harga ni mahal utk
korg yg planning trip utk tempoh masa lebih dari 6 bulan. Tp klu immediate
travel RM800-RM1000 tu mmg reasonable lah yerrrrr….. Beli then trus fly….xperlu
mereput setahun br dpt fly kan
2. Pastikan musim yg sesuai utk ke jeju. Hampir
semua musim di jeju ni cantik. Tp I xsuka gi time winter sbb siang yang pendek
dan gmbr semua putih jer. Baju plak asyik nmpk pkai jaket jer. So my target
adalah summer kerana nak kejor posing dengan bunga. Klu bleh nak gi hjung Mac
time cherry blossom tp time ni mmg payah dpt tiket harga murah.
3. Rancang jadual perjalanan 2-3 bulan sebelum
departure untuk korg yang xbiasa travel ataupun travel sndiri bersama keluarga.
Perancangan awal adalah bagus utk persiapan yg lebih terancang. Mcm I, route
pun finalise last minit seminggu sblm fly br siap full itinerary. Hahahaha…..
Jadual perjalanan bergantung kepada musim yang korg pilih untuk pergi. Contoh
spt I, gi time musim summer bulan julai dan time ni terkenal dengan bunga
hydrangea yang tumbuh mekar gemok2 hanya pd bulan julai sahaja. Jadi jgn pelik
klu jadual I byk gi park taman2 yer…. But if korg pegi time bln 4 plak,
terkenal dengan bunga canola. So pilihlah minat masing2 dan target nak tgk ape
ketika di jeju.
4. Peruntukan masa untuk explore Pulau jeju ni klu gi 7 hari dah ckup dapat
kepuasan maksima explore satu pulau seluruhnya. Sbb pulau ni xdelah besar sgt
pun tp banyak sgt tempat menarik yg korg wajib pergi. So cadangan sy, antara
5-7 hari adalah memadai untuk menikmati keindahan pulau jeju.
5. Selepas dah susun
jadual semua, kenalpasti tmpt lokasi sesuai untuk korg nak menginap. Adakah nak menginap di suatu tmpt sahaja ataupun nak feel lain
mcm, tukar2 tmpt penginapan. Kot lah 2 mlm nak dok di tepi pantai, 2 mlm lagi
di kawasan countryside dan 2 malam lg di kawasan jeju city. Cnth seperti kiter,
dok 1 tempat sahaja sebabnya bawak anak malas nak berpindah randah angkot
luggage kuar masuk hotel nak packing2 lagi. So I stay 1 tmpt sahaja di jeju
city selama 5 malam.
6. Dah ade tiket flight, dah booking penginapan, jadual pun dah
siap, so korg fkir plak nak explore jeju ni
dengan ape. Nak naik public transport? Ermmm xdelah sebehat secanggih di seoul
public transport kat jeju ni. So cara terbaek dan paling best utk explore jeju
adalah dengan menyewa kereta (selfdriving)…huhuhu mmg syok.
Anytime sesuka hati jumpa tmpt cntik korg leh stop cr parking then posing lah
ape lagi. Bergambar sakan lah gamaknya…..Tapi perlu diingatkan, memandu di
Korea, memerlukan kita rakyat Malaysia memiliki lesen memandu
antarabangsa. So caranya korg pergi
sahaja ke JPJ mane2 cawangan, then ckp nak buat lesen antarabangsa. Bawaklah 1
keping gmbr ukuran passport, satu copy ic dan 1 copy lesen memandu. Bayar RM150
utk tempoh setahun lesen tak smpi 10 minit dah siap.
7. Dan satu lg info
penting yang korg kene tahu adalah, pemanduan di Korea adalah memandu di sebelah kiri. Ye left side driver. Kekok kejap je xsmpi 30 minit dah ok klu
korg kali pertama memandu sebelah kiri. Juga fahami system traffic light di
jeju. Nak membelok ke kanan tidak perlu tnggu lampu hijau. Juga pastikan lorong
bas dan teksi jgn smpi salah plak. Kamera speed trap mmg melambak di seluruh
pulau jeju so berhati2 jgn smpi ke snap. Max drive hanya 80km/j saje di hyway
tuuuu…klu dlm bandar 40-60km/j jer…..
8. GPS, MAPS, WAZE, KAKAO MAP segala tok nenek ni mesti kene ade install siap2 sebelum
berangkat. Untuk pengetahuan korg, google maps tidak boleh digunakan di Korea.
Hanya utk public transport sahaja. Pak
WAZE mmg banyak membatu i tau selama berada di JEJU. Dlm kereta sewa mmg dah
diberi GPS, tp hampeh sume dlm Bahasa korea. Very limited sgt Bahasa English
kat sini.
9. Persiapan baju ikotla musim yg sesuai.korg gi time winter, pastikan ckup utk
menampung kesejukan teramat di jeju. Klu korg gi mcm kiter ni time summer, jgn
plak nak berjaket tebal bagai, lencun ketiak karang. But even summer in jeju,
tidaklah sepanas terik mcm padang pasir. Summer di jeju sesedap rasa aman suam2
kuku je org kata. Berangin berawan mendung gitu.
10. Makanan pula, ikutlah tekak
masing2. Klu dah tekak melayu tu, bawak lah segala tok nenek sambal penyedap
selera. Oh ya, satu benda penting nak kabaor kat korg, korea melarang keras
membawa masuk barang2 mentah tanaman dan haiwan utk masuk ke korea. Jadi klu
korg nak bawa masuk makanan berasaskan daging, haruslah yang di paket
manufacturing. Bkn yang packing ikat2 getah je ye. Mesti packaging kilang
proper seal siap ade tulis ingredient. Boleh bawa brahim, sharifah, kembara
meal serunding semua tut p mesti pack sempurna. Bawang tidak digalakkan kerana
ianya sejenis tanaman.
11. Terdapat restoran halal di jeju dan juga restoran yg muslim
friendly. Untuk trip ke jeju,
sy tidak pergi makan di restoran kerana konsep trip adaah marilah kita masak
beramai2. Bfast di guesthouse then tapau berkelah. So no cost utk lunch dan
dinner kat restoran. Even i x gi pun mkn kat restoran, tp gi jugaklah usha2
menu seafood diorg tgk sotong menari2 atas periuk tu hidup lg. I is geli mmg
xlalu lah nak makan benda2 gitu.
12. And last but not least,
sblm fly doa semoga perjalanan bermusafir kita ni selamat pergi selamat
pulang dengan 1001 kenangan yang akan mengukir senyuman yang paling
menawan. Niat itu kene btol kita bermusafir utk melihat tmpt orang, keindahan
ciptaan Allah SWT…. Bersyukur dengan nikmat yang kita ada dan memberi kelebihan
yg kita ada utk membantu memberi kesenangan utk mereka yg lain juga. (Sedikit
tazkirah dr akk gitu….)
JADUAL PERJALANAN
Oleh kerana google maps tidak boleh digunakan untuk i buat route kali ni, so agak kucar kacir lah jadual perjalanan. Tapi insyallah xdelah smpi kehlu ke hilir tanpa arah tuju. Pulau ni pun xdelah besar mana. Insyallah jadual yg i dah susun ni, ikut laluan yang bersesuaian.
DAY 1
ARRIVAL AT JEJU AIRPORT
-
Keluar gate 5, cross
pedestrian utk ke car rental shuttle bus.
-
Tamra Rent A Car
shuttle bus will depart di zone 3, bus stop 8.
BRICK CAMPUS
📍: 3045 1100(Cheonbaek)-ro, Nohyeong-dong, Cheju, Jeju-do, South
Korea (GPS: 33.458669, 126.485510)
- Brick Campus juga telah
digunakan sebagai salah satu set penggambaran untuk rancangan Running Man
- Brick art museum
pertama di dunia peminat LEGO wajib dtg sini
DINNER AT RESTORAN
DAEWONGA (yg ni kitorg skip xjadi singgah sbb nak main masak2 kat guesthouse jer leh jimat)
📍: 62-1 Donam-dong, Cheju, Jeju-do, South Korea (GPS: 33.491765,
126.527075)
-
Restoran seafood yang
menyediakan menu Muslim-friendly
-
Antara menu yang kene
try ialah seafood steamboat
(locally known as haemul
cheongbol) yang terdiri daripada abalone, ketam, sotong, sayur-sayuran, mussels
yang direbus dengan sup. Harga pula ialah KRW 60,000 (sekitar RM220)
CHECK IN HOTEL JEJU
MASIL GUESTHOUSE
📍: 11-16, Seogwang-ro 2-gil, Jeju City, 63188 Jeju, South Korea (GPS: N 33° 29.933, E
126° 30.817)
GIMNYEONG SEONSEGI
BEACH
📍:
Haemajihaean-ro, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do
- Pantai
yang indah berwarna emerald. Boleh melakukan aktiviti spt Yacht, Kayaking,
memancing dan lain-lain. Terdapat Gua Manjanggul tidak jauh dari pantai.
WOLJEONG BEACH
📍: Woljeong-ri,
Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.556251,
126.796171)
- Pesisir
pantai cantik jernih berwarna emerald.
- Lepak2
di hipster café antaranya Woodstock
Cafe
- Disi sepanjang pantai ni boleh kelihatan banyak susunan batu2 volcano. Yang menariknya susunan batu ni disusun tanpa sebarang simen ataupun paku. Tetapi utuh walaupun angin bertiup sangat kuat.
- Disi sepanjang pantai ni boleh kelihatan banyak susunan batu2 volcano. Yang menariknya susunan batu ni disusun tanpa sebarang simen ataupun paku. Tetapi utuh walaupun angin bertiup sangat kuat.
Ø
SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE
- Seopjikoji,
tempat yang dikatakan banyak digunakan sebagai set pengambaran untuk filem.
Jangan lupa untuk jalan sampai ke bahagian lighthouse untuk view yang lagi
memukau.
Ø
SEONGSAN ILCHULBONG
- Melihat persembangan dari
Haenyeo Divers. Diiktiraf oleh UNESCO sebagai warisan budaya, Haenyeo merupakan
sebuah komuniti penyelam di provinsi Jeju yang terdiri daripada golongan wanita
dalam lingkungan umur 70-an dan ke atas. Menaiki puncak Seongsan
Ilchulbong 30 minit hike
Ø
GWANGCHIGI BEACH
- - Gwangchigi Beach adalah tempat
yang hebat untuk dilawati kerana batu-batu hijau yang unik. Apabila air pasang
rendah, anda boleh berjalan jauh ke lautan.
Ø
SONGEUP FOLK VILLAGE
📍: 29길33
Seongeupjeonguihyeon-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo, Jeju-do
- Kampung orang Seongeup di Jeju bumbung
yang berumur 600 tahun yang dikelilingi oleh dinding yang terbuat dari batu
basalt berpilin pulau gunung berapi.
- Apabila anda melawat Seongeup
Folk Village, anda akan melihat pelbagai rumah kediaman, kuil Confucius,
sekolah dan banyak pejabat kerajaan purba, batu gilingan dan runtuhan banteng
Anda boleh memilih dari pelbagai cara untuk berlumba, menunggang kuda, Go-Kart, ATV, hoverboard, dan Mini 4DW (mini kereta) adalah beberapa pilihan yang tersedia.
SUNGSAN STUDIO DELEKOOMDA & DELEKOOMDA BEACH
Tempat baru yang sangat menarik untuk instafemes berposing. Sepanjang di jeju memang ramai jumpa orang Msia, tp kat sini jelah xde Nampak org msia dtg mungkin sbb blom femes lg tmpt ni. Mmg banyak spot menarik utk berposing. Berdekatan tmpt ni terdapat pantai delekoomda yang juga xkurang cantiknya.
DAY 3
UDO ISLAND (ADMISSION FEES : 5500 ADULT)
Keluar awal padi untuk ke jeti, menaiki feri ke pulau udo. Masukkan GPS number 7825671 untuk ke Seongsan Port. Pergi ke bangunan bentuk bulat dome utk beli tiket feri kemudian parking kereta di tempat yg disediakan.
Udo, terletak di timur laut Seongsan-ri, 3.5 kilometer dari pantai Jeju, Korea Selatan. Ini adalah pulau terbesar yang termasuk di Bandaraya Jeju. Udo, harfiah "Cow Island" di Hanja, mempunyai nama ini kerana ia kelihatan seperti seekor lembu berbaring
JUSANGJEOLLI CLIFF
(ADMISSION FEES : ADULTS 2,000 WON, CHILDREN 1,000 WON)
📍: Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea
Jusangjeolli Cliff terbentuk apabila lava dari Gunung Hallasan meletus ke laut Jungmun. Merupakan formasi tiang batu berbentuk seperti kiub atau heksagon dengan pelbagai saiz dan hampir kelihatan seolah-olah ukiran batu hasil buatan manusia.
MUSEUM OF AFRICAN ART
Di Muzium Seni Afrika, anda boleh menikmati taman safari yang dihiasi dengan sifat Afrika yang indah dan anak patung berbentuk haiwan liar. Terdapat pertunjukan tradisional dengan tarian semangat dan berirama Afrika Selatan yang dapat dialami penonton. Anda juga boleh melihat seni dan peninggalan Afrika dalam pameran dan pameran khas. Mengalami tradisi benua dan budaya kaya ini.
YONGMORI COAST
(ADMISSION FEES : ADULTS: 1,000 WON, CHILDREN: 500 WON)
Tempat yang popular untuk berjalan-jalan, pantai berbatu ini mempunyai pembentukan tebing unik & pemandangan laut yang indah.
IHO TEWO BEACH
📍: 20, Dori-ro, Jeju-si, Jeju-do
Berjalan kaki ke rumah api yang kelihatan seperti kuda. Sambil layan sunset dan bergambar. Tempat yang sangat comel dan bagus untuk mengambil gambar untuk Instagram!
JEJU TANGERINE FARM
DAY 4
HALLASAN MOUNTAIN
Gunung Hallasan adalah gunung tertinggi di Korea Selatan. Kawasan disekitar gunung tersebut merupakan TAMAN NEGARA HALLASAN.
Singgah coffee/photo posing di restaurant MANOR BLANC
(Vintage restaurant)
MYSTERIOUS ROAD
Pernahkah anda melihat benda bergerak menaiki bukit? Lawati Jalan Misteri di Pulau Jeju dan lihat bagaimana fenomena gila ini berlaku tepat di hadapan mata anda.
ASHRAFIA MOSQUE
Merupakan asjid pertama di jeju dan juga pusat kegiatan muslim jeju.
MAZE LAND (ENTRANCE FEE: KRW 8,000)
📍: 2134-47, Bijarim-ro, Gujwa-eup, Jeju, Jeju Island 63351, South Korea
KIM KYUNG SOOK'S SUNFLOWER FARM (entrance 3000 won)
📍: Hoecheon-dong, Jeju City, Jeju Self-governing province, South Korea
DAY 5
BOROMWAT CAFÉ & HYDRANGEA VILLAGE
📍: 2350-104 Beonyeong-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si
Jangan lepaskan peluang menyaksikan keindahan bunga hyrandea yg hanya berbunga mekar pada musim panas di bulan Julai sahaja. Ianya berubah2 warna bermula putih kemudian kebiruan dan kemudian menjadi kemerahan dan purple.
CAMELLIA HILL (8000won adult/5000 kid)
📍: 166 Byeongak-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si
Melihat keindahan bunga hydreangea yg sedang mekar berkembang
Mempunyai pelbagai jenis tanaman bunga dengan hiasan landskap taman yang cantik
OSULLOC GREEN TEA FARM
📍: 15, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.306136, 126.289399)
View ladang teh terbesar di Jeju ni sememangnya cantic
Jangan lupa ke café di sini untuk cuba green tea roll cake (5,000 KRW) dan aiskrim green tea (6,000 KRW)
Melawat O'Sulloc Tea Museum untuk mempelajari serba sedikit tentang tea di Korea
INNISFREE HOUSE
📍: 425, Sinhwayeoksa-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do (GPS: 33.307202, 126.290594)
Syurga produk-produk kecantikan jenama Innisfree
Menarasai pengalaman membuat sabun
DONGMUN MARKET
📍: 20, Gwandeok-ro 14-gil, Jeju-si, Jeju-do (GPS: 33.237018, 126.310597)
Pasar terkenal di Jeju yang memjual pelbagai produk tempatan antaranya ialah buah tangan tempatan, pakaian, makanan kering, snek dan coklat, makanan basah seperti seafood dan banyak lagi.
DAY 6
YONGDUAM ROCK (Dragon Head Rock)
📍: Yongdamroteo-ri Yongdam-2dong, Jeju-si, Jeju-do
Sebuah batu karang yang berbentuk Kepala Naga. Ada sebuah kisah dibalik Yongduam Rock
YEOHYEON BRIDGE
Jambatan gantung yang melintasi sungai cantic yang berwarna hijau.
SHOPPING DI DAISO TERBESAR DI JEJU
Shopping di daiso terbesar jeju setinggi 7 tingkat pembagai barang unik boleh didapati disini dengan harga yang berpatutan.
SHOPPING DI JUNGANG UNDERGROUND
Jam 3.00 petang gerak ke tmpt sewa kereta utk proses pemulangan kereta kemudian menaiki shuttle bas utk ke airport jeju. Dijangka sampai di airport jam 4.00 petang. Terus check in
Depart at 6.05 pm
NOTE : BERDEKATAN
DENGAN SEONGSAN ILCHULBONG TERDAPAT RESTORAN HALAL BAGDAD RESTAURANT. SUSAH
SIKIT NAK CARI PARKING SEBAB LORONG SEMPIT. KEDAI NYA TERLETAK DI LORONG-LORONG
TERPENCIL.